Rabu, 15 Februari 2012
Dialog Sunni Syiah di Peshawar page : 2
Pertemuan Yang Kedua Malam Juma'at 24 Rejab 1345 Hijrah
Hafiz: Saya sungguh tertarik dengan keterangan yang amat jelas tentang keturunan saudara dan saya akui saudara adalah dari keturunan Rasulullah SAWAW tetapi yang menghairankan saya ialah kenapakah orang yang berwibawa seperti saudara ini diburu dan diperhina oleh pihak musuh. Ini sebenarnya adalah kerana mereka meninggalkan cara kehidupan yang benar dari keturunan saudara, yang mana saudara sebenarnya telah mengambil cara politik Iran yang bukan Islam. Apa yang saya maksudkan dengan kebodohan aturan yang bukan Islam itu ialah tentang prinsip-prinsip keyakinan dan bid'ah, yang telah diserap ke dalam agama suci Islam melalui orang-orang Yahudi.
Shirazi: Tolong jelaskan lebih lanjut lagi supaya saya tahu apakah bid'ah yang saya ikuti.
Salah Faham Tentang Asal-Usul Agama Syi'ah
Hafiz: Orang-orang Yahudi yang sejarah kehidupan mereka telah dicemari dengan pendustaan dan penyelewengan tafsiran, seperti dilakukan oleh Abdullah bin Saba', San'aey, Ka'abul Ahbar, Wahab bin Munnabih dan ramai lagi yang lain, menyelusup masuk ke dalam Islam dan membina dasar-dasar agama dan menyuntik ke dalam fikiran kita kepercayaan yang menyalahi hadith-hadith Rasulullah SAWAW dan justeru itu menimbulkan kekeliruan di antara Muslim.
Khalifah yang ketiga, iaitu Usman bin Affan telah menghalau mereka keluar dari Mesir, di mana mereka kemudiannya menubuhkan satu parti bernama Syi'ah, dan menyebarkan propaganda mereka agar mereka menentang khalifah Usman. Mereka memalsukan banyak hadith dengan mendakwa bahawa Rasulullah SAWAW telah melantik Ali AS sebagai Pemimpin dan Imam.
Pembunuhan Khalifah Usman
Seterusnya penubuhan parti tersebut telah mengakibatkan pertumpahan darah yang banyak sehingga membawa kepada pembunuhan khalifah Usman dan perlantikan Ali AS sebagai Khalifah. Satu kumpulan yang bermusuhan dengan Uthman berdiri tegak di belakang Ali AS. Daripada situlah parti Syi'ah mula berakar umbi, tetapi di waktu pemerintahan khalifah Umaiyyah, apabila kesemua ahli keluarga Ali AS dan pengikut setia mereka terbunuh, parti ini menjadi satu gerakan bawah tanah. Masih terdapat orang seperti Salman al-Farsi, Abu Dzar al-Ghiffari dan Ammar bin Yasir, yang sibuk menyebarkan dakyah untuk Ali AS. Ini berlangsung sehingga ke masa pemerintahan al-Makmun al-Rasyid, yang mengalahkan abangnya dengan pertolongan orang-orang Iran dan mereka mula menyebarkan pandangan bahawa Ali AS adalah lebih utama sebagai Khalifah daripada khalifah-khalifah yang lain. Orang-orang Iran yang memusuhi orang-orang Arab, kerana daerah-daerah dan kebebasan mereka dirampas, kemudiannya agama. Apa yang berlaku seterusnya akibat daripada perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini ialah Syi'ah telah bangkit membuat kekacauan dan huru-hara di sana-sini, sehinggalah mereka menjadi agak kuat di masa pemerintahan dinasti Dalamit. Dan di masa pemeritahan Raja Safavid, mereka ini mendapat pengiktirafan dan dikenali sebagai golongan Syi'ah dan orang-orang Iran penganut agama Zorastrian masih menggelarkan diri mereka sebagai Syi'ah.
Sesuatu Yang Tidak Masuk Akal Mengaitkan Abdullah bin Saba' Dengan Syiah
Dipendekkan cerita, agama Syi'ah adalah agama politik yang dipelopori oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba'. Jika tidak, sudah tentu tiada perkataan "Syi'ah" wujud di dalam Islam dan nenek moyang saudara, yakni Rasulullah SAWAW tidak mengetahui langsung perkataan "Syi'ah", kerana ia adalah perbuatan yang bertentangan dengan kehendaknya, sebagai tindakan menyeleweng yang telah dibuat-buat, dan sebetulnya Syi'ah adalah sebahagian daripada agama dan keyakinan Israel.
Kerana alasan inilah saya hairan kenapa saudara meninggalkan cara kehidupan sebenar yang diredhai seperti yang dicontohkan oleh orang-orang yang menitiskan zuriat keturunan saudara, lalu mengikut jejak-jejak Yahudi dan juga segala bid'ah mereka. Walhal saudara adalah orang yang paling berhak sekali untuk menuruti al-Qur'an dan menjadi contoh dari datuk saudara Rasulullah SAWAW.
Shirazi: Saya tidak menyangka seorang yang terpelajar seperti saudara sanggup mengemukakan alasan yang hanya berdasarkan kepada hujjah yang palsu dan rapuh, yang hanya kaum Munafiqin, Khawarij (musuh Ali AS) dan musuh seperti Bani Umaiyyah sahaja yang melakukannya. Tidak masuk akal sama sekali apabila saudara mengaitkan Abdullah bin Saba' dengan Syi'ah. Abdullah bin Saba' (la'natullah) adalah seorang Yahudi dan menurut dari sumber Syi'ah, dia adalah seorang Munafiq dan patut dikutuk dengan sekeras-kerasnya. 1Jika dia kelihatan untuk seketika sahaja bersama Ali AS sebagai kawan, apakah kaitan dia dengan Syi'ah? Jika seekor serigala diletakkan di dalam sekumpulan kambing; atau seorang pencuri di tempatkan di kalangan orang warak atau alim dan berdiri di atas mimbar atau di atas tangga masjid, dan menyakitkan Islam dan Muslim, patutkah kita memandang kepada orang yang warak dan alim yang lain dengan menggelar mereka sebagai pencuri dan pembohong? Hairan sekali saudara telah merendahkan agama Syi'ah yang adil dan menggelar mereka sebagai parti politik yang menurut keterangan saudara telah ditubuhkan pada masa khalifah Usman dan pelopornya adalah Abdullah bin Saba' (la'natullah).
Syi'ah Bukan Sebuah Parti Tetapi Sebuah Agama
Sebenarnya Syi'ah bukanlah sebuah parti, tetapi adalah sebuah agama, yang bukan dipelopori sebagaimana saudara katakan tadi di masa khalifah Uthman tetapi ia telah wujud dan dilahirkan melalui kata-kata dan perintah Rasulullah SAWAW semasa hayatnya walapun saudara berhujah dengan keterangan-keterangan palsu pihak musuh, namun saya sebaliknya, akan mengemukakan kepada saudara ayat al-Qur'an dan catatan-catatan dari ulama saudara sendiri untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya.
Pengertian Syi'ah Dan Keistimewaannya
Syi'ah, sebagaimana saudara semua tahu, bererti "Pengikut." Salah seorang ulama saudara yang paling terkemuka, Fairuzabadi di dalam"Qamusul Lughat", berkata,"Nama Syi'ah, biasanya bererti setiap orang yang bersahabat dengan Ali AS dan Ahlul Baitnya. Sekarang nama Syi'ah adalah khusus untuk mereka. Pengertian yang sama juga telah diberikan oleh Ibn Athir di dalam "Nehayatul Lughat."
Tetapi saudara telah menyalahtafsirkan perkataan Syi'ah, sama ada dengan sengaja atau tidak kerana ingin menonjolkan kesempurnaan ilmu mengenai sejarah dan tafsir, lalu berkata secara mudah tanpa memberikan apa-apa bukti bahawa pengikut Ali AS dan Ahlul Bait Rasulullah SAWAW wujud di masa khalifah Uthman dan pelopor mereka adalah Abdullah bin Saba', seorang Yahudi.
Kenyataan yang sebenar adalah sebaliknya. Menurut buku-buku dan juga tafsir saudara sendiri perkataan Syi'ah bermakna "Pengikut Ali bin Abi Talib AS" dan telah digunakan ketika Rasulullah SAWAW masih hidup lagi. Rasulullah SAWAW sendiri yang telah mengemukakan perkataan Syi'ah yang bermakna "Pengikut Ali bin Abi Talib AS" dan Allah SWT menyatakan dalam firmanNya,"Dan tiadalah yang diucapkan itu, menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diturunkan (kepada Muhammad SAWAW)." (53: 3,4)
Baginda memanggil pengikut Ali AS yakni Syi'ah sebagai "penyampai" dan "penyelamat."
Hafiz: Di manakah terdapatnya perkara tersebut? Kami tidak pernah melihatnya.
Shirazi: Kami telah melihatnya dan kami menganggap tidak wajar menyembunyikan yang haq. Adapun Allah telah menyatakan, kutukan terhadap mereka yang menyembunyikan yang haq dan menggelar mereka sebagai sahabat api neraka. Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah Kami turunkan keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkan kepada manusia dalam al-Kitab itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati." (2: 159)
Dan juga firmanNya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perutnya melainkan api." (1: 174)
Hafiz: Sekiranya kami mengetahui yang benar dan kami menyembunyikannya, kami akan dikutuk sebagaimana yang disebut di dalam al-Qur'an.
Shirazi: Saya harap saudara semua memelihara dua ayat ini supaya tingkahlaku dan sikap tidak bertolak-ansur tidak akan menghalangi kita, dan perkara yang haq tidak akan tersembunyi......Hafiz Abu Nuaim Isfahani, adalah salah seorang ulama saudara unggul, ahli hadith, dan sarjana pengkaji. Ibn Khallakan telah memuji beliau di dalam bukunya "Affiyyatul A'yan." Beliau dianggap sebagai periwayat yang paling sahih yakni "huffaz," dan seorang ahli hadith yang amat terpelajar serta dicatatkan bahawa buku "Hilyatul Awliya" adalah di antara karyanya yang paling baik.
Salahuddin Khalil bin Albak Safdi menulis di dalam bukunya "Wafi bin Wafiyat" mengenai beliau. Kecemerlangan Hafiz Abu Nuaim sebagai ahli hadith amat dikenali, kerana ilmunya yang tinggi, ketaqwaan dan keikhlasan. Beliau menduduki tempat yang paling utama di dalam meriwayatkan dan juga pemahaman hadith. Bukunya yang paling baik adalah Hilyatul Awliya ditulis di dalam sepuluh siri yang mengandungi pecahan-pecahan dari dua Sahih, dengan tambahan hadith lain yang seolah-olah dia sendiri mendengar dengan telinganya. Mohammad bin Abdullah el-Khatb memujinya di dalam bukunya Rijal Mishkat al-Masabih dengan mengatakan bahawa dia adalah salah seorang di antara para ahli hadith yang terkemuka, yang mana hadith-hadith riwayatnya amat dipercayai dan menjadi rujukan dan sangat dihormati. Usianya menjangkau sembilan puluh enam tahun.
Pendek kata, orang tua, ulama dan ahli hadith yang dihormati ini adalah ulama yang menjadi kebanggaan di kalangan saudara dan dianggap sebagai seorang yang terkemuka oleh ulama saudara sendiri. Beliau meriwayatkan hadith yang dipetik dari Abdullah bin Abbas menerusi sanad-sanad yang dipilihnya sendiri di dalam bukunya Hilyatul Awliya berhubung dengan wahyu berikut:
"Sesungguhnya mereka yang beriman dan membuat kebaikan, mereka adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka dari Tuhan mereka taman yang kekal, di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha akan Allah, itulah (balasan) bagi orang yang takutkan Tuhannya." (al-Bainiyyah: 6-8)
Rasulullah SAWAW bersabda bahawa ayat ini ditujukan kepada Ali AS:
"Hai Ali engkau adalah sebaik-baik ciptaan (khairul bariyyah) yang dimaksudkan di dalam ayat suci ini ditujukan kepada engkau, dan pengikut-pengikut engkau (Syi'ah). Pada hari kebangkitan nanti, engkau dan pengikut-pengikut Syi'ah engkau akan menduduki tempat sedemikian tinggi, yang Allah redha kepada engkau dan engkaupun redha akan Allah."
Kelebihan Syi'ah Ali AS Yang Lain
Begitu juga dengan Abdul Muayid Muaffiq bin Ahmads Khawarizimi, Hakim Abul Qassim Ubaidullah bin Abdullah al-Haskani di dalam Manaqibnya "Shawahid al-Tanzil", Bab 17, Mohammad bin Yusuf Kanji Syafie di dalam "Kifayatul Talib", halaman 119; Sibt Ibn Jauzi di dalam "Takzirah," halaman 31; juga Munzir bin Mohammad bin Munzir. Dan terutama sekali Hakim, yang telah mengaitkan bahawa Hakim bin Abdullah Hafiz (salah seorang ulama besar saudara) memberitahu keterangan berhubung perjanjian periwayatan yang sampai kepada Yazid bin Sharabil Ansari, dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS iaitu Ali AS berkata bahawa di saat kewafatan Rasulullah SAWAW, belakang baginda disandarkan kepada dadanya (Ali AS). Ketika itu Rasulullah SAWAW bersabda,"Tidakkah pernah engkau mendengar ayat suci:"Orang-orang beriman dan membuat kebaikan, mereka adalah yang sebaik-baik makhluk...."Mereka adalah pengikut (Syi'ah) engkau dan aku, dan tempat pertemuan untuk engkau nanti adalah di Kolam Kautsar di Syurga. Bila semua makhluk akan dikumpulkan untuk diadili, wajah-wajah pengikut engkau akan bersinar-sinar, dan engkau akan dipanggil sebagai ketua orang-orang yang bersinar wajah mereka."
Jalaluddin Suyuti di dalam "Durrul Manthur" mencatatkan dari Abul Qasim Ali bin Hasan yang biasa dikenali sebagai Ibn Asakir Damishqi, yang telah memetik dari Jabir bin Abdullah Ansari, salah seorang sahabat besar Rasulullah SAWAW yang berkata, bahawa dia dan lain-lain sahabat sedang duduk bersama-sama dengan Rasulullah SAWA bila mana Ali bin Abi Talib AS masuk. Rasulullah SAWAW bersabda,"Aku bersumpah dengan nyawaku di tanganNya, sesungguhnya orang ini (Ali AS) dan pengikut-pengikut (Syi'ah)nya akan mendapat syafa'at di Hari Kebangkitan." Ketika itulah ayat tersebut diwahyukan.
Di dalam syarah (komentar) yang sama, Ibn Hadi mengambil daripada Ibn Abbas yang berkata, apabila ayat tersebut diwahyukan, Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ali AS,"Engkau dan pengikut (Syi'ah) engkau akan datang pada Hari Kebangkitan nanti di dalam keadaan yang diredhai Allah dan Allah meredhai terhadap kalian."
Di dalam "Manaqib" Khawarizmi, Bab 9, memetik dari Jabir bin Abdullah Ansari yang berkata, Aku bersama-sama dengan para hadirin yang mendengar ucapan Rasulullah SAWAW bersabda,"Yang masuk itu adalah saudaraku." Kemudian, sambil memaling ke arah Kaabah, Rasulullah SAWAW seraya memegang tangan Ali, lalu bersabda, Dia yang nyawaku ditanganNya, Ali dan pengikut-pengikutnya (Syi'ah) adalah yang bersyafa'at di Hari Pembalasan kelak." Seterusnya baginda menyambung, "Ali adalah yang paling di hadapan sekali di dalam keimanan, paling memberi perhatian penuh terhadap kehendak Allah yang paling adil di antara kamu di dalam menjatuhkan segala hukum ke atas umat, yang paling saksama di dalam membahagi-bahagikan harta antara kalian, dan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah dari kalangan kamu." Pada peristiwa itulah ayat suci tersebut diturunkan.
Rasulullah SAWAW Bersabda,"Hai Ali, Engkau dan Syi'ahmu Adalah Sebaik-baik Makhluk."
Di dalam Bab II, "Sawaiq al-Muhriqah", Ibn Hajar mencatatkan Hafiz Jamaluddin Mohammad bin Yusuf Zarandi Madani (seorang faqih dan ulama di kalangan mazhab saudara) yang mengatakan, tatkala engkau dan pengikut-pengikut (Syi'ah) engkau akan datang pada Hari Pembalasan kelak di dalam keadaan diredhai Allah dan Allah redha terhadap kamu semua. Musuh-musuh engkau akan berasa cemburu dan tangan mereka akan dibelenggu ke leher mereka." Kemudian Ali AS bertanya siapakah musuhnya. Rasulullah SAWAW menjawab,"Orang-orang yang memusuhi engkau dan yang menghina engkau." Allamah Samhudi di dalam "Jawahirul", dengan pengesahan Hafiz Jamaluddin Zarandi Madani dan Nuruddin Ali bin Mohammad bin Ahnmad Maliki Makki yang terkenal sebagai Ibn Sabbagh, yang dianggap sebagai ulama yang berwibawa dari kalangan ulama saudara dan juga seorang ahli ilmu kalam, di dalam bukunya "Fusul al-Muhimmah", pada halaman 122, memetik daripada Abdullah bin Abbas bahawa, apabila ayat tersebut diwahyukan, Rasulullah SAWAW bersabda kepada Ali AS,"Engkau dan Syi'ahmu. Engkau dan merekalah yang akan datang di Hari Pembalasan kelak dengan penuh keredhaan dan kepuasan, manakala musuh-musuh engkau akan datang dengan kesedihan dan terbelenggu tangan-tangan mereka."
Mir Syed Ali Hamdani Syafie, salah seorang daripada ulama saudara yang terpercaya, menyebut di dalam bukunya "Mawaddatul Qurba." Juga Ibn Hajar, seorang yang terkenal sebagai anti-Syi'ah di dalam bukunya "Sawaiq al-Muhriqah" meriwayatkan daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah, isteri Nabi SAWAW, bahawa Rasulullah SAWAW bersabda,"Hai Ali, engkau dan Syi'ahmu akan kekal di dalam syurga, engkau dan Syi'ahmu akan kekal di dalam syurga."
Seorang ulama yang terkemuka, Khawarazim Muaffaq bin Ahmad di dalam "Manqib"nya, Bab 19, meriwayatkan daripada Rasulullah SAWAW di atas pengesahan yang tidak dapat diragukan, bahawa baginda bersabda kepada Ali AS,"Di kalangan umatku, engkau adalah seumpama Isa al-Masih Ibn Mariam AS, yakni sebagaimana pengikut Nabi Isa AS yang telah berpecah kepada tiga kelompok iaitu, yang benar-benar beriman yang dikenali sebagai Hawariyyin, penentangnya iaitu orang-orang Yahudi dan satu lagi golongan yang melampaui batas, yang menyamakan beliau dengan sifat-sifat ketuhanan. Seperti itu juga umat Muslim, yang akan berpecah kepada tiga kelompok terhadap engkau. Salah satu dari mereka adalah Syi'ahmu, dan mereka inilah golongan yang benar-benar beriman. Yang lainnya adalah musuh-musuh engkau dan mereka itulah yang memungkiri janji-janji untuk taat setia kepadamu, dan yang ketiganya adalah golongan yang melampaui batas mengenai kedudukan engkau dan mereka adalah orang-orang yang menolak kebenaran serta tersesat. Jadi, engkau, hai Ali, dan juga Syi'ahmu akan berada di dalam syurga, dan juga orang-orang yang mencintaimu akan berada di dalam syurga sedangkan musuh-musuhmu dan mereka yang berlebih-lebihan terhadapmu akan berada di dalam neraka."
Keutamaan Syi'ah Diakui Dari Buku-buku Sunni
Pada ketika ini, Azan Isya' telah kedengaran dan para hadirin bersurai. Selepas solat, Moulavi Abdul Hal datang dengan membawa beberapa buah buku, termasuk syarah (komentar) Sayuti,"Mawaddatul Qurba", "Musnad" Imam Ahmad bin Hanbal dan "Manaqib" Khawarizmi, lalu membaca dengan kuat semua hadith-hadith yang telah saya sebutkan di dalam perbincangan tadi untuk membuktikan yang kesemuanya memang terdapat di dalamnya, dan ini membuatkan air muka mereka yang hadir mula berubah kerana terkejut. Sementara itu, di dalam buku,"Mawaddatul Qurba" mereka mendapatkan sebuah hadith yang lain sebagai tambahan dari dua hadith yang telah dikatakan tadi yang menyebutkan Rasulullah SAWAW bersabda,"Hai Ali, pada Hari Pembalasan nanti, engkau dan Syi'ahmu akan datang dengan penuh kepuasan dan keredhaan, sedangkan musuh engkau akan datang dengan kesedihan dan tangan-tangan yang terbelenggu."
Shirazi: Ini adalah di antara contoh hujah-hujah yang ringkas dan mudah yang dibenarkan oleh al-Qur'an dan juga hadith yang sahih, serta fakta-fakta sejarah yang terdapat di dalam kitab ulama-ulama saudara sendiri. Di sini, ada sedikit tambahan pada riwayat-riwayat yang begitu banyak yang terdapat di dalam buku-buku dan syarah Syi'ah. Jika saya dikehendaki menyebutkan, biarpun dari buku yang lain, selain dari yang berada di hadapan saudara itu, saya boleh sampaikan banyak lagi bukti-bukti di dalam perbincangan kita ini hingga keesokan hari, sekiranya diizinkan Allah SWT. Tetapi saya rasa sudah memadai dengan apa yang telah saya kemukakan di hadapan saudara untuk menjelaskan segala keraguan saudara terhadap Syi'ah. Supaya saudara semua tidak lagi memandang kami hanya berlandaskan tuduhan yang tidak berasas, sebagaimana kaum Khawarij, Nasibi, dan Umaiyyah. Ataupun mengemukakan ke hadapan orang-orang awam Muslim tuduhan-tuduhan yang palsu dengan tujuan untuk mengelirukan mereka dengan erti Syi'ah yang didakwa sebagai ciptaan seorang Yahudi yang dilaknati begitu juga Abdullah bin Saba.'
Para hadirin yang dihormati sekalian, kami orang-orang Syi'ah bukan pengikut Yahudi, tetapi pengikut-pengikut Mohammad SAWAW, dan bagindalah yang menggunakan perkataan Syi'ah sebagai pengikut-pengikut Imam Ali AS dan bukannya Abdullah bin Saba' yang terlaknat itu. Kami menganggap Abdullah bin Saba' adalah seorang munafik dan seorang yang terkutuk, dan kami tidak pernah menuruti mana-mana orang perseorangan atau kelompok yang tidak jelas serta tidak mempunyai hujah yang mantap berhubung keutamaannya atau mereka. Saudara telah menyebutkan bahawa selepas Uthman sahajalah perkataaan Syi'ah ini diwujudkan sebagai pengikut Ali AS. Sebetulnya, ketika hayat Rasulullah SAWAW lagi, telah ada ramai sahabat Rasulullah SAWAW digelar sebagai Syi'ah. Hafiz Abu Hatim Razi di dalam bukunya "Az-Zeenat" yang disusun untuk menerangkan erti beberapa perkataan dan juga ungkapan-ungkapan di kalangan para ulama ketika itu, menyatakan bahawa perkataan Syi'ah digunakan untuk pertama kali di dalam Islam ketika hayat Rasulullah SAWAW. Ia telah digunakan untuk merujuk kepada empat sahabat yang unggul, iaitu Abu Dzar Ghiffari, Salman Farsi, Miqdad bin Aswad Kindi dan Ammar bin Yassir. Banyak lagi hadith-hadith yang menunjukkan dengan maksud yang sama.
Sekarang, terserahlah kepada saudara semua untuk merenungkan bagaimana mungkin di masa Rasulullah SAWAW, empat daripada sahabatnya yang dicintai oleh Allah SWT dan RasulNya digelar sebagai Syi'ah. Sedangkan, jika benar Rasulullah SAWAW menganggapnya satu bid'ah, kenapakah baginda sendiri tidak melarang orang lain daripada menggunakannya? Yang sebenarnya mereka telah mendengar dari Rasulullah SAWAW sendiri bahawa Syi'ah Ali AS adalah penghuni syurga dan mereka berbangga dengannya dan secara terang-terangan menyatakan diri mereka sebagai Syi'ah.
Kedudukan Salman, Abu Dzar, Miqdad dan Ammar
Selain daripada ini, saudara mengalihkan perhatian terhadap perbuatan para sahabat untuk menguatkan hujah saudara dan mengaitkan sebuah hadith dari Rasulullah SAWAW dengan berkata,"Sesunggunya sahabat-sahabatku seperti bintang-bintang di langit, siapa jua di antara mereka yang kamu turuti, kamu pasti terpimpin." Abu Fida di dalam kitab sejarahnya menulis, bahawa empat orang sahabat Rasulullah SAWAW ini telah menolak sebagai juga Ali AS daripada memberikan bai'ah kepada Abu Bakr. Jadi, kenapa saudara tidak mempertimbangkan tindakan mereka yakni penolakan mereka untuk membai'ah Abu Bakr, sebagai suatu ijtihad penolakan mereka untuk membai'ah Abu Bakr, walhal ulama saudara sendiri telah menulis, mereka adalah orang-orang yang dicintai oleh Allah SWT dan RasulNya. Kami menuruti mereka, sebagaimana mereka menuruti Ali AS. Dan melihat dari hadith-hadith saudara sendiri, terbukti kami berada di jalan yang terpimpin.
Dengan izin saudara, dan memandangkan masa yang begitu suntuk, saya akan membawakan beberapa buah hadith untuk membantu menguatkan bantahan saya. Abu Nuaim Isfahani di dalam "Hilyatul Awliya", Jilid I, halaman 172, dan Ibn Hajar Makki hadith yang kelima dari empat puluh hadith di dalam bukunya "Sawaiq al-Muhriqah" memuji Ali AS dari hadith yang telah dipetik oleh Tirmidzi dan al-Hakim, daripada Buraidah bahawa Rasulullah SAWAW bersabdaa,"Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku yang Dia mencintai empat orang ini, dan telah memberitahuku yang Dia mencintai mereka." Bila orang-orang bertanya siapakah empat orang itu, baginda menjawab,"Ali bin Abi Talib, Abu Dzar, Miqdad, dan Salman."
Sekali lagi, Ibn Hajar di dalam hadithnya nombor: 39 telah meriwayatkan dari Tirmidzi dan al-Hakim daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAWAW bersabda,"Syurga tidak sabar untuk tiga orang ini, Ali, Ammar dan Salman." Sekarang tidakkah perilaku sahabat akrab Rasulullah SAWAW ini, yang dicintai oleh Allah SWT dan RasulNya, dan telah terjamin bagi mereka syurga, tidak mempunyai kedudukan autoriti sendiri agar dapat diangkat sebagai pemimpin bagi umat Muslim, dan amat bermanafaat bagi setiap yang sebanding seperti mereka? Tidakkah ianya sangat mengaibkan sepertimana dalam pandangan saudara, bahwa para sahabat hanyalah mereka yang telah ikut serta berperanan di Saqifah atau yang bersetuju dengannya. Sebaliknya tidak, sahabat yang lain yang menentang strategi di sebalik Saqifah, yang tidah boleh dipercayai dan tidak memberi sebarang kesan dan berfaedah. Dan jika begitulah yang saudara kehendaki, hadith yang telah saudara sampaikan itu sepatutnya berbunyi,"Sesungguhnya beberapa sahabatku adalah seperti bintang-bintang langit......." Ini supaya kalian akan terhindara dari semua kemusykilan yang sedang kalian hadapi sekarang ini, dan tidak akan menganggap kami terkeluar dari jalan yang benar.
Sebab-sebab kenapa Orang Iran Condong Kepada Syi'ah
Di Waktu Khalifah Dalamit, Ghazan Khan dan Shah Khuda Banda
Saudara tidak sepatutnya mengatakan Syi'ah adalah agama politik dan orang Iran Zoroaster menerimanya kerana hendak menyelamatkan diri mereka dari ditakluki oleh orang Arab. Saudara mengucapkan perkataan yang sedemikian; hanya kerana mengikut secara membuta tuli orang-orang yang terdahulu dari saudara, walhal telah saya terangkan dan membuktikannya, iaitu Syi'ah adalah ajaran agama Islam, sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAWAW kepada pengikutnya. Oleh sebab itu kami menuruti jejak Ali AS dan keturunannya AS yang suci, dan kami mengamalkan apa yang telah disampaikannya oleh Rasulullah SAWAW dan menganggap diri kami sebagai "orang-orang yang terpimpin." Apa yang nyata ialah mereka yang tidak mempunyai sikap mempersetujui, yang tidak selari dengan pesanan Rasulullah SAWAW, membina asas-asas keagamaan yang terseleweng di Saqifah.
Mereka merupakan tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, dan bukan dari kalangan pengikut keluarga Rasulullah SAWAW. Oleh kerana itu terdapat juga nas-nas yang nyata dari buku saudara sendiri yang sahih, maka kami wajib menuruti keturunan Rasulullah SAWAW dan Ahlul Baitnya. Dan sebaliknya, tidak terdapat sebarang nas yang menganjurkan agar kita melakukan sebagaimana yang dibuat oleh orang-orang yang berkumpul di Saqifah, yang telah melantik seorang khalifah.
Jika saudara boleh mengenepikan perasaan permusuhan saudara dan mempertimbangkan perkara ini dengan sebaik-baiknya, saudara akan mengakui bahawa sekiranya terdapat perbuatan atau tingkahlaku seseorang individu atau satu kumpulan berdasarkan motif politik, yang kemudian berhasil mencapai matlamat mereka atau sebaliknya, saudara sudah pasti mereka akan kembali kepada kebenaran yang sejati.
Walau bagaimanapun setelah ribuan tahun berlalu kami masih berpegang kepada kepercayaan kami, yang membahayakan diri kami dan kami terus menegakkan bendera Syi'ah dan kami merasa bangga kerana dapat mengekalkan kalimah "Aliyyun Waliyyullah" selepas "La Ilaha-illallah, Mohammad Rasulullah."
Dan ianya bukanlah sesuatu yang tersembunyi, apabila orang-orang Iran bertanya mengenai sesuatu perkara dan setelah mereka yakin terhadap keutuhannya, lalu mereka menerimanya sebagaimana mereka telah menerima Islam sewaktu Iran telah ditawan oleh orang-orang Arab. Mereka tidak dipaksa untuk melakukannya, tetapi mereka meninggalkan agama Zoroaster mereka dan memeluk Islam dengan ikhlas. Begitu juga apabila mereka telah menyakini hujah-hujah dan pengorbanannya yang tidak ternilai, yakni Ali AS adalah lebih wajar diikuti, lalu mereka menerima Syi'ah dengan hati yang terbuka. Jadi, bertentangan dengan anggapan para penulis yang tidak berhati-hati, orang-orang Iran tidak hanya melahirkan perasaan cinta dan keyakinan mereka kepada Ali AS semasa khalifah Harun al-Rasyid atau al-Makmun Rasyid sahaja tetapi hati mereka telah dipenuhi dengan rasa kecintaan kepada Ali AS semenjak dari saat Rasulullah SAWAW masih hidup lagi. Ini adalah disebabkan setiap orang Iran yang pergi ke Madinah dan kemudiannya memeluk agama Islam, di atas dasar hikmah dan pemikiran, melihat kebenaran Ali AS dan mereka mematuhi perintah dan pimpinan Rasulullah SAWAW lantas mendampingkan diri mereka dengan Ali AS. Dia telah mencapai ke tahap ketinggian Iman. Ulamak dari kedua golongan sepakat menulis iaitu Rasulullah SAWAW bersabda,"Salman adalah dari kalangan kami, Ahlul Bait." Dengan sebab itulah dia dipanggil sebagai Salman Mohammadi, dan dia secara terang-terangan mengakui sebagai penyokong kuat Ali AS, dan terkenal sebagai seorang yang paling keras menentang peristiwa yang terjadi di Saqifah. Sekarang, sekalipun hanya dengan menuruti panduan dari kitab-kitab saudara sendiri, kami tetap akan mengikutinya, dan terbukti kami berada di atas jalan yang lurus. Alasan untuknya adalah dia pernah membaca ayat-ayat suci al-Qur'an dan mendengar sabda dari Rasulullah SAWAW berkenaan Ali AS. Beliau benar-benar memahami bahawa ketaatan kepada Ali AS bererti ketaatan kepada Rasulullah SAWAW dan mentaati Rasulullah SAWAW bererti mentaati Allah SWT. Beliau telah mendengar berulang kali pesanan Rasulullah SAWAW sebagai bersabda,"Sesiapa yang taat kepada Ali, mentaati aku, dan sesiapa yang taat kepada aku, mentaati Allah SWT, sesiapa yang memusuhi Ali, bermusuhan dengan aku, dan sesiapa yang bermusuhan dengan aku, bermusuhan dengan Allah SWT." Setiap orang Iran, tidak kira siapa mereka, yang pergi ke Madinah dan memeluk Islam, sama ada di masa Rasulullah SAWAW hidup mahupun sesudahnya, mentaati perintah Rasulullah SAWAW. Kerana alasan inilah, khalifah tidak mampu untuk bertolak ansur lalu menggariskan beberapa syarat yang ketat kepada orang Iran. Kesusahan dan kepayahan ini akhirnya telah memupuk perasaan benci dan permusuhan di dalam hati mereka. Mereka sering menyoal kenapakah khalifah terus menghalang mereka dari mempertahankan prinsip Islam yang hak, yang mana nas mengenainya telah diberikan oleh Rasulullah SAWAW.
Orang-orang Iran Tertarik Dengan Layanan Ali AS
Selain dari itu, apa yang menarik hati orang-orang Iran, ialah layanan dan keistimewaan yang diberikan oleh Ali AS terhadap puteri-puteri Iran ketika mereka dibawa sebagai tawanan perang. Melalui beberapa pertanyaan dan penyelidikan, hati mereka kemudiannya disemai dengan perasaan kecintaan terhadap Ali AS, dan keluarganya yang dizalimi.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah, sewaktu tawanan perang Madayen (Taesfun) dibawa ke Madinah, khalifah yang kedua (Umar al-Khattab) telah mengarahkan semua tawanan perempuan dijadikan hamba kepada orang-orang Muslim. Amirul Mukminin Ali AS menentang perbuatan demikian dan berkata bahawa puteri-puteri tadi dikecualikan dan perlu dihormati. Dua dari tawanan tersebut adalah puteri kepada Raja Iran Yazdjard, dan tidak boleh diperlakukan seperti hamba. Khalifah bertanyaa apakah yang harus dilakukan terhadap mereka. Ali AS berkata, setiap mereka diberbolehkan untuk memilih mengikut keinginan mereka, seorang suami dari kalangan Muslim. Mereka berdua kemudiannya berdiri dan melihat ke sekitar para sahabat. Shahzanan telah memilih Mohammad bin Abu Bakar (yang telah diperlihara oleh Ali AS), manakala puteri Shaher Banu telah memilih Imam Husayn AS, cucu kepada Rasulullah SAWAW, dan mereka telah dibawa pulang selepas diijab-kabulkan. Shahzanan, isteri kepada Mohammad bin Abu Bakar, telah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Qasim Faqih, bapa kepada Ummu Farwah, ibu kepada Imam kami yang keenam, Imam Ja'far al-Sadiq AS. Imam Ali Zainal Abidin AS, Imam keempat kami telah dilahirkan oleh Shaher Banu. Jadi, kewujudan Syi'ah tidak ada kena mengena dengan masa kekuasaan Harun al-Rasyid dan al-Makmun ataupun pemerintahan Dinasti Safavid di Iran, sebagaimana yang saudara sebutkan tadi. Ia adalah satu propaganda tujuh kurun sebelum kerajaan Safavid (iaitu Abad 4 Hijrah) sewaktu Dalamit (Ale Bawieh) diperintah di bawah Ghazan Khan Moghul (Nama Islamnya ialah Mahmud). Ketika itu, keyakinan kepada Ahlul Bait, dikenali umum dan Syi'ah tumbuh dan mulai terkenal. Tetapi selepas kematiannya pada tahun 707 Hijrah, Mohammad Shah Khan Khuda Banda mengambilalih pemerintahan Iran. Beliau bertanggungjawab mengatur siri-siri perbincangan di antara Allamah al-Hilli, seorang ulama Syi'ah yang berpengetahuan luas dan bijaksana dengan Khoja Nizamuddin Abdul Malik Maraghi, Qadhi Qudat (Ketua Hakim), seorang ulama besar Sunni pada masa itu.
Perbincangan Agama Di antara Allamah al-Hilli Dan Qadhi Qudat Tentang Imamah
Tajuk perbincangan di dalam pertemuan itu adalah tentang "Imamah." Allamah mengemukakan hujah yang begitu kuat untuk membuktikan bahawa Ali AS adalah Pengganti yang sebenar sebaik sahaja Rasulullah SAWAW wafat dan ini mematahkan dakwaan-dakwaan pihak lawan dengan begitu menyakinkan, sehingga membuatkan kesemua yang hadir di dalam majlis, berpuas hati dengan hujah Allamah. Khoja Nizamuddin, Qadhi Qudat (Ketua Hakim) mengetahui hujah-hujah Allamah begitu tepat dan kuat, dan tidak boleh dibantahi lagi. Tetapi dia mengatakan, dia memilih untuk mengikuti jalan yang dilalui oleh datuk-moyangnya, dan beranggapan tidak patut baginya untuk meninggalkannya, sebagai sikap yang paling wajar untuk tidak memporakperandakan perpaduan antara umat Muslim.
Raja Iran Menerima Keyakinan Syi'ah
Raja Iran yang tidak mempunyai sebarang perasaan hasad dan prejudis, telah mendengar segala hujah yang dibentangkan dengan penuh tumpuan dan minat yang mendalam sekali. Baginda akhirnya menerima keyakinan Syi'ah dan mengisytiharkannya keseluruh Iran, dan mengarahkan kepada gabenor-gabenor di semua daerah agar di dalam perhimpunan rasmi seperti khutbah di masjid-masjid serta lain-lain upacara hendaklah membaca nama Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS dan kesemua Imam-Imam maksum. Baginda memerintahkan supaya kalimah "La Illaha Illallah Mohammad Rasulullah Aliyyun Waliyullah" diukir di atas wang Dinar. Dengan cara ini , ajaran Syi'ah mulai berakar-umbi di Iran dan telah menjadi kukuh dengan teguhnya dan selepas tujuh abad, apabila Dinasti Safavid memerintah, semua kejahilan dan ketaksuban telah dihapuskan dan Syi'ah tersebar dengan meluas di seluruh jajahan di Iran.
Jika terdapat beberapa orang yang menganut agama Zoroaster (Majusi) atau termasuk di dalam golongan itu, yang telah berlebih-lebihan di dalam meletakkan keistimewaan kedudukan Ali AS secara melampaui batas, seperti menganggap beliau adalah setanding dengan Tuhan Pencipta Alam dan beri'tiqad sedemikian kepadanya yang mana hal sebenarnya hanyalah kepunyaan Allah SWT, orang-orang seperti ini tidak boleh disamakan dengan penduduk awam Iran yang beriman dengan mentauhidkan Allah SWT dan menyakini Mohammad SAWAW adalah Nabi yang terakhir serta menjadi pengikut setia Ali AS dan sebelas keturunannya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Rasulullah SAWAW.
Hafiz: Agak menghairankan, saudara berasal dari Hijaz (Arab Mekah dan Madinah), dan hanya menetap di Iran untuk tempoh yang begitu lama, tetapi saudara masih tidak ragu-ragu untuk menyokong orang-orang Iran dan memanggil mereka sebagai pengikut Ali dan memuji mereka sebagai orang yang taat dan bertaqwa kepada Allah SWT. Tetapi hakikatnya, orang-orang Syi'ah di Iran terutama sekali kesemua lelaki mereka menganggap Ali sebagai Tuhan dan membezakannya dengan Tuhan. Di sini beberapa rangkap dari hasil usaha orang-orang Iran yang menunjukkan pandangan ini dan jika Ali AS mengetahuinya, sudah tentu mereka akan dilaknati dengan kepercayaan yang sedemikian rupa. Rangkap yang terakhir sekali menggambarkan Ali AS kononnya berkata,"Siapa yang membantu pada saat-saat yang terakhir. Adakah aku, siapa itu Allah SWT? Ia adalah aku." Satu rangkap lagi berbunyi,"Menurut keyakinan mereka yang pintar mengenali Allah, Allah adalah Ali, dan Ali adalah Allah."
Shirazi: Saya merasa hairan kenapakah, tanpa membuat sebarang pertanyaan dan penyelidikan tergamak saudara menuduh semua orang Iran menganggap Ali sebagai Tuhan?
Dengan kecenderungan fanatik yang sedemikian rupa ulama saudara menghukumkan Syi'ah adalah golongan yang menyembah Ali AS. Mereka dipandang sebagai orang-orang musyrik dan penyembah berhala, dan dengan itu membunuh mereka adalah wajib. Kaum Muslim Uzbikstan dan Turkistan dahulu, dengan sewenang-wenangnya sahaja menumpaskan darah umat Muslim di Iran dan mencemari halaman sejarah Islam.
Orang-orang awam Sunni telah dikelirukan oleh ulama mereka lalu memandang orang-orang Iran dengan perasaan permusuhan dan menganggap mereka seumpama golongan yang tidak beriman, kufur dan musyrik.
Di masa yang lalu, orang-orang Turkistan telah menyerang rombongan orang-orang Iran berhampiran Khurasan, serta membelasah dan membunuh mereka dan berkata, sesiapa yang dapat membunuh tujuh Rafidi (Syi'ah), Syurga sudah pasti menunggunya.
Sekarang, saudara mesti ingat, tanggungjawab ke atas perbuatan tersebut dan pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan seperti itu terletak di atas bahu para pemimpin saudara, yang telah menyampaikan kepada kaum awam Sunni yang jahil, kononnya orang-orang Syi'ah adalah penyembah Ali AS, kafir dan tidak beriman. Mereka percaya kepada ulama-ulama mereka dan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut serta beranggapan sedemikian mendatangkan pahala.
Islam Tidak Mengagungkan Keturunan, Bangsa Atau Warna Kulit
Merujuk kepada perkara yang pertama, asal saya mempunyai pertalian dengan Arab, Mekah dan Madinah, mengapa saya perlu menyokong Iran, saya katakan kepada kamu bahawa saya tidak punya perasaan berpihak. Nabi kita ada berkata: ‘Arab tidak harus berbangga bahawa mereka lebih utama dari yang bukan Arab dan begitu juga sebaliknya, dan yang putih tidak harus berbangga terhadap keutamaan mereka diatas yang hitam, dan begitu juga yang sebaliknya. Keutamaan letaknya pada pengetahuan dan ketaqwaan. Di dalam al-Quran Allah berkata: ‘O Manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berpuak-puak dan berkeluarga supaya kamu dapat mengenali diantara satu dengan lain, sesungguhnya yang paling utama daripada kamu disisi Allah adalah mereka yang diantara kamu yang paling berhati-hati [terhadap tugasnya].’ [49:13]
Juga pada Bab yang sama di dalam al-Quran, Dia berkata: ‘Yang beriman adalah bersaudara, maka berdamailah diantara saudara-saudara kamu dan berhati-hatilah [di dalam melaksanakan tugasmu] pada Allah semoga rahmatnya diatas kamu.’ [49:10]
Makanya semua bangsa Asia, Afrika, Eropa, Amarika, yang putih, hitam, merah, kuning jika mereka Muslim maka mereka adalah bersaudara, dan tiada siapa yang boleh mengatakan dia lebih utama dari yang lain. Pemimpin Islam yang teragung, Rasul yang akhir telah bertindak diatas prinsip ini. Baginda telah menunjukkan kasih sayangnya kepada Salman Farsi dari Iran, Suhaib dari benua Asia kecil, Bilal dari Abyssinia. Sebaliknya baginda telah menolak Abu Lahab [yang namanya bererti bapa bagi api] bapa saudaranya sendiri yang telah dikutuk oleh surah al-Quran. [111:1]
Islam Menentang Perkauman
Dunia telah melihat kekacauan yang paling dahsyat di negara barat, yang mana telah disebabkan oleh penindasan kaum. Dinegara tersebut orang berkulit hitam tidak dibenarkan di hotel, restaurant, gereja, dan ditempat perjumpaan orang kulit putih. Islam telah menghapuskan amalan tersebut 1 300 tahun dahulu, dan menyatakan bahawa semua Muslim tidak kira apa bangsanya, warna kulitnya, dan warganegara mana sekalipun ianya adalah bersaudara. Maka jika Arab telah menyeleweng, saya akan kutuk mereka, dan saya bersaudara dengan shia Iran yang lurus jalannya.
Kedua kamu telah menyamakan pelampau Iran dengan shia, yang berpegang kepada Tuhan yang Esa, dan telah mengikut Ali menurut yang diperintahkan oleh Nabi. Kami menganggap Ali sebagai seorang hamba Allah yang taat, dan yang telah dilantik oleh Allah sebagai pengganti Nabi.
Kutukan Terhadap Golongan Pelampau
Lebih-lebih lagi kami menolak mereka yang berkepercayaan yang bertentangan dengan kami, seperti Sabaiyya, Khitabiyya, Gharabiyya, Alawiyya, Mukhammasa, Bazighiyya, Nussairiyya, yang betaburan di dalam Iran, Mosul dan Syria. Kami shia berbeza dengan mereka, dan kami menganggap mereka kafir. Di dalam semua buku-buku yang ditulis oleh ulama shia dan juga ulama fiqh, puak Ghalis [pelampau] termasuk diantara mereka yang kafir, oleh kerana kepercayaan mereka bertentangan dengan shia. Sebagai contoh, mereka mengatakan bahawa penyerapan roh kedalam jasad sesaorang adalah berkemungkinan [sebagaimana Jibril berada dihadapan Nabi dalam bentuk Dahiyya-e-kalbi], dan adalah kehendak Allah yang dia menjelma dalam bentuk manusia di dalam badan Ali. Atas sebab ini, mereka menganggap kedudukan Ali lebih tinggi dari Rasul. Khayalan yang sedemikian telah belaku dimasa hayat Ali. Sebahagian penduduk India dan Sudan datang kepada beliau dan mengatakan bahawa beliau adalah Allah.
Ali berulangkali melarang mereka dari pandangan tersebut, tetapi tidak berkesan. Akhirnya, sebagaimana telah tercatit di dalam sejarah, Ali telah mengarahkan mereka dibunuh didalam perigi yang penuh dengan asap. Peristiwa ini secara terperinci telah dinyatakan di dalam Baharul-Anwar, jilid VII, oleh seorang alim yang ulung, Agha Muhammad Baqir Majlisi. Amirul Mukminin dan Imam-Imam yang lain mengutuk keras manusia yang sedemikian. Ali berkata: ‘O Allah, saya amat membenci puak Ghullat [pelampau], sebagaimana Isa amat benci kepada kristian. Semoga Engkau mengabaikan mereka selamanya.’ Dilain ketika beliau berkata: ‘Terdapat dua golongan yang akan menderita kematian yang memalukan, dan saya tidak bertanggong jawab keatas mereka [kerana saya benci perbuatan mereka]; mereka yang melampaui batasan cintanya kepada saya, dan mereka adalah Ghullat [pelampau], dan mereka yang tanpa sebab apa juga telah bermusuhan dengan saya. Saya amat benci mereka yang telah melebih-lebihkan kedudukan saya dengan melampaui segala batasan, sebagaimana Isa membenci kristian.’
Dua Golongan Yang Akan Menerima Kematian Yang Hina
Beliau juga berkata: ‘Terdapat dua kumpulan berkaitan dengan saya yang akan menderitai kematian yang hina, satu terdiri dari mereka yang mengatakan mereka sahabat tetapi telah memuji saya melampaui dari batasan yang diperbolehkan; dan yang satu lagi terdiri dari musuh-musuh yang menghina dan merendahkan kedudukan saya
Shia mengutuk mereka yang memuji Ali dan ahlul bayt melampaui dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya. Ulama kami sebulat suara mengatakan mereka semuanya kafir. Tidak dibenarkan untuk mengurus kematian mereka atau mengahwini mereka. Mereka juga dihalang dari mewarisi harta Muslim; sedekah, zakat tidak akan diberikan kepada mereka. Al-Quran mengutuk mereka dengan ayat ini:
‘Katakan, wahai ahli kitab, janganlah melampau di dalam beragama, dan janganlah mengikuti kemahuan yang rendah dari orang dahulu yang telah menyimpang dan menyesatkan orang ramai dan kini terus menyimpang dari jalan yang lurus.’ [5:80]
Allama Majlisi, di dalam Baharul-Anwar, jilid III, iaitu Ensiklopedia bagi kepercayaan shia, telah merakamkan banyak hadith mengutuk Ghullat [pelampau], Imam Jafar Sadiq disebutkan sebagai berkata: ‘Kami adalah hamba Allah, yang telah menjadikan kami dan meninggikan kami lebih dari makhluk-makhluk lain yang dijadikanNya. Pasti kami akan mati, dan akan mengadap kepada Allah untuk di adili. Sesiapa yang menjadi sahabat kepada Ghalis adalah musuh kami, dan sesiapa yang memusuhi mereka adalah sahabat kami. Ghalis adalah kafir dan musyrik, kutukan keatas mereka.’ Seorang ketua agama shia telah juga menyebutkan bahawa Imam yang sama telah berkata: ‘Kutukan Allah keatas mereka yang mengatakan Ke Esaan dan KeTuhanan untuk Ali. Demi Allah, Ali adalah seorang hamba Allah yang taat. Kutukan keatas mereka yang telah menghina kami; sebahagian manusia mengatakan sesuatu mengenai kami yang kami sendiri tidak ada menyebutnya. Kami mengistiharkan bahawa kami tidak punya hubungan dengan mereka.
Sheikh Saduq [Abu Jafar Muhammad bin Ali] seorang ahli fiqh shia yang dihormati, menyebut dari Zarara bin A’yun, seorang penilis shia yang dipercayai, juga seorang hafiz dan sahabat Imam Muhammad Baqir dan imam Jafar Sadiq, sebagai berkata: ‘Saya memberitahu Imam Jafar Sadiq bahawa seorang dari mereka yang beliau kenali mempercayai dalam Tufwiz [delegasi bagi penguasaan ilahi]. Imam berkata: ‘Apa yang dimaksudkan dengan Tufwiz?’ saya menjawab: ‘Orang itu berkata bahawa Allah menjadikan Muhammad dan Ali dan kemudian memberikan kepada mereka kuasaNya diatas segala urusan manusia. Maka mereka adalah yang menjadikan, yang memberi makanan, mereka yang mengerakkan dan mereka yang mematikan.’ Imam yang suci berkata: ‘Musuh Allah itu berdusta. Apabila kamu pergi semula kepadanya, bacakan kepadanya ayat ini dari al-Quran yang suci: ‘……atau adakah mereka telah adakan bagi Allah sekutu yang telah menjadikan kejadian ini sebagaimana Dia [telah jadikan], supaya apa yang telah dijadikan menjadi kekeliruan kepada mereka? Katakanlah: ‘Allah lah yang menjadikan segala sesuatu, dan Dia yang Esa, yang Agung.’ [13:16]
Shiah Terpisah Dari Golongan Ghullat
Kami shia terpisah dari Ghalis. Biarlah mereka mengatakan diri mereka shia. Allah, Nabi yang suci, Ali dan keturunan beliau bencikan mereka. Ali telah memenjarakan ketua kumpulan Ghullat selama tiga hari, dan memerintahkannya supaya bertaubat dari kezalimannya. Apabila dia menolak, Ali telah menyuruhnya dibakar sampai mati. Jika kamu tidak dapat mengadakan sebuah bukupun yang menyanjung Ghulat, maka kamu paling tidaknya mengutuk ulama yang tidak bertanggong jawab pada memesongkan tanggapan sunni mengenai shia.
Penjelasan Mengenai Sanjungan Terhadap Imam-Imam
Hafiz: Nasihat dari saudara berhak dipertimbangkan. Tetapi bolehkah kamu jelaskan beberapa perkara yang lain? Kamu selama ini telah mengatakan bahawa kamu tidak menyanjung sangat Imam-imam kamu. Kamu menganggap Ghullat sebagai hina dan hanya layak untuk neraka, tetapi kamu menggunakan ekspresi [ucapan] yang tidak bersesuaian mengenai Imam kamu. Kamu telah mengatakan: ‘Rahmat Allah keatas mereka,’ walaupun kamu mengetahui bahawa menurut al-Quran, ekspresi [sebutan] ini hanya diperuntukkan pada Nabi. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya dengan selawat yang sempurna.’ [33:56] Amalan kamu dengan jelas menyalahi perintah al-Quran. Ucapan kamu adalah suatu bidaa’.
Shirazi: Ayat ini tidak menghalang kita dari mensejahterakan mana-mana orang. Kita disuruh berselawat kepada Nabi. Di dalam ayat al-Quran yang lain Allah berkata: ‘Kesejahteraan keatas orang-orang Yasin [ahli Yasin],’ rujukan kepada keturunan Muhammad. Kepada nabi-nabi yang lain, kesejahteraan tidak diberikan kepada keturunan mereka dimana-mana ayat di dalam al-Quran. Kesejahteraan hanya diberikan kepada nabi-nabi Allah, ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Nuh diantara ummah-ummahnya.’ [37:79]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Ibrahim.’ [37:109]; ‘Keamanan dan kesejahteraan kepada Musa dan Harun.’ [37:120]
Aali-Yasin Merujuk Kepada Aali-Muhammad SAWAW
Kesemua pengulas dan ulama dari golongan kamu mengaku bahawa Allah telah memanggil nabi sebagai YaSin. Maka, ali Yasin bererti ali Muhammad. Diantara mereka yang menyebutnya, Ibn Hajar Makki ulama sunni yang membenci shia, berkata di dalam buku Sawaiq Muhriqa, dibawah ayat-ayat yang menyebutkan tentang kepujian terhadap ahli bayt, kumpulan pengulas itu menyebutkan dari Ibn Abbas sebagai berkata ahli Yasin bererti ahli Muhammad. Makanya salam, dan ucapan keamanan untuk aali Yasin bererti salam untuk aali Muhammad. Imam Fakhrud-Din Razi menulis: ‘Ahli Bayt Nabi adalah sama setaraf dengan baginda pada lima perkara:
Salam; salam untuk Nabi dan salam untuk aali Yasin [aali Muhammad] adalah perkara yang sama.
Selawat di dalam solat fardu untuk Nabi dan ahli baytnya adalah wajib.
Kesucian; Allah berkata di dalam surah ‘Ta Ha’ [20:1] ‘[Wahai Nabi] Bersih dan suci,’ ayat kesucian telah diwahyukan di dalam meninggikan ahli bayt
Diharamkan sedekah; Sedekah tidak boleh diterima sama ada oleh Nabi atau ahli baytnya.
Kecintaan; Kecintaan kepada Nabi bererti kecintaan kepada ahli baytnya. Allah yang Maha berkuasa telah berkata: ‘Katakan: jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, Allah akan mencintai kamu….’ [3:31] dan mengenai ahli bayt Allah berkata: ‘..Katakan: aku tidak meminta sebarang ganjaran untuknya tetapi kecintaan kepada kerabatku yang terdekat…’ [42:23]
Tidak Sah Solat Jika Tiada Selawat Dan Salam Kepada Nabi SAWAW dan Keluarganya
Ramai mereka yang menyampaikan Hadith, terutama Bukhari di dalam sahihnya, jilid III, dan Muslim di dalam sahihnya, jilid I, Sulayman Balkhi di dalam buku ‘Yanabiul Mawadda, dan bahkan Hajar di dalam Sawaiq menyebutkan dari Ka’b bin Ajza sebagai berkata: ‘Apabila ayat: Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi…. [33:56] diwahyukan, kami bertanya kepada Nabi, ‘Bagaimana kami mendoakan kesejahteraan kami untuk kamu, ya Rasul Allah? Nabi menjawab, ‘Doakanlah kesejahteraan kamu begini: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan ahli Muhammad.’
Imam Fakhrud-Din Razi, di dalam jilid VI dari Tafsir-e-Kabir nya, juga telah menyebutkan hadith yang sama. Ibn Hajar, mengulas dari hadith itu, menunjukkan bahawa adalah jelas yang ucapan selawat untuk Nabi adalah sama dengan ucapan selawat kepada keturunannya juga. Dia juga menyebutkan yang Nabi sebagai berkata: ‘Janganlah selawat untuk ku dengan yang tidak sempurna,’ Apabila ditanya apa yang dimaksudkan dengan selawat yang ‘tidak sempurna’, baginda berkata: ‘Janganlah katakan, Wahai Allah sejahterakan Muhammad,' ’tetapi katakan: ‘Wahai Allah, sejahterakan Muhammad dan keturunannya.’
Dailami menulis bahawa Nabi berkata: ‘Doa kamu tinggal terhalang sehingga kita doakan kesejahteraan kepada Nabi dan ahlinya.’ Shafii berkata, ‘Wahai ahli bayt! Di dalam al-Quran Allah telah menjadikan kecintaan kepada kamu sebagai wajib kepada kita. Mengenai kemuliaan dan ketinggian kedudukan kamu, adalah memadai untuk mengetahui bahawa jika sesaorang tidak mendoakan kepada ilahi untuk kesejateraan kamu, solatnya tidak akan diterima.’ Jika doa untuk mensejahterakan Nabi dan keturunannya dengan sengaja ditinggalkan di dalam solat, maka solat itu ditolak. Dan Nabi telah berkata: ‘Solat itu adalah tiang bagi keimanan; jika solat itu diterima, kesemua amalan lain akan diterima, jika ianya ditolak, maka semua amalan lain akan ditolak.
Untuk mendoakan kepada Allah akan kesejahteraan ahli bayt adalah sunnah dan adalah bentuk doa yang dilaksanakan oleh Nabi SAWAW sendiri. Kami merasa bangga untuk melakukan apa yang disuruh oleh al-Quran dan juga Nabi SAWAW.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar