Rabu, 15 Februari 2012

Dialog Sunni Syiah di Peshawar page : 4

Pertemuan Yang Ketiga Sabtu malam, 25 Rejab 1345 H (b) Doa-e-Tawassul, yang ditulis oleh Imam yang suci dan dinyatakan semula oleh Muhammad bin Babawayh-e-Qummi. DOA-E-TAWASSUL. Ini adalah satu doa kepada Allah. Sebagaimana Ali telah disebutkan disini, kesemua Imam juga telah disebutkan di dalam pengertian yang sama. Pengaruh keluarga Muhammad telah dicari [minta] untuk mendampingi kepada Allah. Mereka telah disebutkan dengan cara begini: ‘Wahai ketua dan yang memimpin kami! Kami meminta pertolongan kamu untuk sampai kepada Allah. Wahai yang paling dihormati pada pandangan Allah yang Maha Tinggi: perkenalkanlah kami kepadaNya.’ Kesemua keluarga nabi telah disebutkan dengan cara yang sama. SHIA TIDAK MENGHINA SUNNI. Apabila rayuan itu telah dibacakan, beberapa orang sunni telah menyatakan kekaguman dan terharunya mereka pada segala salah faham yang telah diada-adakan. Shirazi bertanya: ‘Adakah terdapat bayangan syirik di dalam doa tersebut? Tidakkah nama Allah terdapat di dalamnya dimana-mana? Berapa ramaikah umma kamu yang jahil dan degil telah telah membunuh shia yang malang kerana mempercayai bahawa mereka telah membunuh orang kafir? Tanggong jawab terhadap peristiwa ini terletak diatas bahu ulama seperti kamu. Adakah kamu pernah mendengar seorang shia telah membunuh orang sunni? Yang sebenarnya ulama shia tidak pernah menyebarkan racun. Mereka tidak mengadakan permusuhan diantara shia dan sunni, dan mereka percaya bahawa membunuh adalah satu dosa yang besar. Di dalam perkara perbezaan kepercayaan diantara sesama sendiri, mereka lebih suka menjelaskan semuanya di dalam perbincangan yang berasaskan kepada ilmu pengetahuan dan logik, dan memberitahukan melalui hujah-hujah mereka bahawa sunni adalah saudara. ULAMA SUNNI MENGATAKAN SHIA KAFIR. Sebaliknya, perbuatan ulama sunni yang fanatik amat tidak bertanggong jawab. Pengikut Abu Hanifa, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris dan Ahmad bin Hanbal, yang mempunyai banyank perbezaan yang nyata, telah mengatakan pengikut Ali Ibn Abi Talib dan Imam Jafar bin Muhammad syirik dan kafir. Ramai shia yang terpelajar dan wara’ telah syahid diatas hukuman yang dijatuhkan oleh ulama sunni. Sebaliknya, tidak terdapat walaupun satu contoh kezaliman dari pihak shia. Ulama kamu kerap menyatakan kutukan keatas shia, tetapi kamu tidak akan menjumpai dimana-mana pun kutukan keatas sunni di dalam buku yang ditulis oleh ulama shia. Hafiz: Kamu tidak adil. Sia-sia saja kamu hendak mengerakkan kemarahan ramai. Berikanlah satu contoh dimana ulama shia telah dibunuh diatas hukuman dari ulama kami! Siapa dari ulama kami yang telah mengatakan kutukan keatas shia? Shirazi: Jika saya hendak mengatakannya secara mendalam perbuatan ulama dan orang awam kamu, satu perjumpaaan tidak akan cukup. Saya akan merujuk kepada beberapa contoh sahaja mengenai perbuatan mereka, supaya kamu akan tahu bahawa saya bukanlah hendak mengerakkan kebencian, tetapi hanya mendedahkan fakta. Jika kamu mempelajari buku-buku ulama kamu yang fanatik, kamu akan ada dapati bahagian yang mengutuk shia. Sebagai contoh, rujuklah buku ‘Tafsir’ oleh Imam Fakhrud-Din Razi. Bila masa dia mejumpai sebab seperti ayat mengenai Wilaya [wali], dia berulang kali menulis, kutukan terhadap Rafizis, kutukan terhadap Rafizis!’ tetapi ulama kami tidak pernah menulis perkara sebegitu terhadap saudara sunni. Satu contoh mengenai layan buruk [kejam] ulama kamu terhadap seorang shia yang terpelajar adalah hukuman yang dijatuhkan oleh dua orang kadi Syria yang agung [Burhanud-Din Maliki dan Ibad bin Jamaat Shafii] terhadap seorang ahli fiqah shia yang terkenal, Abu Abdullah Muhammad bin Jamalud-Din Amili. Ulama ini amat terkenal dengan keTaqwaan dan ilmu Fiqahnya. Contoh yang menunjukkan beliau adalah seorang ilmuan adalah bukunya ‘Lum’a’ yang ditulis beliau dalam masa tujuh hari tanpa mempunyai mana-mana buku rujukan fiqah bersamanya melainkan ‘Mukhtasar nafi’. Lebih-lebih lagi ulama perundangan Islam dari golongan yang empat [Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali] adalah diantara muridnya. Disebabkan penindasan dari pihak sunni, ulama ini kerap mengamalkan Taqiyya, dan tidak secara terang-terangan menyatakan dia adalah shia. Kadi Syria yang agung, Ibad bin Jamaat, yang mempunyai perasaan dengki terhadap beliau, telah menyatakan yang buruk mengenainya kepada pemerintah Syria [Baidmar] dan menuduh beliau sebagai Rafizi dan Shia. Ulama ini ditangkap. Setelah menderita penyiksaan dan dipenjara selama satu tahun, diatas hukuman dari kedua kadi tersebut [Ibnul-Jamaat dan Burhanud-Din] beliau telah dibunuh dan jasadnya digantung. Oleh kerana mereka mengistiharkannya sebagai Rafizi dan syirik ditempat pergantungan, maka orang awam telah melontar jasad itu dengan batu. Kemudian jasadnya diturunkan dan dibakar dan abunya ditebarkan. Diantara para ulama dan perundangan shia yang telah dibanggakan di Syria di dalam abad ke sepuluh Hijrah adalah Sheikh Zainud-Din bin Nurud-Din Ali bin Ahmad Amili. Dia amat terkenal dikalangan sahabat dan juga musuh kerana ilmu dan kewibawaannya. Sebagai pengarang yang produktif, dia mengasingkan diri dari dunia luar dan menumpukan pada penulisan, yang telah menghasilkan 200 buah buku dari berbagai tajuk. Walaupun beliau hidup menyepi, ulama sunni telah memendamkan perasaan dengki terhadap beliau, cemburu terhadap kemashoran beliau dikalangan orang awam. Yang ketua [berpengaruh] diantara musuh beliau, seorang kadi bernama Saida, yang telah menulis kepada raja, Sultan Salim aduan yang berikut: ‘Sesungguhnya, telah tinggal dijajahan Syria seorang pembuat bidaa’, seorang yang tidak tergolong kepada mana-mana mazhab yang empat.’ Sultan Salim mengarahkan bahawa alim itu hendaklah dihadapkan kemahkamah di Istanbul. Beliau telah ditangkap di Masjidul-Haram dan dipenjarakan selama 40 hari. Di dalam perjalan laut menuju Istanbul, beliau telah dipenggal kepalanya, badan beliau dibuangkan kelaut hanya kepala beliau dihantarkan kepada raja. Hadirin yang dihormati! Saya benar-benar meminta daripada kamu dengan nama Allah untuk mengatakan sama ada kamu pernah mendengar perangai yang sedemikian rupa dari pihak ulama shia terhadap ulama sunni kerana mereka tidak mengikuti golongannya. Apakah hujah yang dapat kamu ketengahkan untuk membuktikan bahawa jika sesaorang menyimpang dari mana-mana empat mazhab tersebut, dia adalah kafir dan pembunuhan terhadapnya wajib? Adakah wajib [perlu] untuk mengikuti mazhab yang ujud berabad-abad lamanya setelah nabi wafat, sedangkan mereka yang mengikuti perundangan yang ujud semenjak zaman nabi diperintahkan supaya dibunuh? SHIA DAN KEEMPAT-EMPAT MAZHAB SUNNI. Sila katakan, demi kerana Allah, sama ada keempat Imam – Abu Hanifa, Malik, Shafii dan Ahmad bin Hanbal – hidup semasa hayat nabi Allah. Adakah mereka mendapatkan segala asas agama dan keimanan dan Rasul terus? Hafiz: Tiada siapa yang mengatakan sedemikian. Shirazi: Tidakkah Amirul Mukminin, Ali sentiasa berdamping dengan nabi, dan tidakkah beliau telah diistiharkan sebagai pintu kepada kota ilmu? Hafiz: Telah pasti beliau adalah sahabat terkemuka nabi, dan di dalam beberapa aspek beliau adalah yang lebih utama daripada yang lain semuanya. Shirazi: Maka tidakkah kami dipihak yang benar, di dalam berpegang kepada mengikut Ali adalah wajib? Nabi sendiri berkata bahawa, patuh kepada Ali adalah patuh kepada baginda dan bahawa Ali adalah pintu kepada kota ilmu? Nabi juga mengatakan bahawa sesiapa yang inginkan ilmu pengetahuan hendaklah masuk melalui pintunya, iaitu Ali. Juga mengikut dari hadith-e-thaqalain dan hadith-e-safina, yang telah dipersetujui oleh kedua sunni dan shia, menyimpang dari laluan yang dipimpin oleh keturunan nabi akan membawa kepada kemusnahan. Engkar atau menentang kepada keluarga nabi samalah seperti engkar dan menentang kepada nabi sendiri. Walaupun dengan semua ini, ulama shia tidak pernah menunjukkan kebencian terhadap, walaupun kepada orang awam sunni, tidak perlulah disebutkan terhadap ulama mereka. Kami selalu mengatakan bahawa sunni adalah saudara kami dalam Islam, dan kita perlu bersatu. Sebaliknya ulama sunni kerap menghasut pengikutnya, dengan mengatakan bahawa shia adalah pendusta, Rafizis, Ghalis atau Yahudi. Mereka mengatakan oleh kerana shia tidak mengikut ahli mazhab yang empat [Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali] maka ianya adalah kafir. Yang sebenarnya mereka yang mengikuti keturunan nabi lah yang mendapat petunjuk yang sebanar. PEMBUNUHAN TERHADAP SHIA DI IRAN DAN AFGHANISTAN. Orang-orang Turki, Khawarizmis, Uzbeg, Afghan telah merompak dan membunuh shia yang tidak berdosa. Muhammad Amin khan Uzbeg, dikenali sebagai Khan khawa dan Abdullah Khan Uzbeg dengan kejam telah membunuh dan merampas shia dan mengaku telah melakukannya. Ulama sunni telah mengisriharkan bahawa shia adalah kafir dan nyawa mereka boleh diambil menurut hukum agama. Amir Afghanistan juga bertindak sedemikian rupa. Dalam tahun 1267 Hijrah pada hari Ashura [10 Muharram], puak sunni telah menyerang Imambara di Qandahar, dimana shia sedang berkabong, memperingati diatas pembunuhan terhadap cucu nabi. Mereka dengan kejamnya telah membunuh ramai shia, termasuk kanak-kanak, dan merampas harta mereka. Untuk bertahun-tahun lamanya shia hidup dalam penderitaan dan dihalang dari malakukan kerja-kerja yang bersangkutan dengan agama. Pada hari Ashura sebilangan kecil dari mereka akan pergi ketempat persembunyian dan dengan secara rahsia akan meratapi syahidnya Imam Husain dan mereka yang lainnya yang turut sama terkorban di Karbala. Adalah Raja Amanullah khan yang telah membatalkan sekatan terhadap shia dan telah melayan shia dengan baik. KESYAHIDAN SHAHID-E-THALIS. Ditempat perkuburan di Akbarabad [Agra] di India, disana bersemadinya seorang ulama yang amat wara’ dan juga ilmuan shia, Kadi Seyyed Nurullah Shustari. Beliau telah dibunuh dengan kejam sewaktu berusia 70 tahun dalam tahun 1019 hijrah oleh Raja Jahangir, berikutan dari hukuman yang dijatuhkan dari ulama sunni yang mengatakan beliau Rafizi. Hafiz: Kamu telah menyerang kami dengan tanpa sebab. Saya sendiri amat terkejut mendengar tindakkan kekerasan yang melampau dari mereka yang jahil, tetapi amalan-amalan shia juga yang telah menyebabkan peristiwa begitu. Shirazi: Boleh saya tahu apa yang shia lakukan yang memperbolehkan mereka dibunuh? Hafiz: Setiap hari ribuan manusia berdiri dihadapan pusara mereka yang telah mati dan menyeru kepadanya untuk bantuan. Tidakkah amalan ini satu contoh pada penyembahan yang mati? Mengapa para ulama tidak membantah apabila jutaan dari mereka meletakkan muka ketanah sujud di dalam menyembah pada yang mati? Saya masih hairan bagaimana kamu masih mengatakan bahawa mereka adalah penyembah kepada yang Maha Esa. Sedang perbincangan dengan Mawlana Hafiz berterusan, ulama mazhab Hanafi, Agha Sheikh Abdus-Salam, sedang meneliti ‘Hidayatuz-Zairin’. Dia berkata dengan nada penuh penekanan: ‘Lihat disini! [Menunjukkan kearah buku tersebut]. Ulama kamu berkata bahawa apabila pekerjaan ziarah di permakaman Imam kamu telah selesai, kemudian maka hendaklah melakukan solat ziarah [namaz-e-ziarat] dua rakaat. Mungkin mereka tidak meniatkannya diatas nama Allah, jika tidak apakah ertinya namaz-e-ziarat? Tidakkah ianya syirik untuk menawarkan solat kepada Imam? Manusia yang mengadap kepada kuburan dan mendirikan solat adalah bukti yang terbaik untuk menunjukkan syiriknya. Ini adalah buku kamu yang sahih. Bolehkah kamu mempertahan kedudukan ini? Shirazi: Kamu memperkatanya seperti kanak-kanak! Pernahkah kamu pergi berziarah ketempat tersebut dan melihatnya sendiri? Sheikh: Tidak. Shirazi: Maka bagaimana kamu mengatakan mereka mengerjakan solat dengan muka mereka mengadap kepada kuburan, dan bahawa solat ziarat adalah tanda syirik? Sheikh: Buku ini mengatakan mereka hendakalah mengerjakan namaz-e-Ziarat untuk Imam. Shirazi: Mari saya lihat kepadanya. Biarlah saya bacakan arahan mengenai ziarat, sehingga kita sampai kepada perkara solat, yang mana telah menjadi tujuan bangkangan kamu. Apabila kamu menemui sebarang tanda syirik, sila nyatakan. Dan jika kamu menjumpai tanda-tanda ke Esaan ilahi dari atas hingga bawah, janganlah merasa bersalah kerananya, tetapi katakanlah yang kamu telah tersilap faham. Buku ini ada dihadapan kamu. ARAHAN MENGENAI ZIARAH. Arahannya adalah seperti berikut: Apabila yang menziarah sampai ke parit Kufa, dia hendaklah berdiri disitu dan membaca yang berikut: ‘Allah yang maha Basar, Allah yang maha Besar, yang memiliki Kebesaran, Kesucian dan Kemuliaan. Allah yang maha Besar, yang memiliki Keagungan, maha Kudus, yang memiliki Kemegahan dan juga Kehormatan. Allah maha Besar [above that which I fear] Allah maha Besar. Dialah Penyokong ku; kepadaNya aku bergantung dan kepadaNya aku menaruh harapan; dan kepadaNya aku mengadap.’ Apabila yang menziarah sampai pada pintu di Najaf dia hendaklah membaca: Puji bagi Allah, yang telah memandu kami kepada ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk jika Allah tidak memandu kami.’ Apabila sampai kepintu lapangan yang suci, dia hendaklah membaca setelah memuji Allah: ‘Saya naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa, saya juga naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba dan juga RasulNya. Dia membawa pengkhabaran yang benar dari Allah, saya juga naik saksi bahawa Ali adalah hamba dan saudara kepada Rasul Allah, Allah maha Besar, Allah maha Besar, Allah maha Besar. Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah maha Besar. Segala puji tertentu bagi Allah untuk bimbingan dan sokonganNya terhadap apa yang Dia telah wahyukan pada cara menemuiNya. Apabila yang menziarah sampai kepintu pusara, dia hendaklah membaca: ‘Saya naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya …. ‘ hingga akhir. Apabila, setelah meminta izin dari Allah, Rasul dan para Imam, yang menziarah akan sampai kekawasan dalam permakaman, dia akan membaca berbagai-bagai ayat-ayat ziarah yang mengandungi salam kepada Rasul dan Amirul Mukminin. Sesudah ziarah, dia melakukan enam rakaat solat, dua rakaat untuk Amirul Mukminin, dua rakaat untuk Nabi Adam dan dua rakaat untuk Nabi Nuh yang telah disemadikan dikawasan tersebut. NAMAZ-E-ZIARAT DAN DOA SELEPAS SOLAT. Adakah mengerja solat sebagai hadiah kepada ruh kedua ibu bapa dan mereka yang beriman tidak diarahkan kepada kita? Adakah arahan ini syirik? Adalah diatas dasar kemanusiaan juga bahawa apabila sesaorang datang berjumpa sahabatnya, dia memberikan hadiah. Ada satu bab di dalam buku bagi kedua golongan [shia dan sunni] yang mana nabi mengarahkan kita untuk memberikan hadiah kepada yang beriman. Apabila orang yang menziarah sampai kepada pusara ketua yang dicintainya, dan mengetahui perkara yang amat dicintai oleh ketuanya adalah solat, maka dia menawarkan solat dua rakaat kerana Allah Taala dan menawarkan solat itu sebagai hadiah kepada ruh ketuanya yang suci itu. Adakah ianya syirik? Setelah membaca segala prinsip yang menjadi dasar pada solat, maka baca juga doa selepas solat, supaya semua keraguan kamu akan terhapus. DOA SETELAH SOLAT [NAMAZ]. Amalan berdoa, adalah bahawa setelah selesai solat, dibahagian kepala pusara Imam, dengan mengadap kiblat [bukan mengadap kuburan] kita bacakan doa yang berikut: ‘Wahai Allah! Saya telah menjadi hadiah solat ini kepada ketua dan pemimpin saya, Rasul Mu dan adik kepada Rasul Mu, Amirul Mukminin, Ali Ibn Abi Talib. Wahai Allah kesejahteraan keatas Muhammad dan keluarga Muhammad. Terimalah dua rakaat solat ini dan berikanlah ganjaran, sebagaimana kamu memberikan ganjaran kepada mereka yang membuat kebajikan. Wahai Allah, saya melakukan solat ini kerana Mu, dan ruku’ kehadrat Engkau dan sujud menghinakan diri kepada Engkau. Engkaulah yang Esa, tiada sekutu. Adalah haram untuk solat atau ruku’ atau sujud kepada sesuatu melainkan Engkau. Engkaulah Allah yang maha Besar, dan tidak ada tuhan melainkan Engkau.’ Tuan-tuan yang saya muliakan! Demi kerana Allah, berlaku adil lah. Dari mula yang menziarahi meletakkan kakinya ketanah Najaf, sehinggalah setelah dia melakukan namaz-e-ziarat, dia sentiasa sibuk mengingati Allah. Sheikh: Aneh sungguh yang kamu tidak melihat yang tertulis disini: ‘Mencium tangga dan masuk kedalam kawasan pusara.’ Kami pernah dengar yang apabila penziarah sampai kepintu pusara makam Imam, mereka sujud di dalam menghinakan diri. Tidakkah sujud ini untuk Ali? Tidakkah ini syirik apabila mereka sujud kepada sesaorang selain dari Allah? Shirazi: Jika saya adalah kamu, saya tidak akan menyebutnya. Saya akan berdiam diri sehingga kepenghujung perjumpaan di perbincangan ini dan mendengarkan kepada logiknya dari jawapan saya. Tetapi saya akan terangkan secara ringkas kepada kamu sekali lagi bahawa mencium bendul atau lantai bagi kawasan permakaman para Imam tidaklah syirik. Kamu telah mensalah tafsirkan perkataan ‘cium’ dan menganggapnya sama seperti sujud. Apabila kamu membaca buku itu di dalam kehadiran kami, dan telah membuat perubahan yang begitu radikal [besar], tidak tahulah saya bagaimana kamu akan mencerca kami apabila kamu sendirian berucap kepada kumpulan orang ramai yang jahil. Arahan yang ada di dalam buku ini dan di dalam buku-buku yang lain mengenai doa dan tempat-tempat ziarah adalah sekadar untuk menunjukkan tanda hormat, harus mencium bendul bukan sujud. Bagaimana kamu boleh menganggap cium dan sujud adalah perkara yang sama? Dan, dimana ada kamu melihat, sama ada di dalam al-Quran atau dimana-mana hadith, yang mengatakan cium bendul pusara nabi atau Imam adalah haram? Maka jika kamu tidak punya jawapan yang munasabah terhadap soalan ini, kamu tidak seharusnya membuangkan masa kami. Dan sebagaimana yang kamu katakan bahawa kamu ada ‘mendengar’ bahawa penziarah sujud menghinakan diri. Sebanarnya kamu tidak melihat sendiri. Al-Quran mengatakan: ‘Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada mu orang yang jahat dengan satu berita, telitilah dahulu, ditakuti kamu menganyiaya manusia tanpa pengetahuan, kemudian akan menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.’ [49:6] Menurut dari arahan al-Quran, kita tidak seharusnya bergantung pada kenyataan orang yang jahat. Kita seharusnya berusaha untuk mengetahui yang sebenar, walaupun terpaksa membuat perjalanan itu, jika diperlukan untuk memastikan kebenaran kenyataan tersebut itu sendiri. Apabila saya berada di Baghdad; saya pergi kepusara Abu Hanifa dan Sheikh Abdul-Qadir Jilani dan telah melihat apa yang dilakukan manusia. Ianya adalah lebih sirius dari apa yang kamu katakan mengenai amalan shia, tetapi saya tidak pernah memperkatakannya. Apabila saya sampai kepekuburan Abu Hanifa di Muazzam, saya dapati satu kumpulan sunni betubi-tubi mencium lantai, sepatutnya bendul, dan berguling-guling ditanah. Oleh kerana mereka tidak kelihatan seperti jahat atau menggangu dan kerana saya tidak punya asas untuk mengutuk mereka, maka saya tidak pernah menyatakan insiden itu kepada sesiapa. Saya faham bahawa mereka lakukan itu semua atas dasar cinta, bukannya sebagai sembahan. Hormat saudara! Pastinya tiada shia yang taqwa pernah sujud kepada sesuatu selain Allah. Jika, kita turun kelantai dalam bentuk yang sama seperti sujud dan mengosok-gosokkan dahi kita padanya [tanpa sebarang niat pada sembahan] ini perkara kecil suatu yang tidak di masuk kira. Untuk membongkok dihadapan sesaorang yang kita hormati dengan tidak menganggapnya Allah atau jatuh kebumi untuk menyapu muka dengannya, ianya bukanlah syirik. Ini adalah hasil dari kecintaan yang mendalam. Sheikh: Bagaimana begitu, apabila kita turun kebumi dan meletakkan dahi padanya, adakah perbuatan ini tidak dikatakan sujud? Shirazi: Sujud bergantung kepada niat, dan niat adalah perkara hati. Hanya Allah yang mengetahui niat yang di dalam hati. Sebagai contoh, kita boleh melihat manusia membongkok dibumi dalam keadaan seperti sujud. Adakah benar bahawa sujud kepada sesaorang selain Allah adalah salah, walaupun jika ianya tanpa niat. Bagaimana pun oleh kerana kita tidak tahu apakah niat mereka, maka kita tidak boleh mengatakan ianya adalah sujud sembah. SUJUDNYA SAUDARA-SAUDARA YUSOF KEPADA DIRINYA. Makanya sujud yang seperti di dalam solat tetapi dengan tidak mempunyai niat sembahan, hanya untuk menunjukan tanda penghormatan kepada sesaorang tidaklah syirik. Sebagai contoh, Saudara-saudara Nabi Yusof sujud kepadanya. Pada ketika itu ada dua Nabi, Yakob dan Yusof, tetapi mereka tidak melarang mereka dari melakukannya. Allah berkata pada surah Yusof di dalam al-Quran: ‘Dan dia naikan orang tuanya pada singahsana, dan mereka tertunduk sujud kepadanya, dan dia berkata: Wahai bapaku, inilah takwil mimpi saya dahulu; Tuhan ku telah menjadikannya kenyataan…. ..[ 12:100] Lebih-lebih lagi al-Quran telah berkata dibanyak tempat yang para malaikat telah sujud kepada Nabi Adam. Maka jika sujud adalah syirik, pastinya saudara-saudara Yusof dan juga para Malaikat Allah kesemuanya syirik. Melainkan hanya satu Iblis terkutuk yang hanya menyembah yang Esa. MERAYU KEPADA IMAM TIDAKLAH MENYEMBAH KEPADA YANG MATI. Sekarang saya hendak menjawab kepada yang hormat Hafiz, yang mengatakan, merayu pada pusara para Imam adalah sama seperti menyembah yang mati. Kamu bertanya mengapa shia meminta pertolongan pada pusara para Imam. Mungkin kamu mempercayai tidak ada kehidupan setelah mati dan berkata: ‘Apa yang mati telah tiada [terhapus].’ Allah menerangkan di dalam al-Quran pandangan yang salah ini sebagai berkata: ‘Tidak ada apa tetapi kehidupan kita didunia ini; kita mati dan kita hidup dan kita tidak akan dibangkitkan lagi [23:37] Sebagaimana semua orang tahu, mereka yang percaya kepada Allah tahu bahawa ada hidup setelah mati. Apabila sesaorang mati, jasadnya menjadi tidak bernyawa, tetapi tidak seperti binatang, ruhnya dan pancainderanya kekal seperti biasa, tetapi tidak punya jasad; inilah yang akan dirahmati atau disiksa didalam alam persingahan barzakh alam kubur. Syahid dan mereka yang mati dijalan Allah menikmati rahmat yang khusus. Ini telah disampaikan di dalam al-Quran. ‘Dan janganlah sangka mereka yang terbunuh dijalan Allah itu mati; tidak mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka. Bergembira dengan pemberian Allah dan limpahnya, dan mereka bergembira bagi yang sama [telah tertinggal] dibelakang mereka, yang belum lagi bersama mereka, yang mereka tidak perlu rasa takut, dan tidak juga bersusah hati.’ [3:169-170] Saya fokus pada perkataan, ‘Mereka hidup dan mendapat rezaki dari Tuhan mereka…’[3:169] Mereka menyahut kepada kita, tetapi oleh kerana pendengaran kita telah terhalang oleh kebendaan dunia, kita tidak mendengar suara mereka. Begitulah di dalam ziarah [salam] kepada Imam Husain, kami katakan: ‘Saya naik saksi bahawa engkau dengar apa yang saya katakan dan engkau menjawabnya.’ Adakah kamu membaca syarahan no 85 Nahjul-Balagha? Keturunan nabi telah diperkenalkan sebagai berikut: ‘Wahai manusia ini adalah kata-kata nabi: ‘Dia yang mati diantara kami, tidak mati, dan dia yang hancur [setelah mati] dari diantara kami yang sebenarnya tidak hancur.’ [Nahjul-Balagha, terjemahan Inggeris, jilid I ms 130, dicetak oleh Peer Muhammad Ebrahim Trust, Karachi] Itu adalah di dalam alam cahaya dan ruh, ahli bayt hidup dan tinggal kekal. Menurut, Ibn Abil-Hadid Mutazali dan Sheikh Muhammad Abduh, mufti Mesir yang terkenal, yang mengulas pada tajuk yang diatas, mengatakan bahawa keturunan nabi tidak mati secara yang sama seperti orang lain mati. Maka apabila kita berdiri dipusara para Imam; kita tidak berdiri dihadapan orang mati, dan kita tidak berkata-kata kepada orang mati. Kita berdiri dihadapan yang hidup dan berkata-kata kepada yang hidup. Makanya kita bukanlah penyembah orang mati. Kita sembah Allah. Tidakkah kamu percaya bahawa Ali, Imam Husain, dan syahid Badr, Uhud, Hunain dan Karbala telah mengorbankan nyawa mereka dijalan Allah, dan hanya untuk menegakkan kebenaran? Tidakkah mereka telah berhadapan dengan kekejaman Quraish, Bani Umayya, Yazid dan juga pengikutnya, yang mempunyai matlamat untuk menghancurkan agama Islam? Sebagaimana tegasnya para sahabat nabi dan juga pengorbanan syuhadah Badr, Hunain dan Uhud yang telah membawa kepada tumpasnya musyrik, dengan cara yang sama Imam Husain telah tegas memilih untuk mengorbankan nyawanya untuk meluruskan Islam. Jika Imam tidak bertindak tegas dan berdiri teguh di dalam menentang pasukan yang zalim, Yazid terkutuk pasti telah menghancurkan Islam dengan memasukkan fahaman jahiliah kedalam masyarakat Islam. Sheikh: Sungguh amat memeranjatkan yang kamu memanggil khalifa bagi Muslimin, Yazid bin Muawiya, sebagai kafir. Kamu harus tahu bahawa Muawiya bin Abu Sufyan, telah melantiknya sebagai khalifa. Khalifa kedua, Umar bin Khattab, dan Khalifa ketiga, Uthman yang teraniaya [???], telah melantik Muawiya sebagai Amir Syria. Disebabkan kebolehan dan bakat mereka, manusia dengan ikhlas telah menerima mereka sebagai khalifa. Maka rujukan kamu terhadap khalifa Muslim sebagai kafir, bererti bahawa kamu telah menghina tidak saja semua Muslim yang menerima mereka sebagai khalifa tetapi kamu juga telah menghina khalifa yang sebelumnya, yang telah melantik mereka sebagai khalifa atau Amir. Sudah pastinya mereka ada membuat kesalahan, kesalahan yang dimaafkan, yang berlaku masa mereka menjadi khalifa. Cucu nabi, Imam Husain, telah dibunuh, tetapi ini telah diampunkan. Oleh kerana mereka telah bertaubat, Allah yang maha Pengampun, telah mengampunkan mereka. Imam Ghazali dan Damiri dengan panjang lebar telah menjelaskan kedudukan ini di dalam buku-buku mereka dan telah membuktikan kesucian khalifa Yazid. Shirazi: Saya tidak pernah menyangkakan yang fanatiknya kamu hingga sampai ketahap itu, sehingga sanggup membela Yazid yang terkutuk itu. Kamu katakan bahawa oleh kerana mereka yang terdahulu menganggap bahawa mereka layak menjadi Amir atau pemerintah, maka semua Muslim hendaklah menerima mereka. Kenyataan ini tidak masuk akal sama sekali. Kami katakan khalifa hendaklah suci [ma’sum, suci dari segala dosa] dan yang dilantik oleh Tuhan, supaya kita tidak akan dizalimi. Kamu katakan bahawa Ghazali dan Damiri telah membela kedudukan Yazid. Tetapi mereka sama saja fanatiknya seperti kamu. Tidak ada manusia berakal waras yang akan membela tindakkan Yazid yang terkutuk. Kamu katakan Yazid telah membuat ‘kesalahan’ di dalam membunuh Imam Husain. Tetapi untuk membunuh cucu nabi yang tersayang bersama dengan 72 orang termasuk bayi, kanak-kanak dan orang tua, dan menjadikan anak-anak perempuan nabi [anak-anak perempuan Ali] yang bertaqwa sebagai tawanan dengan kepala dan muka yang terdedah, bukanlah suatu kepalang kesalahan. Ianya adalah sesuatu kezaliman yang dahsyat yang tidak dapat disebutkan. Lebih-lebih lagi kesalahannya tidak pada penyembelihan ini saja. Terdapat banyak lagi peristiwa mengenai kekafirannya. KEKAFIRAN BAGI YAZID. Dianatara fakta yang membuktikan kafirnya Yazid adalah dari rangkap syairnya sendiri. Sebagai contoh, dia menulis: ‘Jika meminum arak dihalang di dalam agama Muhammad, biarkanlah ianya; saya akan menerima kristian.’ ‘Adalah dunia ini sahaja untuk kami. Tidak ada dunia yang lain. Kami tidak perlu dihalang untuk menikmati kelazatan dari dunia ini.’ Rangkap ini terdapat di dalam koleksi syair-syair, dan Abul-Faraj bin Jauzi telah merakamkannya di dalam bukunya ‘Radd Ala-Mutaasibul-Anid. Dan lagi katanya: ‘Sesiapa yang menakutkan kami dengan cerita mengenai kiamat, biarkanlah dia. Itu adalah dusta yang menghalang kami dari kelazatan nyanyian dan muzik.’ Sibt Ibn Jauzi menulis di dalam ‘Tadhkira’ ms 148, apabila keturunan dibawa sebagai tawanan ke Syria; Yazid sedang duduk diaras dua istananya. Dia menyata dua rangkap ini: ‘Apabila unta-unta membawa tawanan tiba, gagak berbunyi [petanda buruk] Saya berkata: Duhai gagak sama ada kamu berbunyi atau tidak, saya tetap membalas dendam terhadap nabi.’ ‘Dendam’ merujuk kepada fakta yang keturunan terdahulunya yang terbunuh dipeperangan Badr, Uhud, Hunain. Dia membalas dendam terhadap kematian mereka dengan membunuh anak-anak nabi. Bukti yang lain mengenai kekafirannya adalah apabila dia mengadakan keramaian untuk meraikan syahidnya Imam Husain, dia menyampaikan rangkap kata seperti orang yang tidak beragama dari Abdullah bin Uzza Bari. Sibt Ibn Jauzi, Abu Raihan dan yang lainnya telah menulis bahawa Yazid berharap yang keturunannya dapat hadir, mereka yang semua adalah kafir jahiliah yang telah terbunuh di Badr atas arahan nabi. Yazid berkata: ‘Saya berharap mereka dari Bani saya, yang telah terbunuh di Badr, dan mereka yang melihat orang suku Khazraj meraung [di dalam peperangan Uhud] disebabkan oleh tikaman lembing, ada disini. Mereka pasti akan bersorak memuji saya dengan kuat dan berkata: ‘Wahai Yazid, semoga tanganmu tidak lumpuh, kerana kamu telah membunuh ketua Banu nya [Banu nabi]. Saya melakukannya sebagai membalas dendam untuk Badr, yang mana kini telahpun selesai. Bani Hashim hanya bermain dengan kerajaan. Tidak ada pengkhabaran dari Allah dan tidak juga wahyu yang disampaikan. Saya bukanlah dari keturunan Khandak jika saya tidak menuntut dendam terhadap keturunan nabi. Kami menuntut dendam diatas mereka yang dibunuh oleh Ali dengan membunuh anak-anaknya.’ SEKATAN OLEH ULAMA PADA MENGUTUK YAZID. Kebanyakkan dari ulama kamu menganggap Yazid sebagai kafir. Bahkan Imam Ahmad bin Hanbal dan banyak lagi ulama kamu yang terkenal telah mensarankan bahawa kutukan terhadap Yazid perlu dilafazkan. Abdur-Rahman Abul-Faraj bin Jauzi telah menulis sebuah buku dalam bab ini, ‘Kitabul-Radd Alal-Mutaasibul-Anidul-Manian-Lan-e-Yazid Lanatullah.’ Hanya sebahagian kecil dari ulama kamu yang fanatik, seperti Ghazali telah menyebelahi Yazid dan telah merekakan bantahan yang melucukan [amat bodoh] di dalam membelanya. Bagaimanapun kebanyakkan dari ulama kamu telah mengakui ketiadaan agama, dan tabiat zalimnya. Sebagai khalifa dinegara Islam, Yazid cuba mengenepikan agama. Masudi, di dalam bukunya ‘Murujuz-Dhahab’, jilid II, telah berkata bahawa Yazid seperti Firaun, tetapi Firaun lebih adil kepada rakyatnya dari Yazid. Pemerintahan Yazid telah memalukan nama Islam. Kajahatannya termasuk minum arak, membunuh cucu nabi, mengutuk keturunan nabi, Ali, merosakkan rumah Allah [Baitullah], dan pembunuhan beramai-ramai. Dia telah melakukan segala larangan Allah, dan juga dosa-dosa yang tidak terampunkan. Nawab: Bagaimanakah Yazid bertanggong jawab terhadap pembunuhan beramai-ramai? Shirazi: Kebanyakkan ahli sejarah telah menyatakan fakta ini. Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’ nya ms 63, berkata bahawa sebagian penduduk Madina pergi ke Syria di dalam tahun 62 Hijrah. Apabila mereka mengetahui perbuatan Yazid yang menyalahi agama [berdosa], mereka pulang ke Madina dan memutuskan baiah [janji setia] dengan Yazid, mengutuknya, dan mengusir Gabenornya, Uthman bin Abu Sufyan. Abdullah bin Hanzalla [‘Ghusilul-Malaikat] berkata: ‘Wahai manusia, kami tidak memberontak terhadap Yazid sehingga kami mengesahkan bahawa dia adalah orang yang tidak beragama. Dia membunuh keturunan nabi, secara tidak sah bersekedudukan dengan para ibu, anak-anak perempuan, adik-adik perempuan, minum arak, dan tidak mendirikan solat.’ Apabila pengkhabaran ini sampai kepada Yazid, dia telah menghantar angkatan tentera Syria yang besar dibawah pimpinan Muslim bin Uqba terhadap penduduk Madina. Pembunuhan terhadap muslim Madina berterusan selama tiga hari. Pasukan Yazid membunuh 700 orang ternama Quraish, Muhajir dam Ansar dan 10 000 orang awam. Saya merasa malu untuk menyatakan bagaimana orang-orang muslim telah dihina. Saya akan menyebutkan hanya satu rangkap dari ‘Tadhkira’ pada ms 163, oleh Sibt Ibn Jauzi, yang dilaporkan oleh Abul-Hasan Madaan: ‘Setelah pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Madina, 1 000 anak dara Madina telah melahirkan bayi.’ HARUSKAH YAZID DIKUTUK? Sheikh: Ini semua menunjukkan kepada dosanya. Dosa boleh diampunkan dan boleh dikawal, dan Yazid ada menunjukkan tanda bertaubat. Allah yang maha Pengampun, telah mengampunkannya. Maka mengapa kamu selalu mengutuknya dan mengatakan dia zalim? Shirazi: Sebahagian peguam terus akan berhujah kes anak guamnya sehingga kesaat terakhir, kerana mereka telah mendapat bayaran upahnya, walaupun mereka tahu benar akan kedudukan kes tersebut. Tetapi saya gagal untuk memahami, mengapa kamu begitu minat pada mempertahankan Yazid, setelah mengetahui pembunuhannya terhadap keturunan rasul, pembunuhannya terhadap penduduk Madina. Lebih-lebih lagi pengakuan kamu bahawa dia telah menunjukkan sebagai telah bertaubat tidak terbukti. Tidakkah penolakkannya terhadap prinsip Islam yang utama, Hari Kebangkitan, wahyu, kerasulan, ini telah cukup untuk membolehkan pada kutukan kami? Tidakkah Allah telah mengutuki yang zalim? Jika hujah ini tidak mencukupi bagi peguam Yazid bin Muawiya, saya akan, dengan izin kamu, menyebutkan dua hadith dari ulama kamu yang terkenal. Bukhari dan Muslim di dalam ‘Sahih’, Allama Samhudi di dalam ‘Tarikh-Madina’; Abu’l-Faraj Bin Jauzi di dalam ‘Kitabu’r-Radd Ala’l-Muta’asibu’l-Anid’, Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira-e-Khawasu’l-Umma’, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ dan yang lain menyebut dari nabi sebagai berkata: ‘Jika sesiapa mengemparkan dan menindas penduduk Madina, Allah akan mengemparkan mereka [i.e. pada Hari Pengadilan] Dia akan dikutuk oleh Allah, oleh Malaikat dan juga segala makhluk. Dan pada Hari Pengadilan, Allah tidak akan menerima segala amalannya.’ Nabi juga telah berkata: ‘Kutukan atas mereka yang telah mengemparkan kota saya [penduduk Madina]’ Tidakkah penyembelihan beramai-ramai telah menakut dan mengemparkan penduduk Madina? Jika ia, maka terimalah bersama dengan nabi, Malaikat dan segala makhluk bahawa penjenayah yang kejam itu perlu dikutuk dan terus dikutuk sehingga ke Hari Pengadilan. Kebanyakkan dari ulama kamu telah mengutuk Yazid. Abdullah Bin Muhammad Bin Amir Shabrawi Shafi’i di dalam ‘Kitabu’l-Ittihaf be Hubbi’l-Ashraf Raji’ ba La’n-e-Yazid’, page 20, menulis bahawa apabila nama Yazid disebut dihadapan Mulla Sa’d Taftazani, dia berkata: ‘Kutukan terhadap dirinya dan para sahabat dan penolongnya.’ Allama Samhudi di dalam bukunya ‘Jawahirul-Iqdain’ telah dilaporkan sebagai berkata: ‘Para Ulama dengan serentak secara umum telah mengizinkan untuk mengutuk mereka yang telah membunuh Imam Husain, yang mengarahkan pembunuhan terhadapnya, atau yang mengalu-alukan terhadap pembunuhannya, atau yang bersetuju terhadap penbunuhannya.’ Ibn Jauzi, Abu Yala dan Salih bin Ahmad, berhujah dari ayat al-Quran telah menulis bahawa: ‘Telah dibuktikan bahawa mengutuk Yazid adalah dibenarkan. Adalah menjadi tanggong jawab semua Muslim untuk mengetahui hak Imam Husain yang ada diatas mereka, dan bagaimana, dengan menanggongan terhadap segala penderitaan dari penindasan dan kezaliman, beliau telah menyirami pokok Islam dengan darah beliau sendiri dan darah keluarganya. Jika tidak pokok rahmat [Islam] mungkin akan mati disebabkan kezaliman oleh Bani Umayyah. Adalah Imam Husain yang telah memberikan Islam kehidupan yang baru.’ Sungguh amat dikesali, sepatutnya kita menghargai khidmat manusia yang suci ini terhadap Islam, sebaliknya kamu membangkitkan bantahan terhadap penziarah yang menziarahi makam mereka, dan mengelar penziarah tersebut sebagai penyembah yang mati. Kami kerap membacanya, di tengah-tengah ibu negara seperti Paris, London, Berlin dan Washington disana terdapat kuburan-kuburan bagi menghormati ‘pahlawan yang tidak dikenali.’ Telah dikata bahawa, mereka ini telah menderita kekejaman dari pihak musuh dan di dalam mempertahankan negara, mereka mengorbankan dirinya. Tetapi tidak terdapat sebarang tanda pada badan, atau pakaian untuk menunjukkan keluarganya atau bandarnya. Kerana dia telah mengorban dirinya di dalam mempertahankan negaranya, walaupun dia tidak dikenali, dia masih mendapat penghormatan. Apabila seorang raja atau orang kenamaan datang melawat kekota itu, dia datang menziarahi kepada kuburan pahlawan yang tidak dikenali dan meletakkan kalongan bunga padanya. Pahawan yang tidak dikenali mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi, tetapi saya amat kesal, sepatutnya kita menghormati penziarah yang melawat makam muslim yang ulama dan wara’ sebaliknya kita mengkritik mereka. Sebahagian dari mereka menghafal seluruh al-Quran. Mereka mengorbankan diri demi mempertahankan Islam. Manusia ini termasuklah yang diamanahkan oleh Allah, Rasul dan keurunan baginda. PEMBONGKARAN KUBURAN. Sebenarnya sebahagian Muslim telah meruntuhkan kuburan yang sedemikian dan membuat teh diatas peti yang diletakkan diatas kuburan tersebut!! Tragedi sedemikian telah berlaku pada tahun 1216 Hijrah pada hari perayaan Ghadir [Eidil-Ghadir], apabila kebanyakkan dari penduduk Karbala pergi ke Najaf untuk ziarah. Pihak Wahabbi Najaf telah menyerang Karbala dan membunuh para shia. Mereka memunahkan segala kuburan, orang-orang yang telah mengorbankan diri untuk Islam Lebih kurang 5 000 penduduk Karbala terbunuh, termasuk ulama, yang tua, wanita, dan juga kanak-kanak. Perbendaharaan Imam Husain dipecahkan dan segala yang berharga dirampas. Peti yang diatas pusara dibakar dan teh telah disediakan diatasnya. Malanglah bagi Muslim yang sedemikian!!! Betapa sedihnya kejadian yang sedemikian, di dalam semua negara yang bertamadun kuburan raja-raja, para intelek, dan malah pahlawan yang tidak dikenali dihormati, tetapi Muslim, yang diharapkan untuk menunjukkan cara pemikiran yang lebih baik terhadap pemuliharaan makam-makam mereka yang kita sanjungi, sebaliknya telah memusnahkan kesemuanya seperti pengganas. Di Makah dan Madina, puak Wahhhabi telah menghancurkan makam syuhadah Uhud, termasuklah makam Hamza, kerabat nabi Abdul-Muttalib, Abdullah dan lain-lainnya. Mereka juga menghancurkan makam keluarga nabi, anaknya, seperti Imam Hasan, Imam Zainul-Abidin, Imam Muhammad Baqir, Imam Jafar Sadiq, Bibi Fatima anak perempuan nabi, dan banyak lagi dari Bani Hashim dan juga para ulama yang terkenal. Malangnya mereka masih mengelar diri mereka Muslim. Ya sudah tentu mereka telah mendirikan pusara yang besar untuk raja-raja dan orang kenamaan mereka. Yang sebenarnya bahawa ulama dari kedua-dua golongan telah menyatakan dari banyak hadith yang mengajak kita pada menziarahi kuburan awlia, supaya makam tersebut akan terselamat dari kemusnahan. Nabi sendiri menziarahi kuburan para awlia dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan mereka. KETURUNAN NABI ADALAH SYUHADAH DIJALAN ALLAH DAN HIDUP. Apakah kamu fikir bahawa keluarga nabi yang suci yang telah mengorbankan diri mereka di dalam jalan agama, tidakkah mereka syuhadah? Jika kamu katakan bahawa mereka bukan syuhadah, apakah hujah kamu? Jika mereka adalah syuhadah, bagaimana kamu katakan mereka telah ‘mati’? Al-Quran mengatakan: ‘Mereka hidup dan mendapat rezeki dari tuhannya..’ [3:169] Maka mengikut dari al-Quran dan hadith, mereka yang suci ini hidup. Maka kami tidaklah menyembah yang mati. Kami tidak memberi salam pada yang mati, kami memuji yang hidup. Dan tidak ada shia, yang intelek dan yang tidak, menganggap mereka sebagai penghapus masalah. Kami menganggap mereka sebagai hamba Allah yang paling taqwa dan cara untuk berdamping kepadaNya. Kami letakkan keinginan kami kepada Imam-imam kami yang adil supaya mereka dapat merayu kepada Allah untuk menunjukkan belas kasihannya kepada kami. Apabila kami katakan, O Ali, tolonglah kami,’ ‘Husain, tolonglah kami.’ Ianya adalah seumpama sesaorang mahu berjumpa dengan raja. Kita BOLEH pergi berjumpa perdana menteri meminta pertolongan. Kita pastinya TIDAK menganggap perdana menteri kepada raja sebagai punca terakhir untuk menghapuskan masalah [hanya raja sahaja yang berkuasa]. Tujuan utama kita hanya untuk sampai kepada raja melalui mereka oleh kerana kemuliaan dan kedudukan mereka, maka mereka dengan mudah dapat bertemu raja. Shia tidak menganggap keturunan nabi sebagai sekutu di dalam segala tindakkan tuhan, kami menganggap mereka hamba yang paling bertaqwa. KEDUDUKAN IMAM-IMAM YANG MA’SUM. Oleh kerana mereka adalah wakil Allah, mereka menyampaikan kehendak yang berdoa kepadaNya. Jika permintaan itu layak; Dia menerimanya. Jika tidak Dia akan menggantikannya dihari akhirat. Satu perkara yang tidak harus ditinggalkan tanpa diberikan penerangan adalah: shia mengakui kedudukan para Imam yang ma’sum lebih tinggi dari segala syuhadah islam. Hafiz: Kenyataan itu memerlukan penjelasan. Apa perbezaan diantara Imam kamu dengan Imam yang lain melainkan mereka mempunyai pertalian dengan nabi? Shirazi: Jika kamu lihat pada kedudukan para Imam, kamu akan dapat melihat dengan jelas perbezaan fahaman tentang maksud Imam yang dipegang oleh shia dan sunni.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar