Rabu, 15 Februari 2012
Dialog Sunni Syiah di Peshawar page : 7
Pertemuan Yang Kelima Senen Malam 27 Rajab 1345 Hijriah (b)
AYAT AL-QURAN PADA MENCINTAI KELUARGA NABI.
Sebagai tambahan, Bukhari dan Muslim, masing-masing di dalam ‘Sahih’ nya, Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir’ nya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, Tibrani di dalam ‘Mu’jamu’l-Kabir’, Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, Bab 32, pada pengesahan di ‘Tafsir’ dari Ibn Abi Hatim, ‘Manaqib’ dari Hakim, Wasit dan Wahidi, ‘Hilyatu’l-Auliya’ dari Hafiz Abu Nu’aim Isfahani, dan ‘Fara’id’ dari Hamwaini, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq Muhriqa’, di bawah ayat 14 pada kenyataan Ahmad, Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam ‘Matalibu’s-Su’ul’, ms 8, Tabari di dalam ‘Tafsir’, Wahidi di dalam ‘Asbabu’n-Nuzul’, Ibn Maghazili di dalam ‘Manaqib’, Muhibu’d-Din Tabari di dalam ‘Riyazu’n-Nuzra’, Mu’min Shablanji di dalam ‘Nuru’l-Absar’, Zamakhshari di dalam ‘Tafsir’, Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, Seyyed Abu Bakr Shahabu’d-Din Alawi di dalam ‘Rishfatu’s-Sadi min Bahr-e-Faza’il-e-Baniu’l-Nabi’i’l-Hadi’, bab 1, ms 22-23 pada kenyataan dari ‘Tafsir of Baghawi’, Tafsir’ dari Tha’labi, ‘Manaqib’ dari Ahmad, Kabir dan Ausat dari Tibrani dan Sadi, Sheikh Abdullah bin Muhammad bin ‘Amir Shabrawi Shafi’i di dalam ‘Al-‘Ittihaf’, ms 5 pada pengesahan oleh Hakim, Tibrani, and Ahmad, Jalalu’d-Din Suyuti di dalam ‘Ihya’u’l-Mayyit’ pada pengesahan dari ‘Tafsirs’ dari Ibn Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih, dan ‘Mu’jamu’l-Kabir’ dari Tibrani; dan Ibn Abi Hatim dan Hakim – secara ringkas, kebanyakkan dari ulama kamu yang mashor [mengenepikan beberapa pengikut kuat Bani Umayya dan musuh-musuh ahli bayt] telah menyatakan dari Abdullah bin Abbas dan lainnya bahawa apabila ayat yang berikut dari al-Quran diwahyukan: ‘Katakan: Saya tidak meminta apa-apa ganjaran untuknya tetapi kecintaan untuk keluarga terdekat ku; dan sesiapa yang membuat kebajikan, Kami akan memberikannya tambahan… [42:23] sekumpulan sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, siapakah mereka kerabat mu yang mencintai mereka telah dijadikan wajib keatas kami oleh Allah?’ Nabi menjawab, ‘Mereka adalah Ali, Fatima, Hasan dan Husain.’Sebahagian hadith mengandongi perkataan ‘dan anak-anak mereka’ bererti Hasan dan Husain.
SHAFII MENGESAHKAN BAHAWA CINTA KEPADA AHLI BAYT ADALAH WAJIB.
Bahkan Ibn Hajar [musuh shia] di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’ nya ms 88, Hafiz Jamalud-Din Zarandi di dalam ‘Mirajul-Rasul’; Sheikh Abdullah Shabrawi di dalam ‘Kitabul-Ittihaf’ ms 29, Muhammad bin Ali Sabban dari Mesir di dalam ‘Asafur-Raghibin’ ms 119; dan lainnya telah menyatakan dari Imam Muhammad bin Idris Shafii, seorang dari Imam kamu yang empat, ketua agama mazhab shafii, bahawa dia telah berkata: ‘Wahai ahli bayt Nabi Allah! Cinta kepada kamu telah dijadikan wajib kepada kami oleh Allah, sebagaimana diwahyukan di dalam al-Quran [merujuk kepada ayat diatas] Telah mencukupi bagi kehormatan kamu jika sesaorang tidak mengucapkan salam kepada kamu di dalam solat, maka solatnya tidak akan diterima.’ Sekarang saya bertanya kepada kamu, bolehkah hadith yang disampaikan oleh kamu dari satu pihak, bertahan terhadap semua hadith yang sahih yang telah diterima oleh kedua pihak sunni dan juga shia?
SALAH FAHAM MENGENAI CINTA NABI KEPADA AISHA.
Berkenaan dengan cinta Nabi kepada Aisha, adakah kamu fikir bahawa disebabkan keinginan nafsu baginda mencintai Aisha lebih dari Fatima? Adalah benar bahawa Aisha isterinya dan dari itu Ummul-Mukminin [ibu bagi yang beriman] seperti para isteri Nabi yang lain. Tetapi bolehkah diterima bahawa baginda mencintai Aisha lebih dari baginda mencintai Fatima, yang mana cinta kepadanya telah dijadikan wajib di dalam al-Quran, yang mana untuknya ayat kesucian telah diwahyukan dan yang telah juga terjumlah di dalam Mubahila? Pastinya kamu tahu bahawa Nabi dan wazirnya tidak digerakkan oleh keinginan nafsu, dan bahawa mereka hanya melihat kepada Allah. Dedikasi tersebut adalah benar kepada Rasul yang terakhir. Dia mencintai sesiapa yang dicintai oleh Allah. Perlukah kita menolak hadith sahih yang telah diterima oleh ulama dari kedua golongan dan yang selaras dengan ayat-ayat al-Quran, atau kita menganggap hadith yang kamu sebutkan sebagai palsu? Kamu mengatakan bahawa Nabi telah menyatakan bahawa baginda mencintai Abu Bakr lebih dari mana-mana lelaki. Tetapi tuntutan ini juga telah menyimpang dengan banyak hadith lain yang sahih dan telah disampaikan oleh ulama kamu sendiri, yang telah menekankan bahawa menurut Nabi, yang paling dicintainya adalah Ali.
RASUL MENGUTAMAKAN ALI LEBIH DARI LELAKI LAINNYA.
Sheikh Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabiul-Mawadda’ nya; Bab 55, menyampaikan dari Tirmidhi, dari hadith Buraida bahawa menurut Nabi, wanita yang paling dicintai adalah Fatima, dan lelaki yang paling dicintai adalah Ali. Muhammad bin Yusuf Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ nya, Bab 91, menyebutkan dengan pengesahan dari Ummul-Mukminin Aisha yang berkata: ‘Allah tidak menjadikan sesiapa yang paling dicintainya lebih dari Ali.’ Dia menambah bahawa hadith ini Ibn Jarir tulis di dalam ‘Manaqib’ nya, dan Ibn Asakir Damishqi di dalam terjemahannya telah menyatakan dari Ali. Muhyid-Din dan Imamul-Haramain Ahmad bin Abdullah shafii menyampaikan dari Tirmidhi dalam ‘Dhakhairul-Uqba’ bahawa orang bertanya kepada Aisha, wanita mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab ‘Fatima’. Kemudian dia ditanya lagi mengenai lelaki mana yang paling dicintai oleh Nabi, dan dia menjawab, ‘Suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Kemudian dia menyampaikan dari buku ‘Mukhalis’ oleh Dhahabi dan Hafiz Abul-Qasim Damishqi dan dia dari Aisha yang berkata: ‘Saya tidak pernah melihat lelaki yang paling dicintai oleh Nabi lebih dari Ali, dan wanita yang paling dicintai dari Fatima.’ Sebagai tambahan Sheikh menyatakan dari Hafiz Khanjandi dan dia dari Ma’azatul-Ghifariyya bahawa dia berkata: ‘Saya pergi berjumpa dengan Nabi dirumah Aisha sedang Ali berada diluar rumah. Nabi berkata kepada Aisha: ‘Ini [Ali] adalah yang paling aku sayangi dan yang paling aku sanjungi diantara semua lalaki. Iktiraf [akui] haknya dan berilah penghormatan pada kedudukannya.’
Sheikh Abdullah bin Muhammad bin Amir Shabrawi shafii, seorang ulama kamu yang terkenal, merakamkan di dalam ‘Kitabul-Ittihaf bi Hubbil-Ashraf’ ms 9; Sulayman Balkhi di dalam ‘Yanabul-Mawadda’, dan Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalibul-Suul’, ms 6, dari Tirmidhi, dan dia dari Jami bin Umar – semua nyatakan yang berikut: ‘Saya pergi ke Ummul-Mukminin Aisha dengan emak saudara saya, dan kami tanya kepadanya, siapa yang paling dicintai oleh Nabi. Dia menjawab, ‘Diantara wanita ianya adalah Fatima dan diantara lelaki, suaminya Ali Ibn Abi Talib.’ Hadith yang sama ini telah disampaikan oleh Mir Seyyed Ali Hamadani shafii di dalam ‘Mawaddatul-Qurba’, Mawadda II, dengan perbezaan bahawa Jami bin Umar berkata bahawa dia menerima jawapan ini dari emak saudaranya.
Begitu juga Khatib Khawarizmi telah sampaikan hadith ini dari Jami bin Umar, dan dia berkata dari Aisha, pada penghujung Bab 4 dari ‘Manaqib’ nya. Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawaiq Muhriqa’, pada penghujung Bab 2, selepas merakamkan 40 hadith pada kemuliaan Ali, menyampaikan hadith yang berikut dari Aisha: ‘Diantara wanita, Fatima adalah wanita yang paling dicintai oleh Nabi Allah dan diantara lelaki, suaminya.’ Muhammad bin Talha shafii di dalam ‘Matalib-us-Suul’, ms 7; selepas merakamkan hadith yang tertentu pada isu ini, menyatakan rumusannya sendiri didalam perkataan yang berikut:
‘Hadith sahih yang mempunyai satu pengertian ini membuktikan bahawa Fatima adalah yang paling dicintai oleh Nabi diatas segala wanita. Dia mempunyai kedudukan yang tertinggi dari semua wanita disyurga dan yang ketua dari ummah ini dan begitu juga ketua dari semua wanita Madina.’ Hadith yang boleh dipercayai ini dengan jelas menunjukkan bahawa dari semua makhluk kejadian, Ali dan Fatima adalah yang paling dicintai oleh Nabi. Bukti yang lain menunjukkan Nabi mengutamakan Ali dari lelaki yang lain adalah ‘hadith pada burung’ [Hadith-e-Tair]. Hadith ini telah terkenal dan diketahui umum yang mana saya tidak perlu mengatakan semua puncanya. Saya akan menyatakan sebahagiannya sahaja.
HADITH MENGENAI BURUNG PANGGANG.
Kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal seperti Bukhari; Muslim; Tirmidhi; Nisai; dan Sijistani di dalam siha mereka, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam Musnad; Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha; Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma; dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda; Bab 8, dan dari buku penulis yang dipercayai, telah merakamkan Hadirh-e-Tair di dalam kerja-kerja mereka. Mereka mengesahkan bahawa hadith ini telah disampaikan oleh 24 penyampai hadith dari Anas bin Malik. Ibn Sabbagh Maliki di dalam Fusulul-Muhimma menulis mengenainya dalam perkataan yang berikut: Di dalam buku hadith yang sahih dan penyampaian yang boleh dipercayai, hadith-e-tair dari Anas bin Malik adalah benar dengan tidak dipertikaikan. Sibt Ibn Jauzi; pada ms 23 dari Tadhkira; dan Sunan dari Tirmidhi dan Masudi pada ms 49 Jilid II dari Murujudh-Dhahab, telah menumpukan terutamanya pada bahagian akhir hadith ini, yang mengadungi doa Nabi dan penerimaannya oleh Allah. Imam Abu Abdur-Rahman Nisai, dalam hadith yang ke sembilan dari Khasaisul-Alawi, dan Hafiz bin Iqda dan Muhammad bin Jarir Tabari semuanya telah merujuk kepada rataian penyampai yang tidak putus dan kepada punca kesahihan hadith ini, dengan mengatakan bahawa ianya telah disampaikan oleh 35 para sahabat Nabi dari Anas bin Malik. Secara ringkas semua ulama kamu telah mengesahkan kesahihan hadith ini dan telah dimuatkan kedalam buku mereka. Allama Seyyed Hamid Husain telah memperuntukan satu jilid khas di dalam bukunya Abaqatul-Anwar kepada hadith ini. Dia telah mengumpulkan segala punca yang dipercayai dari ulama terkenal dan dengan jelas membuktikan kesahihan hadith ini.
Menurut hadith ini, satu hari seorang wanita membawa hadiah seekor burung panggang kepada Nabi. Sebelum memakannya, Nabi mengangkat tangan berdoa kepada Allah: ‘Wahai Allah! Dari kesemua kejadian Kamu, hantarkanlah seorang yang kamu dan aku sayangi, supaya dia dapat menikmati burung panggang ini bersama aku.’
Ali kemudian masuk dan menikmati burung panggang itu bersama Nabi.
Sebahagian buku kamu, seperti Fusulul-Muhimma oleh Maliki; Tarikh oleh Hafiz Nishapuri; Kifayatut-Talib oleh Ghanji shafii, dan Musnad oleh Ahmad bin Hanbal dst; yang mana hadith ini yang disampaikan dari Anas bin Malik, telah merakamkan bahawa Anas berkata: ‘Belum selesai Nabi berdoa, Ali telah sampai kerumah, tetapi aku rahsiakan perkara itu. Apabila Ali menghentakkan kakinya pada kali ketiga, Nabi mengarahkan aku untuk mengizinkan dia masuk. Apabila Ali masuk Nabi berkata: ‘Rahmat Allah keatas kamu; apa yang membuat kamu datang kepada ku? Maka Ali memberitahu bahawa dia telah datang tiga kali, tetapi hanya dibenarkan masuk pada kali ini. Nabi bertanya kepada ku, apakah yang membuat aku bertindak sedemikian, dan aku menjawab: ‘Yang sebenarnya, apabila mendengarkan doa kamu, saya berharap supaya penghargaan yang sedemikian akan jatuh kepada sesaorang dari kaum ku.’ Sekarang saya tanyakan kepada kamu yang dihormati, sama ada doa nabi diterima atau ditolak oleh Allah.
Sheikh: Sudah tentu Allah menerimanya, oleh kerana Dia telah berjanji di dalam al-Quran bahawa Dia akan menerima doa Nabi. Lebih-lebih lagi, Allah mengetahui bahawa Nabi tidak akan meminta sesuatu yang tidak wajar. Maka Allah sentiasa mengkabulkan doa baginda.
Shirazi: Allah menghantar Ali, seorang yang paling berhak diantara semua kejadianNya kepada Nabi. Ulama kamu telah mengesahkan peristiwa ini. Muhammad bin Talha shafii di dalam Matalibus-Suul, Bab I, bahagian 5, ms 15, telah menunjukkan tingginya kedudukan Ali sebagai yang dicintai oleh Allah dan Nabi pada pengertian hadith bendera [panji-panji] dan hadith burung. Di dalam pertalian itu dia berkata: ‘Tujuan Nabi adalah supaya manusia mengetahui akan unik dan tingginya kedudukan Ali, yang telah mencapai kedudukan yang tertinggi yang boleh tercapai oleh yang wara’ Begitu juga Hafiz dan Muhammad Yusuf Ghanji [mati 658 Hijrah] menulis di dalam Kifayatut-Talib Bab 33, merujuk kepada kemuliaan Ali Ibn Abi Talib, bahawa hadith ini dengan jelas telah membuktikan bahawa Ali adalah yang paling tercinta dari semua kejadian Allah. Kemudian dia berkata Hakim Abu Abdullah Hafiz Nishapuri menyebut hadith-e-tair oleh Anas dari 86 penyampai dan juga merakamkan nama 86 penyampai tersebut. [Lihat Kifatut-Talib Bab 32] Hadith yang disampaikan oleh kamu di dalam perbandingan dengan hadith yang disampaikan oleh ulama yang berkedudukan tinggi dari kamu [pengecualian terhadap beberapa fanatik yang degil] tidaklah boleh diterima dan hendaklah ditolak oleh mereka yang terpelajar.
Sheikh: Saya takut bahawa kamu telah membuat keputusan untuk tidak menerima apa yang kami katakan.
Shirazi: Bagaimana kamu boleh mengatakan perkara yang sebegitu kepada saya? Bolehkah kamu sebutkan pada saat mana yang kamu telah bentangkan hujah yang bernas dan saya telah menolaknya begitu sahaja? Saya bersumpah bahawa di dalam perbincangan agama dengan Yahudi, Kristian, Hindu, Brahmin dan yang jahil Bahai dari Iran, Qadiani dari India dan yang material – di dalam semua situasi saya tidak pernah bertindak ‘degil’ di dalam hujah-hujah saya. Saya tidak pernah bersikap sedemikian terhadap mereka yang bukan Islam – bagaimana pula dapat melakukannya dengan kamu, saudara saya dalam Islam?
Sheikh: Kami telah membaca mengenai perbincangan awak dengan Hindu dan Brahmin di Lahore di dalam surat khabar. Kami amat tertarik dengannya. Walaupun kami belum berjumpa dengan kamu, kami dapat rasakan betapa berkobarnya semangat kami terhadap kamu. Saya berharap Allah akan memandu kamu dan kami kejalan yang betul. Kami percaya bahawa jika terdapat sebarang keraguan mengenai mana-mana hadith, kami harus, menurut dari cadangan kamu, merujuk kepada al-Quran. Bagaimana pun, jika kamu mempersoal keutamaan khalifa Abu Bakr dan mode [cara] kedudukan khalifa yang utama, dan jika kamu menganggap hadith itu palsu, adakah kamu keberatan pada mempercayai hujah berasaskan kepada al-Quran?
Shirazi: Semoga Allah tidak memberikan hari itu, apabila kita meragukan fakta berasaskan pada al-Quran atau hadith yang sahih. Bagaimana pun, apabila kita memasuki perbincangan agama dengan mana-mana negara atau kommuniti, mereka juga berhujah dari ayat-ayat al-Quran untuk menjelaskan kedudukan mereka. Oleh kerana ayat al-Quran mempunyai berbagai tingkatan pengertian, nabi yang akhir, di dalam menjaga manusia daripada tersalah pengertian, tidak meninggalkan HANYA al-Quran sebagai satu-satunya punca petunjuk. Sebagaimana telah diterima oleh kedua-dua golongan [sunni dan shia], baginda sendiri berkata: ‘Saya tinggalkan bersama kamu dua perkara penting: kitab Allah dan keturunan saya. Jika kamu berpegang kepada kedua-dua ini, kamu tidak akan sesat selepas ku. Sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar.’ Atas sebab ini, pengertian pada wahyu al-Quran hendaklah dicari perjelasannya dari Nabi, jurubahasa utama al-Quran atau sesudah baginda dari yang sama seperti al-Quran, keturunan Nabi yang suci. Al-Quran berkata: ‘Maka tanyakan kepada ahli zikir jika kamu tidak tahu.’ [21:7]
ORANG AHLI ZIKIR ADALAH AHLI MUHAMMAD, KETURUNAN NABI YANG SUCI.
Ahli zikir bererti orang yang mengingati, Ali dan Imam-Imam yang suci, keturunannya, adalah yang sama dengan al-Quran. Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiul-Mawadda, Bab 39, menyebutkan dari Tafsir-e-kashful-Bayan oleh Imam Thalabi, disampaikan dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, yang berkata: ‘Ali berkata: ‘Kami keturunan Nabi adalah orang ahli zikir.’ Oleh kerana zikir adalah ‘ingatan’ dan salah satu dari nama al-Quran, keluarga ini mengandungi orang al-Quran. Sebagaimana disampaikan oleh ulama kamu, Ali berkata: ‘Tanyalah kepada ku apa saja yang kamu mahu sebelum aku meninggalkan kamu. Tanyalah mengenai al-Quran, oleh kerana aku tahu setiap ayat di dalamnya – sama ada diwahyukan di malam hari atau disiang hari, pada padang dataran atau pada gunung yang tegak. Demi Allah, tidak ada ayat dari al-Quran yang di wahyukan melainkan, akau tahu mengenai apa ia diwahyukan, dimana ia diwahyukan dan mengenai orang macam mana ia diwahyukan. Allah yang Berkuasa telah menganugerahkan kepada ku lidah yang fasih dan akal yang bijak.’
Maka, mengasaskan hujah atas ayat-ayat al-Quran hendaklah menurut pengertiannya yang sahih dan pemahaman yang diberikan oleh mereka, pengulas yang berkemampuan dan dipercayai. Jika tidak, setiap orang akan memberikan interpritasi pada ayat-ayat al-Quran menurut ukuran pengetahuan dan kepercayaannya, dan itu akan menghasilkan pada perbezaan pendapat dan ide yang bertentangan. Dengan ini di dalam fikiran kita, sila nyatakan ayat kamu.
SEBUTAN DARI AYAT AL-QURAN MENGENAI PERLANTIKAN EMPAT KHALIFA, DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Allah dengan jelas berkata di dalam al-Quran, ‘Muhammad adalah Rasul Allah, dan mereka yang bersama dengannya keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang diantara mereka. Kamu akan melihat mereka rukok dan sujud, mengharap kurnia dari Allah dan keridhaanNya. Pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud.. …[48:29]
Pertama ayat ini menunjukkan keutamaan Abu Bakr.
Kedua, ia menunjukkan kedudukan empat khalifa, sebagai tentangan pada tuntutan oleh shia yang Ali adalah yang pertama. Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa Ali adalah khalifa keempat.
Shirazi: Pastinya ayat ini tidak menunjukkan sebarang petanda mengenai mode [cara] perlantikkan para khalifa atau mengenai keutamaan Abu Bakr. Makanya, kamu perlulah menunjukkan pada tempat mana diayat ini maksud itu diterangkan.
Sheikh: Pada permulaan ayat ini, rangkap ‘mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada manusia agung, yang bersama dengan Nabi pada ‘malam di dalam gua’, Cara susunan pada kedudukan khalifa juga jelas di dalam ayat ini. ‘Mereka yang bersama dengannya’ bererti Abu Bakr, yang menemani Nabi di dalam gua Thawr pada malam penghijrahan. Rangkap ‘keras terhadap orang kafir’ bererti Umar bin Khattab, yang sangat keras dengan orang-orang kafir. Rangkap ‘berkasih sayang diantara mereka’ merujuk kepada Uthman bin Affan, yang sangat pemurah. Rangkap ‘pada muka mereka terdapat tanda bekas sujud’ merujuk kepada Ali. Adalah jelas bahawa Ali ialah khalifa yang keempat, bukan yang pertama, oleh kerana Allah menyebutnya pada tempat keempat.
Shirazi: Bagaimanakah saya hendak menjawabnya, supaya saya tidak dikatakan berkepentingan diri. Tidak ada pengulas al-Quran, termasuk ulama kamu yang agung, telah menghuraikan ayat ini sebagaimana yang kamu huraikan. Jika ayat ini adalah mengenai susunan khalifa, dihari pertama wafatnya Nabi, apabila Ali, Bani Hashim dan para sahabat Nabi yang ulung menunjukkan bantahan dan enggan memberikan baia’ kepada khalifa, hujah yang tidak berasas tentu tidak diketengahkan. Mereka tentunya telah diberikan dengan jawapan yang akan mensenyapkan mereka dengan membacakan ayat al-Quran ini diketika itu. Maka, ini amatlah jelas bahawa interpretasi kamu ini sesuatu yang datang kemudian. Tidak seorang pun dari pengulas kamu yang unggul seperti Tabari, Imam Tha’labi, Fazil Nishapuri, Jalalu’d-Din Suyuti, Qazi Baidhawi, Jarullah Zamakhshari, Imam Fakhru’d-Din Razi, atau lain yang menghuraikannya seperti tersebut. Saya gagal untuk memahami bagaimana kamu dapat menerbitkan maksud yang sebegitu. Dimana dan oleh siapa maksud yang begitu diberikan? Ayat ini, dari sudut pandangan bahasa dan juga teknik, juga bertentangan dengan apa yang kamu katakan.
Sheikh: Saya tidak menyangka bahawa kamu sebegitu berani menentang maksud yang begitu jelas pada ayat itu. Ya, jika kamu mempunyai apa-apa untuk mengatakan mengenainya, kamu boleh nyatakan, supaya kedudukan yang sebenar dapat diperjelaskan.
Shirazi: Mempertimbangkan dari pembinaan nahu ayat itu, jika kami menghuraikan maksudnya sebagaimana kamu lakukan, ia mungkin bermaksud bahawa Muhammad adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali atau Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali adalah Muhammad. Walaupun pelajar baru tahu bahawa cara penghuraian begini adalah salah secara nahu. Sebaliknya jika ayat ini merujuk kepada empat khalifa, disana perlu ada rangkaikata ‘dan’ untuk menyatukan perkataan pada memberikan pengertian yang kamu maksudkan, tetapi tidak begitu.
Kesemua pengulas dari golongan kamu berkata bahawa ayat ini merujuk kepada semua yang beriman. Lebih-lebih lagi, kualiti yang diterangkan di dalam ayat ini dengan jelas merujuk kepada seorang sahaja, yang tinggal bersama dengan Nabi semenjak dari mula, dan bukannya empat orang. Dan jika kita yang seorang itu adalah Amirul Mukminin Ali, ianya lebih bersesuaian mengikut akal fikiran dan hadith dari disebutkan yang lainnya.
HUJAH DARI ‘AYAT DI GUA’ DAN JAWAPANNYA.
Sheikh: Adalah pelik bahawa kamu katakan yang kamu tidak suka pada hujah yang menyelewengkan, walaupun pandangan kamu amat berlainan. Allah berkata di dalam al-Quran: ‘Jika kamu tidak menolongnya, Allah pasti akan menolong dia, apabila mereka yang kafir mengusirnya, dia adalah yang kedua dari dua, apabila mereka berdua di dalam gua, apabila dia berkata kepada sahabatnya: ‘Janganlah bersusah hati, sesungguhnya Allah berserta dengan kita.’ Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka dan memperkuatkan mereka dengan yang tidak dapat dilihat. ..’[9:40]
Pertama ayat ini menyokong ayat yang diatas dan membuktikan rangkap ‘dan mereka yang bersama dengannya’ merujuk kepada Abu Bakr, yang bersama Nabi di dalam gua pada malam hijrah.
Kedua, fakta bahawa dia berada bersama Nabi dengan sendirinya adalah bukti yang besar pada kemuliaan Abu Bakr dan keutamaannya kepada semua ummah. Nabi dapat meramalkan bahawa Abu Bakr adalah penggantinya, dan nyawa khalifa selepasnya ini adalah penting. Maka dia sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Abu Bakr seperti dia menyelamatkan dirinya. Maka dia membawa Abu Bakr bersama dengannya supaya Abu Bakr tidak ditangkap oleh musuh. Layanan yang sedemikian tidak ditunjukkan kepada muslim yang lain. Ini dengan nyata membuktikan haknya pada khalifa lebih dari yang lain.
Shirazi: Jika kamu lihat pada ayat itu dengan lebih berobjektif, kamu akan nampak rumusan kamu telah salah.
Sheikh: Bolehkah kamu ketengahkan hujah yang menyangkal rumusan yang saya telah berikan?
Shirazi: Saya lebih suka untuk melepaskan isu tersebut pada ketika ini, kerana ucapan akan membuahkan lagi ucapan. Sebahagian manusia yang jahat akan menterjemahkan huraian kami dengan niat yang jahat. Saya tidak berhajat untuk menanamkan benih kebencian. Sesaorang mungkin akan merumuskan bahawa kami berhajat pada menjatuhkan martabat khalifa, walaupun kedudukan bagi setiap individu tersebut telah pun ditentukan, dan tidak ada perlunya pada membuat penghuraian yang tidak ada gunanya.
Sheikh: Kamu cuba mengelakkan diri. Yakinlah bahawa hujah yang bernas tidak akan melahirkan kebencian, ianya akan menghapuskan kekeliruan.
Shirazi: Oleh kerana kamu menggunakan perkataan ‘mengelak’, saya terpaksa memberikan jawapan, supaya kamu tahu yang saya tidak lari dari isu tersebut. Saya cuba mengekalkan kewajaran perbincangan kita. Saya harap kamu tidak mencari kesalahan dari pihak saya. Kamu telah membuat kenyataan yang tidak berakal bahawa Nabi mengetahui Abu Bakr akan menjadi khalifa selepasnya. Maka, adalah perlu untuk baginda menyelamatkan nyawanya, dan maka baginda membawa dia bersama.
FAKTA MENGENAI ABU BAKR BERSAMA DENGAN NABI.
Jawapan kepada kenyataan kamu adalah mudah. Jika Abu Bakr adalah satu-satunya khalifa selepas Nabi, mungkin pandangan yang sedemikian betul, tetapi kamu mempercayai empat khalifa. Jika hujah dari kamu betul, dan jika perlunya Nabi pada menyelamatkan nyawa khalifa, maka Nabi perlulah membawa bersamanya keempat-empat khalifa. Mengapa dia meninggalkan tiga yang lain, seorang darinya di dalam keadaan yang tidak bermaya [hanya berserah] tidur dikatil Nabi, pada malam yang paling bahaya, apabila musuh telah berkumpul untuk membunuh Nabi? Menurut dari Tabari [bahagian III, dari sejarah] Abu bakr tidak mengetahui akan pergerakkan Nabi dari Makah. Apabila pergi berjumpa Ali dan bertanya kepada beliau mengenai Nabi, beliau memberitahunya Nabi telah pergi kegua. Ali memberitahunya jika dia punya utrusan dengan baginda, dia perlulah bergegas menemuinya. Abu bakr lari dan bertemu Nabi diperjalanan. Maka dia bersama baginda.
Dari peristiwa ini menunjukkan Nabi tidak mempunyai maksud untuk membawa Abu Bakr bersama dengannya. Abu bakr bersama dengan Nabi diseparuhan jalan tanpa izin darinya. Menurut dari laporan yang lain Abu Bakr telah dibawa bersama dalam perjalanan ditakuti dia akan membuat kekacauan [onah] dan memberikan maklumat kepada musuh. Ulama kamu sendiri telah percaya kepada fakta ini.
Sebagai contoh, Sheikh Abul-Qasim bin Sabbagh, seorang ulama yang terkenal dari golongan kamu, menulis dalam bukunya AL-Nur wal-Burhan mengenai sejarah hidup Nabi, disampaikan dari Muhammad bin Ishaq, dan dia dari Hasan bin Thabit Ansari, bahawa dia pergi ke Makah untuk mengerjakan umra sebelum hijrahnya Nabi. Dia melihat bahawa kafir Quraish sedang mengumpulkan sahabat Nabi. Nabi mengarahkan Ali untuk tidur dikatilnya, dan khuatiri bahawa Abu Bakr akan membocorkan fakta ini kepada orang kafir, Nabi membawa Abu Bakr bersama dengannya.
Sepatutnya adalah lebih baik jika kamu telah menerangkan apakah bukti pada ayat itu yang menunjukkan keutamaan Abu Bakr atau sama ada bersama dengan Nabi dalam perjalanan adalah bukti bahawa sesaorang itu berhak kepada kedudukan khalifa.
Sheikh: Buktinya ada disana. Pertama persahabatan kepada Nabi, dan bahawa Allah memanggilnya sahabat nabi adalah kelayakkan dengan sendirinya.
Kedua, nabi sendiri berkata: ‘Sesungguhnya Allah bersama kita.’
Ketiga, Turunnya ketenteraman keatas mereka dari Allah, sebagaimana disebutkan di dalam ayat, adalah bukti yang sangat jelas terhadap keutamaan Abu Bakr. Maka, jika kesemua petunjuk itu disatukan, ianya telah menampakkan kecemerlangannya dari yang lain mengenai khalifa.
Shirazi: Tiada siapa yang keberatan untuk mengakui kedudukan Abu Bakr; seorang tua Islam, sahabat yang terkenal, dan bapa kepada isteri Nabi. Bagaimanapun, alasan ini tidak membuktikan keutamaan dia sebagai khalifa. Jika kamu cuba untuk membuktikan tujuan kamu dengan kenyataan yang sedemikian kepada seorang yang saksama [adil] kamu akan mendapat kritikan yang kuat. Mereka akan mengatakan bahawa persahabatan dengan orang yang mulia tidak membuktikan kemuliaan dan keutamaan. Sebagai contoh, kita kerap melihat orang jahat mengiringi orang yang baik, kumpulan orang kafir bersama Muslim di dalam perjalanan. Mungkin kamu telah terlupa apa al-Quran kata mengenai Nabi Yusuf, yang berkata: ‘Wahai kedua sahabatku dalam penjara [Saya tanya kepadamu]: Adakah banyak tuhan yang berbeza diantara mereka lebih baik, atau Allah, yang Esa, yang agung?’ [12:39]
Mengenai ayat ini, pengulas telah berkata bahawa apabila Nabi Yusuf dimasukkan kedalam penjara, pada hari yang sama tukang masak raja dan pembawa arak, kedua mereka adalah kafir, telah dimasukkan kepenjara bersama dengannya. Untuk selama lima tahun ketiga-tiga mereka [yang beriman dan tidak beriman] hidup bersama sebagai sahabat. Apabila menyampaikan agama kepada mereka Nabi Yusuf memanggil mereka sahabatku. Adakah persahabatan dengan nabi telah memberikan tahap kepada kedua orang kafir ini sebagai mulia dan dihormati? Adakah persahabatan mereka dengan nabi memberi kesan pada perubahan di dalam kepercayaan mereka? Semua penulisan dari para pengulas dan ahli sejarah memberitahu kepada kita bahawa selepas lima tahun persahabatan, mereka berpisah dengan keadaan yang sama.
Ayat yang lain dari al-Quran mengatakan: ‘Sahabatnya berkata kepada dia dengan menegaskan: Adakah engkau ingkar kepada Dia yang menjadikan engkau dari tanah, dan dari biji benih, kemudian Dia menjadikan engkau lelaki yang sempurna?’ [18:37] Pengulas bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada dua saudara: seorang beriman, bernama Yahuda. Yang seorang lagi tidak beriman, yang namanya Baratus. Fakta ini telah dinyatakan di dalam Tafsir-e-Kabir oleh Imam Fakhrid-Din Razi, seorang dari ulama kamu. Kedua mereka berkata-kata sesama mereka yang mana khususnya tidak dapat diberikan disini. Allah telah memanggil kedua mereka ‘sahabat’ [beriman dan tidak beriman]. Adakah yang tidak beriman mendapat manfaat dari persahabatannya dengan yang beriman? Pastinya tidak. Maka, persahabatan sahaja tidak punya asas pada menuntut keutamaan sesaorang. Terdapat banyak lagi contoh yang manyokong pandangan ini.
PERKATAAN NABI ‘ALLAH BERSAMA KITA’ TIDAK MEMBUKTIKAN KEUTAMAAN ABU BAKR.
Kamu juga mengatakan bahawa oleh kerana Nabi berkata kepada Abu Bakr, ‘Allah bersama kita’ ini telah membuktikan keutamaan Abu Bakr dan haknya kepada khalifa! Kamu patut memikirkan semula pandangan kamu. Manusia mungkin akan bertanya, sebagai contoh, ‘Adakah Allah bersama dengan mereka yang beriman dan wali sahaja, dan tidak dengan mereka yang tidak beriman?’ Adakah kamu tahu dimana tempat yang Allah tidak ada?’ Tidakkah Allah bersama setiap orang? Katakanlah yang beriman dengan yang tidak beriman bersama di dalam satu perjumpaan maka bagaimana? Al-Quran berkata: ‘Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui apa-apa yang ada dilangit dan apa-apa yang ada dibumi? Tidak ada perbualan yang rahsia diantara tiga orang bahkan Dia adalah yang keempat, tidak juga diantara lima, tetapi Dia juga yang keenam, tidak kurang dari itu dan tidak juga lebih darinya melainkan Dia bersama mereka, walau dimana saja mereka berada……’ [58:7]
Menurut dari ayat ini dan juga dari akal fikiran, Allah bersama semua orang.
Sheikh: Keterangan ‘Allah ada bersama kita’ bermaksud bahawa mereka adalah yang dicintai oleh Allah kerana mereka berhijrah dijalan Allah pada tujuan untuk memeliharakan agamaNya. Rahmat Allah adalah bersama mereka.
Shirazi: Tetapi sudah tentu keterangan itu tidak membuktikan yang sesaorang memilikki rahmat yang berkekalan. Allah melihat kepada amalan sesaorang. Telah kerap berlaku bahawa pada suatu ketika, orang melakukan amalan yang baik dan menerima rahmat dari Allah. Kemudian dia menentang Allah dan menerima kemurkaan tuhan. Syaitan sebagaimana yang kamu tahu, telah menyembah Allah untuk ribuan tahun dan menerima balasan ihsan dari Nya. Bagaimana pun sebaik saja dia melanggar perintah Allah, dia telah dikutuk. Al-Quran telah berkata: ‘Dia berkata: ‘Maka keluarlah darinya, kerana sesungguhnya kamu adalah yang diusir. Dan sesungguhnya keatas kamu kutukkan sehingga ke Hari Pengadilan.’ [15:34 – 35]
Maafkan saya, tidak ada salahnya pada memberikan contoh. Tujuan saya untuk menjelaskan maksud tujuan. Sejarah mengandungi banyak contoh bagi mereka yang dekat dengan Allah, tetapi siapa, setelah diduga, dikutuk. Balam bin Baur, sebagai contoh, hidup dizaman Musa, menjadi begitu hampir kepada Allah sehingga Allah membentangkan kepadanya Ism-e-Azam [nama kebesaran Allah, melaluinya apa saja yang dihajati, dengan segera dikabulkan oleh Allah]. Dia berdoa kepada Allah dengan cara Ism-e-Azam dan menyebab Musa menderita di lembah Tia! Tetapi pada masa diuji, Balam telah ditewaskan oleh cintanya pada dunia material. Dia telah menjejaki syaitan dan dikutuk. Pengulas telah memberikan penghususan yang mendalam pada peristiwa ini. Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ulasannya, bahagian IV, ms 463 telah melaporkan perkara ini dari Ibn Abbas, Ibn Masud dan Mujahid. Allah di dalam al-Quran memberitahu kita: ‘Dan bacakan kepada mereka pengkhabaran dari orang yang mana Kami berikan ayat-ayat Kami, tetapi dia menjauhkan diri darinya; maka syaitan menguasai mereka, dan dia adalah bersama mereka yang sesat.’ [7:175]
ABID BARSISA.
Atau pertimbangkan kes Abid Barsisa, yang pada mulanya menyembah Allah dengan banyaknya sehingga dia menjadi Mustajabud-dawa [sesaorang yang doanya dikabulkan] Bagaimana pun pada masa diuji, dia gagal. Disesatkan oleh syaitan, dia melakukan zina dengan seorang wanita, telah digantung, dan mati sebagai seorang kafir.
Al-Quran merujuk kepadanya dalam perkataan ini: ‘Seperti syaitan apabila berkata kepada manusia: ‘kafirlah’ tetapi apabila dia kafir, dia berkata: ‘saya sesungguhnya melepaskan diri dari kamu; sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekelian alam.’ Maka, akhir bagi kedua mereka adalah di dalam api dan tinggal kekal di dalamnya, dan itu adalah balasan bagi mereka yang zalim.’ [59: 16 – 17]
Maka jika sesaorang telah melakukan kebajikan pada suatu masa, ini tidak bererti bahawa akhirnya adalah baik juga. Atas sebab inilah kita diarah untuk mengatakan di dalam doa kita: ‘Biarlah semua amalan kita berakhir dengan kebaikkan.’
Sheikh: Saya sesungguhnya tidak menduga seorang yang terhotmat seperti kamu akan mengatakan contoh seperti syaitan, Balam-e-Baur, dan Barsisa.
Shirazi: Maafkan saya, saya telah menyatakan tidak ada salahnya pada menyatakan contoh. Yang sebenarnya, kita perlu menyatakannya di dalam perbahasan pengajaran untuk membuktikan fakta. Biar Allah menjadi saksi saya: Saya mempunyai maksud untuk menghina sesiapa dengan menyatakan contoh tersebut. Tujuan saya hanya untuk membuktikan maksud saya.
Sheikh: Ayat ini dengan jelas membuktikan keutamaan Abu Bakr kerana ia mengatakan: ‘Maka Allah menjadikan ketenteraman keatas mereka…. [9:40] Gantinama disini merujuk kepada Abu Bakr, yang menunjukkan keutamaannya.
Shirazi: Kamu telah salah faham mengenainya. Gantinama yang digunakan setelah sakina [ketenteraman] merujuk kepada Nabi. Keamanan telah dihantarkan kepadanya dan bukan kepada Abu Bakr, sebagaimana petunjuk pada ayat yang terakhir yang mana Allah berkata: ….. dan memperkuatkannya dengan tentera yang kamu tidak dapat lihat.’ [9:40] Ya sebenarnya adalah tentera yang tidak dapat dilihat adalah malaikat untuk membantu Nabi bukan Abu Bakr.
Sheikh: Saya percaya bahawa pertolongan Allah adalah untuk Nabi, kerana bersama Nabi, tidak bererti tanpa rahmat.
PENGHANTARAN KETENTERAMAN ADALAH UNTUK NABI ALLAH.
Shirazi: Jika penganugerahan rahmat tuhan merujuk kepada dua orang, nahu Arab akan memerlukan pada gantinama digunakan sebagai menunjukkan dua orang di dalam semua rangkai kata pada ayat ini. Tetapi gantinama merujuk kepada satu orang, iaitu Nabi, dan rahmat Allah hanya untuk dia sahaja. Jika melaluinya penganugerahan dimaksudkan untuk yang lain juga, nama mereka akan disebut. Makanya, penghantaran ketenteraman di dalam ayat ini hanyalah untuk Nabi sahaja.
Sheikh: Nabi Allah adalah tersendiri dari penganugerahan keamanan dari tuhan. Dia tidak memerlukannya kerana dia telah dipastikan dengan keamanan. Makanya anugerah itu adalah untuk Abu Bakr.
Shirazi: Atas dasar apa kamu katakan bahawa Nabi adalah tersendiri dari rahmat tuhan? Tidak ada siapa – nabi, Imam, atau wali – adalah tersendiri dari rahmat tuhan. Mungkin kamu telah terlupa apa yang dikatakan oleh al-Quran mengenai insiden Hunain. ‘Kemudian Allah turunkan ketenteraman keatas RasulNya dan keatas orang yang beriman.’ Perkara yang sama telah dikatakan di dalam Surah 48 [Fath] ayat 26 dari al-Quran. Yang beriman telah terjumlah selepas Nabi di dalam ayat ini, sama seperti ‘ayat di dalam gua’. Jika Abu Bakr adalah orang beriman yang berhak dianugerahkan keamanan, sama ada sebutan nahu untuk dua orang telah digunakan, atau namanya telah disebutkan secara berasingan. Perkara ini amatlah jelas bahawa ulama kamu sendiri mengesahkan bahawa gantinama yang berkaitan dengan keamanan tidak merujuk kepada Abu Bakr. Kamu boleh merujuk Naqzul-Uthmaniyya, yang di susun oleh Sheikh Abu Jafar Muhammad bin Abdullah Iskafi, seorang ulama yang terkenal dan Sheikh bagi Mutazili. Ilmuan ini menolak sepenuhnya keanehan dari Abu Uthman Jahiz. Ibn Abil-Hadid juga merakamkan sebahagian dari jawapannya itu di dalam Sharh Nahjul-Balagha, jilid III, ms 253 – 281. Sebagai tambahan, terdapat satu rangkap di dalam ayat ini, penekanannya adalah bertentangan pada maksud awak. Nabi berkata kepada Abu Bakr: ‘Janganlah kamu takut.’ Rangkap ini menunjukkan bahawa Abu Bakr takut. Adakah ketakutan ini mendapat sanjungan atau tidak?Jika jawapannya adalah ia, mengapa Nabi tidak menghalang sesiapa dari melakukan amalan yang baik. Wazir Allah mempunyai kualiti tertentu. Yang paling utama darinya, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam al-Quran adalah bahawa mereka tidak pernah takut dengan kehilangan nyawa. Mereka mengamalkan sabar dan berserah. Al-Quran berkata: ‘Sesungguhnya wali Allah – mereka tidak mempunyai rasa takut dan tidak juga mereka berdukacita.’ [10:62]
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar