Rabu, 15 Februari 2012
Dialog Sunni Syiah di Peshawar page : 3
Pertemuan Yang Ketiga Sabtu malam, 25 Rejab 1345 H (a)
Hafiz: Berdasarkan dari apa yang kamu katakan semalam, saya merumuskan bahawa shia terbahagi kepada beberapa golongan. Sila terangkan kepada kami puak yang mana kamu terima, supaya kita boleh menghadkan perbincangan ini terhadap golongan itu sahaja
SHIA TIDAK TERBAHAGI KEPADA GOLONGAN-GOLONGAN.
Saya tidak katakan shia terbahagi kepada golongan. Shia hanya taat kepada Allah dan mengikut Nabi dan keturunannya. Memang terdapat beberapa golongan yang telah mengambil pakai nama shia untuk memesongkan manusia. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada nama shia, untuk menyampaikan kepercayaan yang salah dan menyebarkan keraguan. Manusia yang tidak mengerti telah memasukkan mereka-mereka ini kedalam shia. Terdapat empat golongan, dua darinya masih diamalkan: Zaidiyya, Kaysaniyya, Qaddahiyya dan Ghullat.
ZAIDIYYAH
Zaidiyyah mengikut Zaidi bin Ali bin Husain. Mereka menganggap anak Imam Zainul-Abidin, Zaid, menjadi penggantinya. Pada masa kini ramai golongan ini terdapat di Yaman dan kawasan sekitarnya. Mereka mempercayai bahawa dari keturunan Ali dan Fatima, Dia adalah ‘Imam yang berpengetahuan, Taqwa, dan berani. Dia mengangkat senjata menentang musuh.’ Semasa pemerintahan yang kejam khalifa Umayyad, Hisham bin Abdul Malik, Hadrat Zaid bangun menentang mereka yang berkuasa dan mendapat syahid, makanya diakui sebagai Imam oleh Zaidiyyah. Yang sebenarnya Zaid mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang dikatakan oleh Zaidiyyah untuknya. Dia adalah syahid yang agung dari dinasti Hashim, dan telah terkenal dengan taqwanya, kebijaksanaan, wara' dan juga berani. Dia selalu berjaga malam dengan solat dan selalu berpuasa diwaktu siangnya. Nabi telah meramalkan kesyahidannya, sebagaimana disampaikan oleh Imam Husain: ‘Nabi meletakkan tangannya yang suci dibelakang saya dan berkata: ‘Wahai Husain, tidak lama lagi seorang lelaki akan dilahirkan dari keturunan kamu. Dia akan dipanggil Zaid: dia akan dibunuh sebagai syahid. Pada Hari di Bangkitkan, dia dan sahabat-sahabatnya akan masuk syurga, dengan kaki-kaki mereka diatas leher-leher manusia.’ Tetapi Zaid sendiri tidak pernah mengaku dirinya Imam. Hanyalah pendustaan dari manusia untuk mengatakan bahawa dia melakukannya. Yang sebenarnya dia mengakui Muhammad Baqir sebagai Imam dan memberikan bai’ah [sepenuh ketaatan] kepada beliau.
Hanya setelah Muhammad Baqir meninggal maka terdapat manusia yang tidak dikenali menggunakan doktorin [pendapat] bahawa ‘beliau bukanlah Imam yang duduk tinggal dirumah dan menyembunyikan diri dari manusia; Imam adalah seorang dari keturunan Ali dan Fatima, alim, dan mengangkat pedang menentang musuh dan mengajak manusia kepihaknya.’ Zaidiyyah terbahagi kepada lima puak:
1) Mughairiyya
2) Jarudiyya
3) Zakariyya
4) Khashbiyya dan
5) Khaliqiyya.
KAYSANIYYAH DAN KEPERCAYAAN MEREKA.
kumpulan kedua adalah Kaysaniyyah. Ini adalah para sahabat Kaysan, seorang hamba Ali ibn Abi Talib, yang telah memerdekakan dirinya. Manusia ini percaya bahawa selepas Imam Hasan dan Imam Husain, Muhammad Hanafiyya, anak yang tua Amirul Mukminin Ali yang kemudiannya, adalah Imam. Tetapi Muhammad Hanafiyya sendiri tidak pernah mengatakan ini. Dia digelar penganut yang ikhlas. Dia terkenal dengan pengetahuannya, wara', taqwa dan taat kepada perintah ilahi. Sebahagian manusia yang jahil telah mengadakan bukti apa yang mereka katakan sebagai penentangan terhadap Imam Zainul-Abidin. Mereka katakan bahawa Muhammad Hanafiyya mengaku menjadi Imam.
Faktanya adalah yang bertentangan. Beliau tidak pernah mengaku menjadi Imam. Malahan beliau hendak menunjukkan kepada pengikutnya yang jahil tahap dan kedudukan Imam yang keempat, Zainul-Abidin. Keputusannya adalah, di dalam masjid yang suci apabila Hajaratul-Aswad [batu hitam] mengesahkan akan Imamnya Zainul-Abidin, Abu Khalid Kabuli, ketua bagi pengikut Muhammad Hanafiyya, bersama dengan pengikut yang lain, menerima Imam Zainul-Abidin sebagai Imam. Tetapi sekumpulan orang yang licik telah memesongkan manusia awam yang jahil dengan mengatakan Muhammad Hanafiyya hanya menunjukkan kerendahan diri, bahawa pada pandangan Umayyad itu adalah sesuatu yang paling diharapkan untuk Muhammad Hanafiyya lakukan.
Setelah Muhammad Hanafiyya meninggal dunia, mereka-mereka ini mengatakan bahawa beliau tidak mati, dan beliau sedang menyembunyikan diri di dalam gua di gunung Rizwi, dan bahawa beliau muncul semula dimasa akan datang untuk memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keamanan. Kumpulan ini mengandungi empat kumpulan kecil:
1) Mukhtariyya,
2) Karbiyya,
3) Ishaqiyya,
4) Harabiyya. Tetapi tiada satu yang kekal kini.
QADDAHIYYA DAN KEPERCAYAAN MEREKA
Kumpulan ketiga, Qaddahiyya, menggelar diri mereka shia, tetapi sebenarnya adalah kumpulan musyrikun. Kumpulan ini berasal dari Mesir, diasaskan oleh Ma’mun Ibn Salim [atau Disan] dikenali sebagai Qada dan Issa Chadar Lakhtan [Isa dari bahagian keempat] Mereka mentafsirkan al-Quran dan merakamkan sejarah menurut sesuka hati mereka. Mereka mengatakan ada dua bentuk kefahaman terhadap agama: satu yang rahsia [bathin], dan satu lagi yang zahir. Yang rahsia telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Nabi berikan kepada Ali, dan beliau berikan kepada keturunannya dan ahli shia yang suci. Mereka berkepercayaan bahawa ahli yang mengetahui yang rahsia [bathin] dikecualikan dari solat dan menyembah Allah.
Mereka ini telah mengasaskan agama mereka pada yang tujuh. Mereka percaya kepada tujuh rasul, tujuh Imam, Imam yang ketujuh sedang ghaib. Mereka sedang menunggu kedatangannya. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan:
1. Kumpulan Nasiriyya adalah para sahabat Nasir Khusru Alawi, yang melalui syair, ucapan, dan bukunya telah menarik ramai manusia kepada kekafiran. Mereka tersebar luas di Tabaristan dengan jumlah yang ramai.
2. Sabahiyya [dikenali di barat sebagai pembunuh upahan]. Mereka adalah para sahabat Hasan Saba, berasal dari Mesir yang datang ke Iran, dan penyebab peristiwa ngeri Alamut, yang berkeputusan dengan pembunuhan terhadap manusia yang ramai. Fakta ini telah tersimpan di dalam rekod sejarah.
GHULLAT DENGAN KEPERCAYAANNYA.
Kumpulan keempat adalah Ghalis, yang paling dibenci dari kesemua kumpulan. Mereka dikenali secara selewengan sebagai shia. Yang sebenarnya mereka adalah kafir. Mereka terbahagi kepada tujuh kumpulan:
1. Saba’iyya
2. Mansuriyya
3. Gharabiyya
4. Bazighiyya
5. Yaqubiyya
6. Isma’illiyya
7. Azdariyya
Bukan sahaja kami shia Ithna Ashari [dua belas Imam] tetapi semua Muslim diseluruh dunia menolak kepercayaan mereka.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH DAN RASUL
Golongan shia Imamiyya percaya kepada Allah yang kekal. Dia yang Esa, dalam erti keesaan yang satu di dalam adaNya. Dia adalah SATU dengan tidak ada apa pada bandingannya. Dia yang menjadikan segala sesuatu yang ada. Tidak ada yang setanding dengannya dalam apa jua. Para Nabi telah dihantar untuk mengajar manusia mengenai Allah, bagaimana untuk menyembahNya, dan bagaimana untuk mengenaliNya. Kesemua Nabi menyampai dan membimbing manusia mengikut peraturan yang telah ditunjukkan oleh lima Nabi Utama: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan yang akhir Muhammad; yang mana agamanya akan berakhir sehingga ke Hari di Bangkitkan.
KEPERCAYAAN KEPADA SIKSAAN, PAHALA, SYURGA, NERAKA DAN HARI PENGADILAN.
Allah yang Maha Perkasa telah menentukan setiap ganjaran terhadap amalan kita, yang akan diberikan kepada kita di dalam syurga atau neraka. Hari bagi menentukan pemberian ganjaran ini dikatakan Hari Pengadilan. Apabila dunia ini telah kiamat, Allah akan menghidupkan semula semua makhluk di dunia ini dari mula hingga akhirnya. Dia akan menggumpulkan mereka di Mahsar, disuatu tempat dimana semua ruh dikumpulkan. Setelah dipertimbangkan dengan adil, setiap orang akan mendapat ganjaran atau siksaan menurut amalan mereka.
Perkara ini telah tertulis di dalam semua kitab-kitab Allah: Taurat, Injil dan juga al-Quran. Untuk kita, punca yang paling sahih sebagai petunjuk adalah al-Quran, yang telah sampai kepada kita semenjak dari zaman nabi tanpa ada sebarang perubahan. Kita bertindak mengikut arahan yang terkandung di dalamnya, dan kita berharap akan mendapat ganjaran dari Allah. Kita percaya di dalam segala arahan yang wajib yang ada di dalamnya seperti solat [namaz], puasa [ruza], zakat dan khums [cukai tahunan agama], haji dan jihad.
KEPERCAYAAN DI DALAM PERKARA-PERKARA AMALAN.
Begitu juga, kami percaya di dalam perkara-perkara amalan pada agama, termasuk yang wajib, yang sunnah, dan semua peraturan-peraturan yang lain yang telah sampai kepada kita melalui Nabi. Kami berazam untuk mematuhi dan melaksanakan sebaik mungkin yang terdaya. Dan kami menahan diri dari melakukan maksiat, kecil atau besar seperti minum arak, berjudi, fitnah, liwat, rasuah, membunuh, zalim dan lainnya yang dilarang di dalam al-Quran dan hadith.
KEPERCAYAAN KEPADA IMAM.
Kami shia percaya bahawa, sebagaimana adanya pesuruh dari Allah yang telah menyampaikan kepada kita perintah dan peraturan, dan yang telah dipilih dan diperkenalkan kepada kita oleh Allah, maka terdapat juga pengganti, khalifa [ketua] atau penjaga agama, yang juga dilantik oleh Allah, dan diperkenalkan kepada kita oleh Nabi. Begitulah peraturannya, semua Nabi Allah memperkenalkan penggantinya kepada ummah mereka. Rasul yang terakhir, yang paling sempurna dan paling tinggi diantara semua Nabi Allah, telah meninggalkan kepada pengikutnya Petunjuk untuk menolong manusia menjauhkan diri dari keraguan. Menurut dari hadith yang terkenal, baginda memperkenalkan kepada manusia 12 pengganti baginda: Pertama Ali Ibn Abi Talib. Imam yang terakhir, Mahdi, yang masih berada didunia tetapi tersembunyi, akan keluar pada masa akan datang yang tidak diketahui manusia, dan akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan keamanan.
Shia Imamiyya juga percaya bahawa kesemua 12 Imam ini telah dipilih oleh Allah, dan telah diperkenalkan kepada kita melalui Rasul yang akhir. Imam yang akhir telah ghaib dari pandangan [dengan arahan ilahi] sebagaimana Imam-imam yang terdahulu ghaib, semasa hayat Nabi-nabi yang terdahulu, sebagaimana yang dinyatakan di dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh ulama kamu.
Jiwa yang suci ini telah diselamatkan oleh Allah supaya suatu hari nanti beliau akan memenuhi dunia ini dengan keadilan. Secara ringkas shia percaya kepada semua yang ada terkandung di dalam al-Quran dan hadith yang sahih. Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kepercayaan ini, tidaklah hanya sebagai ikutan secara membuta tuli dari kedua ibu bapa saya tetapi dari pengajian dan hujah-hujah yang bernas dan yang diterima akal.
Hafiz: Harap maaf tuan, saya amat berterima kasih kepada kamu kerana dapat memberikan penjelasan terhadap kepercayaan shia, tetapi terdapat hadith dan doa di dalam buku-buku kamu yang mengatakan sebaliknya dari keterangan kamu dan telah menunjukkan menyimpangnya shia.
Shirazi: Harap dapat dinyatakan dengan tepat.
BANTAHAN TERHADAP HADITH MENGENAI MARIFA .
[HADITH MENGENAI PENGETAHUAN TERHADAP ALLAH]
Hafiz: Di dalam ‘Tafsir-e-Safi’ ditulis oleh seorang ulama kamu yang berkedudukan tinggi, Faiz Kashi, terdapat satu hadith bahawa satu hari Imam Husain, syahid Karbala, berucap kepada para sahabatnya dengan berkata: ‘Wahai manusia, Allah tidak menjadikan hambanya tetapi untuk mengenali Dia. Apabila mereka mengenali Dia, mereka akan menyembahNya, apabila mereka menyembahNya, mereka menjadi penentang kepada sembahan yang lainnya.’
Seorang dari sahabat bertanya: ‘Semoga nyawa bapa dan ibu kami dikorban untuk kamu! Wahai anak Nabi! Apakah maksud sebenar pengertian mengenali Allah? Imam menjawab: ‘Untuk setiap orang pada mengenal Allah bererti mengenali Imam masanya, yang perlu ditaati.’
Shirazi: Pertama, kita harus teliti rangkaian penyampai hadith tersebut supaya kita dapat mengatakan ianya sahih. Walaupun jika ianya betul jika dilihat pada rangkaian penyampainya, ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi yang tidak dipertikaikan sahihnya mengenai KeEsaan Allah tidak boleh diketepikan hanya kerana kenyataan sesaorang. [***]
Mengapa kamu tidak meneliti hadith dan kata-kata Imam kami, dan dialog agama diantara ketua agama kami dengan atheis, yang telah membukti ke Esaan Allah? Mengapa kamu tidak merujuk kepada buku panduan dan komentari shia, seperti ‘Tauhid-e-Mufazzal’, ‘Tauhid-e-Saduq’, ‘Biharul-Anwar’ [Buku mengenai tauhid] dari Allama Majlisi dan buku-buku lain yang ditulis oleh ulama shia, yang penuh dengan hadith yang bersambung dari para Imam?
Mengapa kamu tidak membaca ‘An-Naktul-I’tiqadiyya’, oleh Sheikh Mufid [m. 413H] salah seorang ulama shia, dan juga bukunya ‘Awailul-Maqalat fil-Mazahib wal-Mukhtarra’ atau ‘Ihtijaj’ oleh Alim terkenal, Abu Mansur Ahmad bin Ali bin Abu Talib Tabrasi. Jika kamu telah membacanya kamu akan tahu bagaimana Imam kami, Imam Reza telah membuktikan KeEsaan Allah. Adalah tidak adil untuk memetik laporan yang tidak berasas hanya untuk menghina shia. Buku kamu sendiri mengandungi dongengan dan idea [pendapat] yang aneh. Malah hadith yang mengarut [tidak masuk akal] terdapat dikebanyakkan buku-buku hadith sahih kamu iaitu ‘Siha-e-Sitta [iaitu enam buku hadith yang sahih]
Hafiz: Bahkan kata-kata kamu telah melampau, kini kamu mencari kesalahan pada buku yang keagungannya dan kesahihannya tidak diragukan lagi, terutama sahih Bukhari, dan sahih Muslim. Ulama kami telah sepakat bahawa semua hadith yang ada di dalamnya adalah benar. Jika sesiapa menolak kedua buku ini, dia telah menolak golongan sunna. Selepas al-Quran yang suci, sunni bergantung kepada kesahihan kedua buku ini. Mungkin kamu telah melihat maksud Ibn Hajar Makki pada permulaan bukunya ‘Sawaiq-e-Muhriqa’, Bab ‘The Affair’ [peristiwa khalifanya Abu Bakr (Saqifa)] sebagaimana dirakamkan oleh Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka, ianya adalah buku yang paling dipercayai selepas al-Quran, menurut kesepakatan semua pengikut [iaitu umma]. Dia telah mengatakan, oleh kerana kesemua umma sepakat menerima hadith-hadith dari buku ini, maka apa sahaja yang telah disepakati oleh umma tidak boleh dipersoalkan. Mengasaskan pada persetujuan ini, maka kesemua hadith yang ada di dalam buku ini dengan tidak diragukan lagi telah boleh diterima. Makanya tiada siapa yang punya keberanian untuk menyatakan bahawa buku ini mengandongi perkara dongeng dan tidak masuk diakal.
LAPORAN YANG ANEH DI DALAM KOLEKSI KEDUA SHEIKH BUKHARI DAN MUSLIM.
Shirazi: Pertama, bahawa buku ini telah diterima oleh semua kommuniti [umma] adalah terbuka pada bangkangan. Kenyataan kamu dengan merujuk kepada Ibn Hajar adalah dengan sendirinya tidak diterima akal, kerana 100 juta Muslim tidak menerima pendapat ini. Makanya kesepakatan seluruh umma dalam perkara ini samalah seperti kesepakatan yang dikatakan oleh ulama kamu di dalam perkara perlantikan khalifa. Kedua, apa yang saya katakan berasaskan dari penghujahan yang diterima pakai. Jika kamu kaji buku-buku tersebut dengan minda yang terbuka, kamu akan terperanjat. Banyak dari ulama kamu yang terkenal, seperti Dar Qutni, Ibn Hazam, Allama Abul-fazl Jafar bin Thalabi di dalam bukunya ‘Kitabul-Imta’ fi Ahkamus-Sama’, Sheikh Abdul Qadir bin Muhammad Qarshi di dalam bukunya ‘Jawahirul-Mazay’a fi Tabaqatul-Hanafiyya’, dan lainnya, termasuk kesemua ulama Hanafi, telah mengkritik kedua sahih ini, dan mengaku terdapatnya beberapa hadith yang lemah dan juga yang tidak disahkan. Objektif sebenar Bukhari dan Muslim hanya sekadar untuk mengumpulkan hadith; bukan untuk mempertimbangkan akan kesahihannya. Beberapa orang para penyelidik kamu, seperti Kamalud-Din Jafar bin Salih telah bersusah payah untuk menunjukkan akan kecacatan dan kekurangan pada hadith-hadith itu dan telah menunjukkan asas-asas yang diterima di dalam menyokong pada hujah mereka.
Hafiz: Saya menghargai jika kamu boleh bentangkan hujah-hujah itu, supaya hadirin semua boleh mengetahui perkara yang sebenar.
Shirazi: Saya akan menyebutkan beberapa contoh.
RUJUKAN MENGENAI MELIHAT KEPADA ALLAH.
Jika kamu ingin mengkaji hadith yang menyimpang mengenai penyerupaan Allah, yang mengatakan bahawa Dia, sebagai yang bertubuh, boleh dilihat didunia ini, atau boleh dilihat diakhirat [sebagaimana yang dipercayai oleh sunni, i.e. Khususnya Hanbali dan Ashari] kamu boleh merujuk dari buku kamu, terutama sahih Bukhari jilid I, di dalam bahagian ‘Fazlas-Sujud Min Kitabul-Adhan’, muka surat 100; Jilid IV, muka surat 92; dari sahih Muslim, ‘Babus-Sira Min Kitabur-Riqaq’ dan juga sahih Muslim, jilid I, di dalam Bab ‘Isbatul-Ruyatul-Mukminin Rabbahum Fil-Akhira,’ muka surat 86; dan ‘Musnad’ Imam Hanbal, jilid II, muka surat 275. Kamu akan menjumpai maklumat yang mencukupi berkenaan tajuk jenis ini di dalam buku tersebut. Sebagai contoh, Abu Huraira berkata: ‘Gempar dan goncangan [mengelegak] neraka makin bertambah, ianya tidak akan tenteram sehingga Allah meletakkan kaki kedalamnya. Neraka akan berkata, cukup, cukup! Telah mencukupi untuk saya.’ Abu Huraira juga mengatakan bahawa sekumpulan manusia bertanya kepada nabi, ‘Dapatkah kita melihat yang Menjadikan pada Hari Pengadilan? Dia menjawab: ‘Sudah pasti. Pada tengah hari apabila langit cerah, adakah matahari menyakitkan kamu, jika kamu melihat kepadanya?’ Mereka berkata, ‘Tidak’ Dia berkata lagi, ‘Diwaktu malam jika kamu melihat kepada bulan penuh dilangit yang cerah, adakah ianya menyakitkan kamu? Mereka berkata, ‘Tidak’ Dia meneruskan, ‘Maka apabila kamu melihat Allah pada Hari Pengadilan, kamu tidak akan merasa sakit, sebagaimana ianya tidak sakit pada melihat ini [matahari dan bulan] Apabila Hari Pengadilan tiba, ianya akan diistiharkan oleh Allah bahawa setiap umma akan mengikuti tuhan mereka. Maka setiap orang yang menyembah berhala atau yang selain dari Allah, yang Satu, akan dimasukkan kedalam neraka. Begitu juga semuanya orang yang baik dan jahat akan dimasukkan kedalamnya, melainkan yang menyembah Allah yang Esa. Mereka akan berada di dalam api neraka.
Pada masa itu Allah akan menjelma, dalam satu bentuk dihadapan manusia supaya mereka dapat melihat. Kemudian Allah akan memberitahu mereka yang ianya adalah Allah tuhan mereka. Yang beriman akan berkata, ‘Kami berlindung denganMu Allah. Kami tidaklah tergolong dengan mereka yang menyembah yang lain; melainkan Allah.’ Allah akan menjawab, ‘Adakah kamu mempunyai apa-apa tanda diantara kamu dengan Allah, supaya kamu dapat melihatnya dan mengenalinya? Mereka berkata, ‘Ya’ Maka Allah menunjukkan kakinya yang tidak berbalut. Kemudian yang beriman akan mengangkat kepalanya keatas dan melihat kepadaNya didalam keadaan yang sama seperti mereka melihatnya pada pertama kali dahulu. Kemudian Allah akan berkata bahawa Dialah yang Menjadikan. Kesemuanya akan mengakui bahawa Dia adalah Allah mereka.’
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memikirkan sama ada kenyataan seperti ini boleh membawa kepada kekafiran atau tidak, bahawa Allah akan menjelma dihadapan manusia dan mendedahkan kakiNya!!! Dan sokongan yang paling kuat bagi menyokong hujah saya datangnya dari Muslim bin Hajjaj yang pada permulaan Bab di dalam sahihnya mengenai pembuktian pada melihat Allah, dan telah menyebutkan kenyataan yang direkacipta dari Abu Huraira, Zaid bin Aslam, Suwaid bin Sa’d, dan lainnya. Dan sebahagian ulama terkenal kamu seperti Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’ dan Suyuti di dalam bukunya ‘Kitabul-Luualial-Masnua fi Hadithu-Muzua’ dan Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Al-Muzua’ telah membuktikan dengan asas-asas yang boleh diterima bahawa kenyataan itu telah diada-adakan.
AL-QURAN MENOLAK DOKTORIN ALLAH DAPAT DILIHAT.
Jika tidak terdapat sebarang bukti untuk menyangkal kenyataan diatas, ayat-ayat suci dari al-Quran dengan terang telah menolak doktorin yang mengatakan Allah dapat dilihat. Allah berkata: ‘Pandangan tidak dapat mengandongi Dia, dan Dia memperdapat [semua] penglihatan… [6:103]
Lagi, apabila Nabi Musa digesa oleh Israel untuk pergi ketempat sembahyangnya dan memohon kepada Allah untuk ‘menunjukkan dirinya kepada beliau’ al-Quran telah merakamkan kejadian itu sebagai berikut: ‘Dia [Musa] berkata: ‘Tuhan ku, tunjuklah kepada ku [Dirimu], supaya aku dapat melihat keatas Kamu,’ Dia berkata: ‘Kamu tidak dapat [manahan] melihat Ku…. [7:143]
Seyyed Abdul-Hayy: [Imam bagi Jama’a ahli sunna] Tidakkah ianya satu bukti [fakta] bahawa Ali berkata: ‘Saya tidak menyembah Tuhan yang saya tidak dapat melihat.’
PENGHUJAHAN DAN HADITH MENGENAI MELIHAT KEPADA ALLAH.
Shirazi: Kawan yang dihormati, kamu telah mengeluarkan satu ayat dari kontek yang asal, saya akan menyebutkan keseluruh teknya untuk kamu. Hadith ini telah dirakamkan oleh seorang mulia Sheikh Muhammad Ibn Yaqub Kulaini di dalam ‘Usul Kafi’, Jilid dalam Tauhid, begitu juga Sheikh Saduq di bukunya mengenai Tauhid, Bab ‘Ibtal Aqida Ruyatullah.’ Imam Jafar as-Sadiq telah disebutkan sebagai berkata, ulama Yahudi bertanya kepada Amirul Mukminin Ali, sama ada dia melihat Allah pada masa solat. Imam menjawab: ‘Dia tidak boleh dilihat dengan mata fizikal. Adalah hati yang dapat melihatNya melalui cahaya kebenaran keyakinan.’ Daripada jawapan Ali, bahawa, apa yang dimaksudkan dengan melihat Allah bukanlah melihat Dia dengan mata tetapi melalui cahaya kepercayaan yang ikhlas. Terdapat banyak bukti lain yang berdasarkan kepada hujah dan fakta yang dirakamkan untuk menunjukkan benarnya pandangan kami. Lebih-lebih lagi selain dari ulama shia, ulama kamu sendiri seperti Qazi Baidhawi dan Jarullah Zamakhshari, telah membuktikan di dalam komentar mereka bahawa adalah mustahil untuk melihat Allah. Sesiapa yang mempercayai boleh melihat Allah, didunia ini atau diakhirat, mempercayai bahawa Dia mempunyai bentuk fizikal. Untuk mempercayai ini [Allah mempunyai fizikal] adalah kafir.
RUJUKAN SETERUSNYA TERHADAP KEANEHAN YANG TERDAPAT DI DALAM KEDUA KOLEKSI HADITH SAHIH.
Kamu menganggap bahawa keenam buah buku hadith kamu, terutama dari Bukhari dan Muslim adalah seperti buku wahyu. Saya harap kamu dapat melihat di dalamnya secara objektif, dan tidak melampaui batas di dalam menyanjungnya. Bukhari di dalam Bab ‘Kitab-e-Ghusl’ dan Muslim di Bahagian II pada sahihnya [di dalam Bab kemuliaan Nabi Musa] dan Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya, bahagian II, ms 315, dan ulama kamu yang lain telah menyebutkan dari Abu Huraira sebagai berkata: ‘Diantara Bani Israel, telah menjadi adat untuk mandi bersama tanpa pakaian, supaya mereka dapat menjengok kearah kemaluan orang yang lain. Mereka tidak menganggapnya sebagai satu bantahan. Hanya Nabi Musa masuk kedalam air sendirian, supaya tiada siapa yang dapat melihat kepada kemaluannya. Bani Israel mengatakan bahawa Nabi Musa mempunyai kemaluan yang tidak sempurna, maka dia menjauhkan diri dari mandi bersama mereka. Satu hari Nabi Musa pergi kesungai untuk mandi, dia membuka pakaian dan meletaknya diatas batu, dan masuk kedalam sungai. Batu itu lari bersama pakaiannya. Musa mengejar batu itu, telanjang, menjerit: ‘Pakaian saya wahai batu pakaian saya.’ Bani Israel melihat Musa tidak berpakaian dan berkata: ‘Demi Allah! Musa tidak mempunyai kecacatan pada kemaluannya. Batu itu kemudian berhenti, dan Musa mengambil pakaiannya. Kemudian Musa memukul batu itu dengan kuat sehingga terdengar enam atau tujuh kali batu itu menjerit kesakitan.’
Adakah kamu benar-benar percaya bahawa perkara sedemikian boleh berlaku kepada Nabi Musa, atau batu itu, iaitu suatu benda mati, boleh lari dengan pakaiannya? Pastinya tidak masuk akal untuk Nabi Musa berlari tanpa pakaian dihadapan manusia.
Saya akan mengatakan hadith lain yang telah dirakamkan di dalam sahih mereka, sesuatu yang lebih pelik lagi. Bukhari menyebut dari Abu Huraira di dalam sahihnya jilid I ms 158; dan jilid II ms 163; dan lagi di dalam Bab ‘Kematian Nabi Musa,’ dan Muslim juga menyebut dari punca yang sama di dalam sahihnya jilid II ms 309 di dalam Bab ‘Pada kemuliaan Musa’ sebagai berkata: ‘Malaikat maut datang kepada Nabi Musa dan bertanya kepada dia, sama ada untuk menerima pelawaan dari yang Menjadikan. Setelah mendengarkan ini, Musa berikan satu tamparan pada mukanya, sehingga dia kehilangan satu dari matanya. Maka dia pulang kepada Allah dan mengadu bahawa Dia [Allah] telah menghantarnya kepada seorang yang tidak mahu mati dan dia telah dipukulnya sehingga kehilangan sebuah biji mata. Allah menyembuhkan matanya dan memerintahkan untuk pergi lagi kepada Nabi Musa, dan memberitahu kepadanya jika dia mahu kehidupan yang lebih lama, dia harus meletakkan tangannya dibelakang lembu. Dia akan hidup selama banyaknya tahun seperti mana jumlah bulu yang ditutupi oleh tangannya.’ Imam Ahmad Ibn Hanbal di dalam ‘Musnad’ nya jilid II, ms 315, dan Muhammad bin Jarir Tabari di dalam sejarahnya, jilid I, dibawah tajuk ‘Kematian Nabi Musa.’ Menyatakan peristiwa yang sama dari Abu Huraira dengan tambahan bahawa; sehinggalah sampai dizaman Nabi Musa, malaikat maut biasanya datang dan dengan secara fizikal akan memisahkan ruh dari jasad. Tetapi setelah Musa menampar mukanya, dia kini datang dengan tidak boleh dilihat.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk mengadilinya apakah jenis kata-kata dongeng yang telah dimuatkan di dalam koleksi hadith, yang kamu katakan sebagai yang paling betul dari semua buku selepas al-Quran. Kenyataan yang saya telah sebutkan itu pastinya telah mencela kehormatan Nabi Allah. Dan terhadap Abu Huraira, saya tidak merasa hairan dengan penyampaiannya. Ulama kamu sendiri telah mengaku bahawa demi untuk mengisi perutnya dari makanan mewah yang disediakan oleh Muawiya, dia sanggup mengada-ada hadith. Disebabkan oleh pengubah-suaian ini, khalifa Umar telah menderanya. Amatlah menakjubkan bahawa manusia yang berfikiran tinggi boleh mempercayai cerita yang sedemikian anehnya.
Sekarang marilah kita kembali kepada perbicangan kita mengenai hadith yang kamu sebutkan. Biasanya, seorang yang adil yang melihat sebutan yang disampaikan oleh seorang penyampai, akan membandingkannya dengan hadith yang telah pasti sahihnya. Dia harus memperbetulkannya atau menolaknya terus, selain daripada menggunakannya untuk menyerang saudaranya atau golongan lain dan kemudian memanggil mereka kafir. Oleh keran ‘Tafsir-e-Safi’ tidak ada bersama saya, maka kami tidak dapat menyatakan tentang kesahihan hadith ini.
***Walaupun jika ianya benar, kita harus bergantung kepada prinsip iaitu jika kita tahu kesannya, maka kita akan tahu penyebabnya. Maka, jika kita tahu Imam itu adalah Imam sebenar, kita pasti tahu pengenalan terhadap Allah, dalam cara yang sama bahawa, jika sesaorang kenal kepada Perdana Menteri, dia pasti mengenali raja [agung].
Ini adalah rujukan terhadap prinsip pada Bab Tauhid, dan ayat-ayat lain dari al-Quran yang telah diwahyukan. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak hadith mengenai ke Esaan Allah yang disampaikan oleh Imam Husain sendiri dan Imam yang lainnya. Pada mengenali Imam kamu, ianya adalah satu bentuk ibadah kepada Allah. Maksud yang sama telah diberikan di dalam ‘Ziarat-e-Jamia’ yang mana telah sampai kepada kami dari Imam kami yang suci. Kami boleh juga menterjemahkannya dengan cara yang lain, sebagaimana kebiasaan para ulama telah lakukan di dalam perkara yang sebegini. Setiap yang melakukan sesuatu amalan itu hendaklah difahami akan asal mula amalannya. Oleh kerana Nabi dan keturunannya telah mendapat kedudukan yang tertinggi yang tidak termampu oleh manusia biasa, tidak ada yang lain, dapat kemuliaan sebagaimana mereka. Dan merekalah paling terbukti di dalam mengenali Allah, maka sesiapa yang mengenali mereka, akan mengenali Allah. Sebagaimana mereka sendiri telah berkata: ‘Hanyalah melalui kami yang Allah dapat dikenali, dan hanyalah melalui kami yang Allah dapat disembah [dengan sempurna].’ Kami percaya bahawa keluarga Nabi telah mengajarkan kepada kami pengetahuan mengenai Allah dan cara yang betul untuk menyembahnya. Orang yang tidak mengikuti mereka, telah tersesat diperjalanan.
HADITH-E-THAQALAIN.
Untuk menekankan pada maksud yang sama, Nabi berkata di dalam hadith yang dipersetujui oleh kedua-dua golongan: ‘Wahai manusia! Saya telah tinggalkan untuk kamu dua perkara yang hebat [bagi penguasa]: Kitab Allah dan ahli bayt ku. Jika kamu berpegang teguh kepada dua ini, niscaya kamu tidak akan menyimpang sesudah ku [kerana sesungguhnya kedua ini tidak akan berpisah sehingga mereka bertemu dengan ku dipancutan Kauthar]
Hafiz: Kami tidak percaya pada hadith itu, yang mana kamu cuba ketengahkan. Terdapat banyak perubahan di dalam buku-buku kamu dan banyak contoh bagi syirik, umpama meminta sesuatu dari para Imam yang sepatutnya diminta kepada Allah. Apa itu syirik? Syirik bererti memaling kepada sesaorang atau benda selain dari Allah untuk mendapatkan kepuasan atau keperluan. Telah dilihat bahawa shia tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka meminta kepada Imam. Ini tidak lain hanya syirik.
Shirazi: Saya khuwatir kamu telah merobah fakta. Mungkin jika saya dibenarkan untuk menyatakan kepada kamu apakah syirik itu menurut pandangan para ulama Islam yang termashor dan menurut dari ayat-ayat suci al-Quran.
SYIRIK DAN JENIS-JENISNYA.
Syirik itu ada dua jenis: syirik zahir dan syirik bathin. Syirik zahir bererti mensekutukan sesaorang atau sesuatu dengan Allah yang Maha Sempurna atau dengan zatnya. Sekutukan dengan Allah bererti menyamakan sesuatu dengan keEsaanNya dan melafazkannya dengan lidah, seumpama Sanamiyya [penyembah berhala] atau Zoroastrian, yang mempercayai pada dua prinsip: cahaya dan kegelapan. Kristisn juga melakukan ini. Mereka mempercayai di dalam Trinity, tiga dalam satu, dan membahagi ketuhanan kepada tiga bahagian, bapa, anak, ruh suci. Mereka percaya pada kerekter-kerekter mereka yang berasingan bagi setiap satu, dan selagi ketiganya tidak bersatu, diri tuhan itu tidak akan sempurna. Al-Quran menolak kepercayaan ini, dan Allah yang Maha Berkuasa telah menyatakan keEsaanNya di dalam perkataan ini: ‘Sesungguhnya telah kafirlah yang berkata: Sesungguhnya Allah adalah yang tiga; tidak ada tuhan tetapi yang satu, Allah….’ [5:73]
Mengadakan sesuatu dengan zat ilahi bererti mempercayai bahawa zatNya, seperti juga ilmuNya atau kuasaNya adalah terbahagi dari atau sebagai tambahan kepada, Dirinya yang serba sempurna. Kumpulan Ashari dari Abul-Hasan Ali bin Ismail Ashari Basari, telah dinyatakan oleh ulama kamu yang terkemuka seperti Ali bin Ahmad di dalam bukunya ‘Al-Kashf’ dan ‘Minhajul-Adila fi Aqaidil-Milla [The Open Just Revelation of the Belief of Nation] ms 57, pada mempercayai bahawa zat Allah adalah sebagai tambahan kepada DiriNya yang sempurna, yang kekal. Maka sesiapa yang percaya bahawa sebarang kualiti atau zat DiriNya dalam apa jua pun sebagai tambahan pada DiriNya yang Maha Sempurna adalah syirik. Setiap zat diriNya adalah penting bagiNya. Syirik adalah tindakkan sesaorang yang bermaksud untuk menyamakan sesuatu dengan KemahuanNya yang tiada berkesudahan
Yahudi mempercayai bahawa Allah menjadikan makhluk, dan kemudian melepaskan DiriNya dari makhluk itu. Di dalam kutukan terhadap manusia seperti ini, ayat berikut telah diwahyukan: ‘Dan orang Yahudi telah berkata: ‘Tangan Allah telah terikat! Tangan merekalah yang dirantai dan mereka akan dikutuk terhadap apa yang mereka katakan. Tidak kedua tanganNya terbuka luas, Dia mengembangkannya sebagaimana yang Dia kehendakki…’ [5:64]
Ghalis atau Ghulat [pelampau] membentuk satu lagi kumpulan syirik. Mereka juga dipanggil Mufawwiza. Mereka percaya bahawa Allah telah mengagihkan kuasanya atau mengamanahkan segala urusan kepada Imam yang suci. Menurut mereka, para Imam adalah yang menjadikan, dan mereka juga memberi rezeki. Yang pastinya mereka yang mempercayai adanya sekutu bagi penguasaan Tuhan adalah syirik.
SYIRIK DI DALAM BERIBADAH.
Syirik di dalam beribadah bererti, dengan sengaja memalingkan arah perhatian di dalam beribadah kepada makhluk yang dijadikan selain dari Allah. Jika sesaorang bermaksud untuk berdoa [meminta] kepada makhluk yang dijadikan, itu adalah syirik, Al-Quran yang suci telah menghalangnya dengan kata-kata ini: ‘….sesiapa yang hasrat untuk menemui Tuhannya, dia hendaklah melakukan amalan yang baik, dan tidak mensekutu apa-apa dengan Tuhannya.’ [18:110] Ayat ini menunjukkan bahawa asas bagi keimanan adalah, manusia hendaklah melakukan apa sahaja yang baik dan tidak menyamakan apa-apa dengan Allah di dalam memberikan ketaatan dan beribadah kepadaNya. Di dalam perkataan lain, dia yang mengerjakan solat atau menunaikan haji, atau melakukan apa sahaja amalan yang baik hanya sekadar untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia akan kebaikannya, itu adalah syirik. Dia telah sekutukan yang lain dengan Allah di dalam melakukan segala amalannya. Menunjuk-nunjukkan amalan yang baik adalah syirik yang kecil yang mana telah menghapuskan segala pahala. Ianya telah dilaporkan bahawa Nabi telah berkata: ‘Tahanlah diri dari syirik yang kecil.’ Manusia bertanya kepada baginda: ‘Wahai Nabi Allah, apakah syirik yang kecil?’ Baginda menjawab: ‘Al-riya Was-sama’ [i.e. menunjuk-nunjuk kepada manusia, atau memperdengarkan kepada mereka mengenai ibadah kamu kepada Allah] juga Nabi telah berkata: ‘Perkara yang paling buruk yang saya takuti untuk kamu adalah syirik yang tersembunyi, maka jauhkanlah diri kamu daripadanya kerana syirik ini diantara umma ku adalah lebih tersembunyi dari semut yang merangkak diatas batu pada malam yang gelap.’ Baginda berkata lagi: ‘sesaorang yang melakukan solat dengan cara menunjuk-nunjuk adalah syirik. Sesaorang yang terus berpuasa, atau memberi sedekah, atau menunaikan haji, atau membebaskan hamba hanya untuk menunjukkan kepada manusia akan kebaikkannya atau untuk mendapat nama yang baik adalah syirik.’ Dan oleh kerana baris yang akhir ini adalah mengenai perkara hati, maka ia telah termasuk kedalam syirik yang tersembunyi.
Hafiz: Kami fahami dari kenyataan kamu bahawa jika sesaorang membuat tawaran kepada makhluk, dia adalah syirik. Maka shia juga syirik, oleh kerana mereka membuat tawaran kepada para Imam dan anak-anak mereka.
MENGENAI TAWARAN ATAU IKRAR.
Shirazi: Jika kita ingin mengetahui kepercayaan bagi sesuatu umma, kita janganlah bergantung kepada manusia jahil dari komuniti tersebut. Kita hendaklah mempelajari buku-buku mereka yang dipercayai. Jika kamu hendak mempelajari shia, janganlah mulakan dengan pengemis shia yang dijalanan, yang menyebut-nyebut: ‘O Ali, O Imam Reza,’ dan atas dasar itu kamu mengistiharkan shia sebagai syirik. Begitu juga, jika manusia jahil membuat ikrar atau tawaran diatas nama Imam atau anak-anaknya, tidaklah wajar bagi kamu untuk menghina semua shia. Jika kamu mempelajari buku perundangan shia, kamu akan dapati bahawa tidak terdapat satu pun bayangan syirik ataupun yang pelik. Penegasan terhadap ke Esaan Allah telah disebutkan dimana-mana. Buku yang termashor, ‘Sharhe luma’ dan ‘Sharai’, boleh didapati dimana-mana dengan mudah dan kamu perlu mempelajarinya. Di dalam Bab ‘Tawaran’ bahagian perundangan shia yang sah telah menyatakan, di dalam kedua buku-buku yang disebutkan diatas dan banyaklagi di dalam penerbitan yang lain.
Oleh kerana nazar adalah salah satu daripada bentuk tawaran, maka perlu adanya niat pada mencari untuk mendekatkan diri kepada Allah. Terdapat dua syarat untuk nazar yang sah: Niat, dan lafaz yang diucapkan dengan perkataan dalam apa juga bahasa. Mengenai syarat yang pertama, niat, ianya hendaklah semata-mata kerana Allah. Syarat kedua, penuhi syarat pertama; orang yang membuat tawaran [nazar] hendaklah mengatakan dalam perkataan bahawa ianya hanya untuk Allah. Sebagai contoh, jika dia berikrar hendak meneruskan puasa atau meninggalkan minum arak, dia hendak membuatkan niatnya dengan perkataan yang mengandungi ‘lillah’ [kerana Allah], yang tanpanya tawaran itu tidak sah.
TAWARAN DENGAN NAMA ALLAH.
Jika kita membuat tawaran tidak dengan menggunakan nama Allah, tetapi dengan nama seorang yang lain, sama ada dia telah mati atau masih hidup, atau kita masukkan namanya bersama nama Allah, walaupun jika dia seorang Imam atau anaknya, maka tawaran itu tidak sah. Jika ini dilakukan dengan sengaja dan dengan berpengetahuan maka ianya adalah syirik, sebagaimana jelasnya dari ayat: ‘… dan jangan sekutukan sesaorang di dalam beribadah kepada Tuhanmu [18:110] Para perundangan shia bersetuju, untuk membuat tawaran diatas nama sesaorang termasuk nabi atau Imam adalah salah. Jika ianya dilakukan dengan sengaja maka itu adalah syirik. Tawaran mestilah dibuat atas nama Allah, walaupun kita diperbolehkan untuk malaksanakannya pada bila-bila masa yang kita hajati. Sebagai contoh, jika sesaorang dengan nama Allah membawa kambing kepada rumah yang tertentu atau tempat beribadah atau makam seorang Imam dan menyembelihnya disana, tidak ada kesalahan pada perbuatan itu. Juga, jika dia berikrar dan memberikan wang atau pakaian atas nama Allah kepada seorang Seyyed tertentu, keturunan dari nabi, atau memberi sedekah kepada anak yatim atau fakir miskin, tidak ada kesalahan padanya. Akan tetapi jika dia berikrar untuk membuat tawaran [nazar] hanya disebabkan kerana Nabi atau Imam, anak kepada Imam, atau sesiapa yang lainnya, ianya adalah ditegah. Jika dilakukan dengan sengaja, itu adalah syirik. Adalah tanggong jawab setiap Nabi atau penguasa agama untuk mengajar manusia sebagaimana al-Quran berkata: ‘Katakan: Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; tetapi jika kamu berpaling; maka atasnya apa-apa yang diwajibkan atasnya, dan atas mu apa-apa yang diwajibkan atas mu…. [24:54]
Adalah tanggong jawab manusia untuk mendengar apa yang Nabi Allah telah katakan dan untuk beramal dengannya. Bagaimana pun jika sesaorang itu tidak memperduli untuk mengikuti arahan Tuhan atau mengamalkannya, ia tidak merosakkan kepercayaan atau prinsip yang mana kepercayaan itu berasal.
SYIRIK TERSEMBUNYI: MEMAPARKAH IBADAH.
Jenis syirik yang kedua adalah syirik yang tersembunyi, seperti memaparkan solat kita atau apa juga bentuk ibadah yang lainnya. Perbezaan diantara syirik ini dengan syirik di dalam solat adalah, di dalam perkara syirik di dalam solat kita sekutukan sesuatu atau mekhluk dengan Allah. Jika sesaorang menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu selain dari Allah, di dalam solat wajib, atau jika dengan ajakkan syaitan, dia mempunyai gambaran tuhan di dalam fikirannya, atau sesaorang menjadi tumpuannya, maka itu adalah syirik. Tiada yang lain, melainkan Allah menjadi tumpuan ibadah kita. Nabi berkata bahawa jika sesaorang melakukan amalan yang baik dan mejadikan sekutu bagi Allah di dalam amalan tersebut, maka kesemua amalan tersebut adalah bagi sekutunya. Allah bencikan amalan tersebut bersama dengan pengamalnya. Juga telah disampaikan bahawa Nbai berkata jika seaorang melakukan solat wajib, berpuasa, menunaikan haji dan dia mempunyai tanggapan bahawa dengan melakukan semua ini manusia akan memujinya, ‘maka sesungguhnya, dia telah mengadakan sekutu bagi Allah di dalam amalannya.’
Telah dinyatakan dari Imam Jafar Sadiq bahawa jika sesaorang melakukan satu amalan kerana takutkan Allah atau untuk ganjaran dihari akhirat, dan dimasukkan juga kesenangan makhluk, maka yang melakukan amalan tersebut adalah syirik.
SYIRIK TERHADAP PENYEBAB.
Satu jenis syirik adalah yang berkait dengan penyebab, oleh kerana kebanyakkan manusia mengantungkan harapan dan takut mereka pada penyebab sebab. Ini juga adalah syirik tetapi dimaafkan. Syirik membawa erti bahawa kekuasaan terletak khusus pada penyebab sebab. Sebagai contoh, sinaran matahari menghidupkan banyak hidupan didunia ini, tetapi jika sesaorang beranggapan bahawa kuasa itu dimilikki matahari, mak itu adalah syirik. Bagaimanapun jika kita percaya bahawa kuasa matahari diberikan oleh Allah, dan ianya adalah penyebab dari anugerahNya, maka ini bukanlah syirik. Bahkan ini merupakan suatu bentuk ibadah, oleh kerana menumpukan perhatian kepada tanda-tanda kebesaran Allah adalah permulaan pada pelaksanaan ibadah hanya untuk Allah. Rujukan telah dibuat di dalam ayat al-Quran yang bermaksud bahawa kita perlu memerhatikan pada tanda-tanda kebesaran Allah kerana ia akan membawa kepada penumpuan terhadap Allah. Dengan cara yang sama, pergantungan kepada penyebab sebab [perniaga kepada perniagaannya, petani kepada pertaniannya] menjadikan sesaorang syirik, jika dia mengalihkan perhatiannya daripada Allah.
Bergantung pada penjelasan yang diatas mengenai syirik, contoh manakah yang telah diperkatakan boleh dianggap telah diperlakukan oleh shia? Dengan cara yang bagaimana, dari sudut pandangan solat, kepercayaan, atau hadith shia yang kamu telah lihat, yang membolehkan mereka dituduh syirik?
Hafiz: Saya mengakui apa yang kamu katakan adalah benar, tetapi jika kamu berhenti sejenak untuk mengambil masa berfikir, kamu akan setuju bahawa untuk bergantung kepada para Imam adalah syirik. Oleh kerana tidak perlu mencari kepada makhluk untuk mendekati Allah, kita harus meminta pertolongan kepada Allah terus.
MENGAPA NABI MEMINTA PERTOLONGAN KEPADA MAKHLUK.
Shirazi: Amat pelik bahawa kamu telah mengabaikan apa yang saya telah kata selama ini. Adakah syirik untuk meminta pertolongan dari orang lain pada memenuhi hajat kita? Jika ini adalah benar, kesemua manusia adalah syirik. Jika meminta bantuan dari orang lain adalah syirik, mengapa Nabi meminta bantuan dari makhluk? Kamu hendaklah mempelajari ayat-ayat dari al-Quran supaya kamu boleh mengetahui mana yang benar dan betul. Ayat yang berikut ini perlu diberikan perhatian: ‘Dia berkata: wahai ketua-ketua, siapakah dari kamu boleh membawakan kepada ku mahkotanya sebelum mereka datang kepada ku dengan tunduk? Ifrit berkata: ‘saya akan membawanya kepada kamu sebelum kamu bangun dari dari tempat duduk, dan sesungguhnya saya amat kuat dan boleh dipercayai untuk itu.’ Berkata yang punya ilmu dari kitab: ‘Saya akan bawakannya kepada kamu dalam sekelip mata.’
Kemudian apabila dilihat ada disebelahnya, dia berkata: ‘Ini adalah kurnia dari Tuhanku… [27:38 – 40]
Membawa mahkota Bilqis [Ratu Sheba] kepada Sulayman adalah mustahil bagi makhluk. Diakui, luar biasa, dan Nabi Sulayman, walaupun mengetahui bahawa ianya memerlukan kuasa ilahi [ketuhanan], tidak meminta Allah untuk membawakan mahkota tersebut, tetapi meminta kepada makhluk untuk menolongnya. Fakta ini menunjukkan bahawa meminta pertolongan kepada yang lain tidaklah syirik. Allah penyebab utama, yang telah menjadikan sebab-sebab didunia ini. Syirik adalah perkara hati. Jika seorang meminta pertolongan sesaorang yang lain dan dia tidak menganggap orang itu sebagai sekutu bagi Allah, ianya tidaklah ditegah. Situasi begini lumrah dimana-mana. Orang pergi kerumah orang lain dan meminta bantuannya dengan tidak menyebutkan nama Allah. Jika saya pergi berjumpa doktor dan meminta dia menyembuhkan saya, adakah itu syirik? Dan lagi, jika sesorang sedang lemas, dia menjerit meminta tolong, adakah dia syirik?
Silalah berlaku adil, dan janganlah memutarkan fakta. Kesemua komuniti shia percaya bahawa jika sesaorang menganggap keturunan nabi sebagai Allah atau sekutu bagi DiriNya, pasti dianya syirik. Kamu mungkin pernah dengar shia yang dalam kesusahan berkata: ‘Wahai Ali, bantulah saya! Wahai Husain, tolonglah saya!” ini tidak bererti: ‘Wahai Allah Ali, tolonglah saya! Wahai Allah Husain, tolonglah saya!’
Tetapi yang sebenarnya adalah dunia ini tempat penyebab bagi segala sebab, makanya kami menganggap mereka sebagai cara penyampai bagi menghilangkan segala kesusahan. Kami meminta pertolongan Allah melalui mereka.
Hafiz: Sepatutnya diminta kepada Allah terus, mengapa kamu meminta melalui perantara?
Shirazi: Perhatian tetap kami mengenai keinginan, kesusahan, dan penderitaan hanya tertumpu kepada Allah. Tetapi al-Quran yang suci berkata bahawa kita hendaklah mencapai kehadrat Allah melalui satu cara pendekatan: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Laksanakanlah tanggong jawab kamu terhadap Allah dan carilah cara untuk mendampingi Dia.’ [5:35]
AHLI MUHAMMAD YANG SUCI ADALAH CARA KEPADA RAHMAT ALLAH.
Kami shia tidak menganggap keturunan nabi adalah penyelesaian terhadap segala masalah kami. Kami menganggap mereka sebagai hamba Allah yang paling wara’ dan sebagai cara untuk rahmat Allah. Kami meletakkan diri kami kepada keluarga yang suci itu kerana mengikuti arahan nabi.
Hafiz: Mengapa kamu katakan, perkataan ‘cara untuk mendampingi’ di dalam ayat yang diatas merujuk kepada keturunan nabi?
Shirazi: Didalam banyak hadith, nabi mengutarakan kepada kita bahawa apabila di dalam kesusahan kita merayu keturunannya sebagai cara untuk mendampingi kepada Allah. Banyak dari ulama kamu, seperti Hafiz Abu Nuaim Isfahani, di dalam bukunya ‘Nuzulul-Quran fi Ali’ [Wahyu al-Quran mengenai Ali], Hafiz Abu Bakr Shirazi di dalam bukunya ‘Ma Nazala minal-Quran fi Ali’ dan Imam Ahmad Thalabi di dalam Tafsirnya [Komentari] mengatakan bahawa wasilat [bererti mendampingi] di dalam ayat yang diatas bererti keturunan nabi. Rujukan ini telah terdapat dari banyak hadith nabi. Ibn Abil-Hadid Mutazali, seorang ulama yang disegani, berkata di dalam bukunya ‘Sharhe Nahjul-Balagha’ jilid IV, ms 79; bahawa Bibi Fatima Zahra merujuk kepada maksud ayat ini dihadapan puak Muhajir dan Ansar, semasa menyampaikan ucapannya di dalam hubungan perampasan hartanya Fadak, di dalam perkataan yang berikut:
‘Saya menyanjung Allah yang mana Kehormatan dan CahayaNya dicari oleh penduduk langit dan bumi untuk cara mendampingi kepadaNya. Diantara makhlukNya kami adalah cara untuk mendampingi.’
HADITH-E-THAQALAIN [HADITH PADA DUA PERKARA PENTING]
Diantara banyak hujah yang telah diterima mengenai perlunya kita mengikuti keturunan nabi adalah Hadith Thaqalain, yang mana kesahihannya telah dipersetujui oleh kedua golongan. Nabi berkata: ‘Jika kamu memegang teguh kepada dua ini, tidak sekali-kali kamu akan menyimpang setelah aku.’
Hafiz: Saya fikir kamu telah tersilap apabila kamu katakan bahawa hadith ini adalah sahih dan ianya telah diterima oleh semua, ianya tidak diketahui oleh ulama kami yang ulung. Untuk membuktikan ini saya perlu katakan bahawa penyampai hadith yang agung dari golongan kami, Muhammad bin Ismail Bukhari, tidak merakamkan di dalam sahihnya, buku yang paling dipercayai selepas al-Quran.
Shirazi: Saya tidak tersilap mengenainya. Kesahihan hadith suci ini telah dipersetujui oleh ulama kamu. Bahkan Ibn Hajar Makki, yang anti dan perjudis [pra sangka buruk], telah menerimanya sebagai benar. Kamu harus menyemak ‘Sawaiq Muhriqa’ Bahagian II, Bab II, ms 89 – 90, dibawah ayat 4, yang mana, setelah menyebutkan kenyataan dari Tirmidhi, Imam Ahmad bin Hanbal, Tibrani dan Muslim, dia berkata: ‘Ketahuilah bahawa hadith mengenai berpegang kepada Thaqalain [yang dua, al-Quran dan ahli bayt] telah disampaikan dengan banyak cara. Penyampai kepada hadith ini berjumlah lebih dari 20 sahabat nabi.’
Kemudian dia berkata bahawa ada sedikit perbezaan di dalam cara dimana hadith ini telah disampaikan. Sebahagian mengatakan bahawa ianya telah disampaikan dimasa nabi melakukan haji terakhir di Arafa; sebahagian berkata ianya disampaikan di Madina, apabila nabi diranjang kematian, dan biliknya penuh dengan para sahabat; yang lain mengatakan ianya disampaikan di Ghadeer-e-Khum; dan ada yang mengatakan ianya disampaikan setelah nabi pulang dari Taif. Setelah menyebutkan semua ini, dia [Hajar Makki] sendiri mengulas [komen] bahawa tidak ada perbezaan yang ketara di dalam hadith itu sendiri. Bagi kesemua perbezaan peristiwa, besar kemungkinan bahawa nabi telah mengulangi hadith ini untuk menekankan betapa agungnya al-Quran dan keturunannya.
Kamu katakan bahawa oleh kerana Bukhari tidak merakamkan hadith ini dalam sahihnya, kesahihan hadith ini dipersoalkan. Tetapi hadith ini walaupun tidak dirakamkan oleh Bukhari, tetapi secara umum telah dirakamkan oleh kebanyakkan ulama kamu, termasuk Muslim bin Hujjaj dan pengarang-pengarang lain dari keenam-enam koleksi hadith kamu, yang mana mereka telah membentangkan di dalam buku-buku mereka dan janganlah hanya bergantung kepada Bukhari. Jika kamu mengakui adil dan jujurnya kesemua ulama kamu; kesemuanya yang telah diperakui oleh ahli sunni yang terdahulu, kamu harus menerima hadith ini sebagai benar, yang mana untuk sebab-sebab tertentu telah tidak dirakamkan oleh Bukhari.
Hafiz: Tidak ada motif disebaliknya. Bukhari amat berhati-hati di dalam perkara merakamkan penyampaian. Dia seorang ulama yang berwaspada, dan jika dia mendapati hadith, dari sudut pandangan tek atau punca, yang boleh merosakkan atau tidak boleh diterima akal, dia tidak akan merakamnya.
Shirazi: Sebagaimana yang disebutkan oleh peribahasa: ‘Kecintaan terhadap sesuatu telah menjadikan manusia itu buta dan pekak.’ Sunni yang saya hormati itu telah tersilap disini. Kamu sungguh taksub di dalam cinta kamu terhadap Imam Bukhari. Kamu katakan bahawa dia sangat teliti terhadap fakta, dan apa yang disampaikan di dalam sahihnya boleh dipercayai dan berhak pada kedudukan wahyu. Tetapi fakta yang sebenar adalah sebaliknya. Pertalian mereka yang menyampaikan hadith yang dinyatakan oleh Bukhari termasuk mereka yang selalu dikutuk sebagai pendusta.
Hafiz: Kenyataan kamu adalah palsu. Kamu merendahkan pengetahuan dan kebolehan Bukhari, yang mana adalah satu penghinaan terhadap semua golongan sunni.
Shirazi: Jika kritikan beasaskan pengetahuan adalah satu penghinaan, maka kebanyakkan dari ulama kamu yang terkenal adalah manusia yang telah menghina kedudukan tinggi ilmu pengetahuan. Saya nasihatkan kamu untuk mempelajari sendiri buku-buku yang ditulis oleh pengarang dan ulama-ulama yang agung kamu, yang telah membuat komen pada sahih Bukhari, misalnya ‘Al-Lualil-Masnua fi hadithil-Muzua’ oleh Suyuti, ‘Mizanul-Ibtidal’ dan ‘Talkhisul-Mustadrak’ oleh Dhahabi; ‘Tadhkiratul-Muzua’ oleh Ibn Jauzi; ‘Sejarah Baghdad’ disusun oleh Abu Bakr Ahmad bin Ali Khatib Baghdad, dan buku Rijal yang lainnya [biasanya mengenai kerekter penyampai hadith] oleh ramai ulama yang terkemuka. Jika kamu membaca buku-buku ini, kamu tidak akan katakan saya telah menghina Imam Bukhari.
BUKHARI DAN MUSLIM TELAH MERAKAMKAN BANYAK HADITH YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENDUSTA.
Apa yang telah saya katakan adalah: kedua buku ini, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, mengandungi hadith yang telah disampaikan oleh pendusta. Jika kamu teliti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim pada pandangan buku Rijal [kerekter bagi penyampai hadith], kamu akan dapati bahawa mereka telah merakamkan banyak hadith yang telah disampaikan dari manusia yang kuat pembohong, seperti Abu Huraira, pendusta yang paling terkenal, Ikrima Kharji, Sulayman bin Amr, dan yang lainnya pada katogori yang sama. Bukhari tidak sebegitu berhati-hati di dalam merakamkan hadith, sebagaimana yang kamu sangkakan. Dia tidak merakamkan Hadith-e-Thaqalain, seperti yang lainnya telah lakukan, tetapi dia tidak teragak-agak di dalam merakamkan cerita yang bodoh lagi menghinakan mengenai Nabi Musa tempeleng muka malaikat maut, Nabi Musa lari telanjang mengejar batu dan Allah dapat dilihat. Pertimbangkanlah satu lagi cerita bodoh dan menghinakan yang telah dirakamkan oleh Bukhari di dalam sahihnya, jilid II, Bab ‘Al-Lahr Bil-Harb’ ms 120, dan oleh Muslim di dalam sahihnya jilid I, menyebutkan dari Abu Huraira sebagai berkata bahawa pada Eid [hari cuti] beberapa orang Sudan berkumpul di Masjid Nabi. Mereka menghiburkan penunton dengan petunjukkan sukan mereka. Nabi bertanya kepada Aisha jika dia hendak menyaksikan pertunjukkan tersebut. Dia berkata dia setuju. Nabi membiarkan dia menunggang dibelakang baginda, di dalam keadaan dimana kepalanya melepasi dibahu baginda dan mukanya dikepala baginda. Untuk mengembirakan Aisha, Nabi menyuruh para penghibur menunjukkan tarian yang lebih menarik. Akhirnya Aisha kepenatan, dan Nabi menurunkannya!!!!
Fikirkanlah sendiri, sama ada cerita yang sedemikian memalukan ke tidak. Jika Bukhari begitu berhati-hati di dalam merakamkan fakta, adakah adil bagi pihak dirinya untuk merakamkan cerita yang sebegini bodoh di dalam sahihnya. Tetapi bah kan sekarang, kamu menletakkan buku ini yang paling sahih selepas al-Quran. Sudah tentu Bukhari berhati-hati di dalam menghilangkan perkara-perkara mengenai Imami dan kedudukan Ali, begitu juga perkara ahli bayt. Mungkin dia takut maklumat yang sedemikian suatu hari akan digunakan sebagai senjata untuk menentang musuh ahli bayt.
BANYAK HADITH SAHIH MENGENAI AHLI BAYT TELAH DIHINDARI DENGAN CERMAT.
Maka apabila kami bandingkan sahih Bukhari dengan buku Siha [buku koleksi hadith] yang lainnya, kami dapat membuat rumusan bahawa pada tajuk ini, ahli bayt dan hadithnya bagaimana pun sahih dan disokong penuh oleh ramai penulis, disinari pula cahaya al-Quran, Bukhari dengan sengaja telah gagal untuk merakamkannya.
Sebagai contoh, terdapat banyak ayat dari al-Quran, wahyu yang punya kaitan dengan hadith; [Hadith-e-Wilaya pada masa Hari Ghadir; Hadith-e-Inzar-e-Yaumud-Dar; Hadithul-Muwakhat; Hadith-e-Safina; Hadith-e-Babul-Hitta, dsb] yang berkaitan dengan penghormatan kepada; dan penggantian kepada; keturunan bagi nabi. Ini semua telah dielakkan oleh Bukhari dengan begitu cermat. Dan sebaliknya; itu yang mereka katakan ‘hadith’ , cerita yang telah memalukan para nabi terutama Nabi kita, dan keturunannya yang mulia telah dirakamkan di dalam bukunya tanpa sebarang pertimbangan yang kesemuanya telah disampaikan oleh manusia pendusta.
PUNCA HADITH-E-THAQALAIN.
Bagi hadith thaqalain [dua perkara penting] yang Bukhari tidak rakamkan di dalam koleksinya, ada di dalam koleksi buku sahih yang lain dari golongan kamu. Bahkan seorang ahli hadith yang terkemuka, Muslim, yang dianggap sama taraf dengan Bukhari ada menyatakannya. Ulama yang lain yang ada menyebutnya adalah seperti berikut: Muslim bin Hajjaj di dalam sahihnya, jilid VII, ms 122.
Abu Daud di dalam sahihnya; Tirmidhi di dalam sunan nya, bahagian 2, ms 307; Nisai di dalam ‘Khasais’ ms 30; Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’, jilid III, ms 14 – 17, jilid IV, ms 26 dan 59, dan jilid V, ms 182 dan 189, Hakim dalam ‘Mustadrak’, jilid III, ms 109 dan 148; Hafiz Abu Nuaim Isfahani di dalam ‘Hilyatul-Auliya’, jilid I, ms 355; Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira,’ ms 182; Ibn Athir Jazari di dalam ‘Usudul-Ghaiba’, jilid II ms 12 dan jilid III, ms 147; Hamidi di dalam ‘Jama Bainas-Sahihain’; Razin di dalam ‘Baina-Siha-e-Sitta’; Tibrani di dalam ‘Tarikh-e-Kabir’; Dhahabi di dalam ‘Talkhis-e-Mustadrak’; Ibn Abd Rabbih di dalam’ Iqdu’l-Farid’; Muhammad bin Talha Shafi’i di dalam ‘Matalibu’s-Su’ul’; Khatib Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, ms 18, 25, 29, 30, 31, 32, 32, 34, 95, 115, 126, 199 and 230, dengan sedikit perbezaan pada perkataan; Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawadda’ kedua dari bukunya ‘Mawaddatu’l-Qurba’; Ibn Abi’l-Hadid di dalam ‘Sharh Nahju’l-Balagha’; Shablanji di dalam ‘Nuru’l-Absar’, ms 99; Nuru’d-Din bin Sabbagh Maliki di dalam ‘Fusulu’l Muhimma’, ms 25; Hamwaini di dalam ‘Fara’idu’s-Simtain’; Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir Kashfu’l-Bayan’; Sam’ani dan Ibn Maghazili Shafi’i di dalam ‘Manaqib’; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’l-Talib’, Bab I, di dalam menyatakan sahihnya ucapan Ghadir Khum dan juga di dalam Bab 62, ms 130; Muhammad bin Sa’ad Katib di dalam ‘Tabaqa’, jilid 4, ms 8; Fakhru’d-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, Volume 3, dibawah ayat Etesam, ms 18; Ibn Kathir Damishqi di dalam ‘Tafsir’, jilid 4, dibawah ayat Mawadda, ms 113, Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iq-e-Muhriqa’; ms 75, 87, 90, 99 dan 136 dengan perbezaan perkataan.
Terdapat banyak lagi ulama kamu yang lain yang mana namanya saya tidak dapat sebutkan di dalam perjumpaan ini kerana kesuntukan masa. Banyak ulama kamu telah menyampaikan hadith yang penting ini dari nabi dengan pertalian penyampai yang tidak putus dari seorang kepada yang lainnya yang mana ianya telah mendapat status hadith yang sering disampaikan. Menurut dari hadith ini, nabi mengatakan yang berikut: ‘Saya tinggalkan diantara kamu dua perkara penting; kitab Allah dan keturunan ku. Jika kamu berpegang teguh kepada kedua ini, kamu tidak akan menyimpang. Kedua ini tidak akan berpisah sehingga bertemu dengan ku di pancutan Khuthar.’
Berdasarkan dari hadith yang tulen ini, kami berkepercayaan bahawa kami perlu setia pada al-Quran dan ahli bayt Muhammad.
Sheikh: Hadith rasul ini telah disampaikan oleh Salih bin Musa bin Abdullah bin Ishaq, melalui pertalian penyampainya yang berkata bahawa Abu Huraira telah menyatakan dengan cara yang begini: ‘Saya tinggalkan dibelakang saya dua perkara penting; kitab Allah dan sunna saya [hadith]…
Shirazi: Sekali lagi kamu menyebutkan hadith dari orang durjana yang sama dimana para pengkritik shia telah menolaknya, [seperti Dhahabi, Yahya, Imam Nisai dsb]. Tidakkah kamu berpuas hati dengan rujukan yang boleh dipercayai yang saya telah bentangkan dari ulama kamu yang termashor mengenai hadith ini? Kamu telah menyebutkan versi hadith yang tidak boleh diterima, sedangkan kedua golongan sunni dan shia telah menerima bahawa nabi telah berkata: ‘Kitab Allah dan ahli bayt ku,’ dan bukannya ‘sunna ku’.
Sebenarnya kitab dan sunna, kedua-duanya memerlukan kepada intepretasi [penghuraian]. Hadith tidak dapat menerangkan al-Quran
Maka keturunan nabi, yang disamakan seperti al-Quran, adalah penterjemah al-Quran yang sebenar, begitu juga dengan hadith dari nabi.
HADITH-E-SAFINA.
Sebab satu lagi mengapa kami setia kepada keturunan nabi, adalah hadith-e-Safina yang sahih yang telah disampaikan oleh semua ulama kamu yang terkenal, hampir tanpa pengecualian, dan dengan pertalian penyampai yang tidak putus.
Lebih dari seratus dari ulama kamu telah menyebutkan hadith ini: Muslim bin Hajjaj di dalam ‘Sahih’ nya, Imam Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’; Hafiz Abu Nuaim di dalam ‘Hilyatul-Auliya; Ibn Abdil-Birr di dalam ‘Istiab’; Abu Bakr Khatib Baghdadi di dalam ‘Tarikh-e-Baghdad’; Muhammad bin Talha Shafii di dalam ‘Matalibus-Su’uli’ Ibn Athir di dalam ‘Nihaya’; Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’; Ibn Sabbagh-e-Makki di dalam ‘Fusulu’l-Muhimma’; Allama Nuru’d-Din Samhudi di dalam ‘Ta’rikhu’l-Medina’; Seyyed Mu’min Shablanji di dalam‘Nuru’l-Absar’; Imam Fakhru’d-Din Razi di dalam ‘Tafsir-e-Mafatihu’l-Ghaib’; Jalalu’d-din Suyuti di dalam ‘Durru’l-Mansur’; Imam Tha’labi di dalam ‘Tafsir-e-Kashfu’l-Bayan’; Tabrani di dalam ‘Ausat’; Hakim di dalam ‘Mustadrak’, jilid 3, ms 151; Sulayman Balkhi Hanafi di dalam ‘Yanabiu’l-Mawadda’, bab 4; Mir Seyyed Ali Hamadani di dalam ‘Mawaddatu’l-Qurba’, ‘Mawadda 2’; Ibn Hajar Makki di dalam ‘Sawa’iqu’l-Muhriqa’ di bawah ayat 8; Tabari di dalam ‘Tafsir’ dan juga Sejarah; Muhammad bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam ‘Kifayatu’t-Talib’, Bab 100, ms 233. Ramai dari ulama terkenal kamu telah menyampaikan bahawa nabi telah berkata: ‘Ahli bayt ku adalah seumpama bahtera Nuh; sesiapa yang menaikkinya akan terselamat; mereka yang berpaling darinya akan lemas dan sesat.’
Imam Muhammad bin Idris Shafii telah merujuk kepada sahihnya hadith ini di dalam rangkap syairnya yang dirakamkan oleh Allama Fazil Ajib di dalam bukunya ‘Zakhiratul-Ma’al’ Imam Shafii yang dikenali sebagai seorang ulama yang terkenal dari golongan sunni, mengakui bahawa kecintaan kami terhadap keturunan nabi yang suci adalah membawa kami kepada keselamatan kerana, dari tujuh puluh golongan Islam, hanya golongan yang mengikuti keturunan nabi sahaja yang akan selamat.
MENCARI CARA UNTUK MENDAMPINGI ALLAH TIDAKLAH SYIRIK.
Kamu katakan bahawa mencari cara untuk mendekati Allah adalah syirik. Jika ini benar, mengapa khalifa Umar bin Khattab mencari pertolongan Allah melalui keturunan nabi?
Hafiz: Khalifa Umar tidak pernah melakukan yang tersebut.
Shirazi: Di dalam saat yang memerlukan Umar meminta pertolongan dari keturunan nabi, berdoa kepada Allah melalui mereka, dan yang dihajatinya dikabulkan. Saya hanya merujuk kepada dua peristiwa. Ibn Hajar Makki menulis di dalam ‘Sawaiq-e-Muhriqa’, selepas ayat 14 [dari The History of Damascus] bahawa pada tahun ke 17 H, manusia berdoa dan sembahyang meminta hujan, tetapi tidak berhasil. Khalifa Umar berkata bahawa dia akan sembahyang dan berdoa meminta hujan pada esok harinya melalui cara mendampingi kepada Allah. Pada keesokkan hari dia pergi menemui Abbas, bapa saudara nabi dan berkata: ‘Keluarlah supaya kami dapat berdoa kepada Allah melalui kamu untuk hujan.’
Abbas menyuruh Umar untuk duduk seketika supaya cara untuk mendekati kepada Allah dapat disediakan. Maka Bani Hashim [ahli bayt] pun diberitahu. Kemudian Abbas keluar bersama Ali, Imam Hasan dan Imam Husain. Bani Hashim yang lain dibelakang mereka. Abbas memberitahu Umar bahawa tidak boleh menambah walau seorangpun dalam kumpulan itu. Kemudian mereka pergi ketempat berdoa, dimana Abbas mengangkat tangan dan berkata: ‘Wahai Allah, Engkau menjadikan kami, dan Engkau tahu mengenai perbuatan kami. Wahai Allah, sebagaimana Engkau berkasih sayang kepada kami pada mulanya, maka berkasih sayang kepada kami pada akhirnya.’ Jabir berkata bahawa doa mereka belum pun selesai apabila awan telah mula kelihatan dan mula menurunkan hujan. Sebelum mereka boleh sampai kerumah mereka telah kuyup.
Bukhari juga melaporkan bahawa disatu ketika, masa kekurangan makanan Umar bin Khattab berdoa kepada Allah melalui Abbas bin Abdul Mutallib dan berkata: ‘Kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara rasul dengan Engkau, maka Ya Allah, turunkanlah hujan.’ Kemudian mula hujan. Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam buku ‘Sharh Nahjul-Balagha’ [edisi Mesir] ms 256, menulis bahawa khalifa Umar pergi bersama Abbas, bapa saudara nabi, untuk berdoa kepada Allah meminta hujan, di dalam doanya untuk hujan, khalifa Umar berkata: ‘Wahai Allah, kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara nabi Mu dan pada keturunannya dan dari apa yang tinggal dari orang-orangnya yang dihormati. Maka kekalkan lah kedudukan nabi mu melalui bapa saudaranya. Kami dapat petunjuk kepada kamu melalui nabi, supaya kami dapat meminta pertolongan mereka dan bertaubat.’
Jika mencari kepada keturunan nabi dan meminta pertolongan mereka untuk keperluan kita, di dalam jalan Allah adalah syirik, maka khalifa Umar adalah yang pertama syirik. Ahli Muhammad, dari semasa hayat nabi hingga kehari ini, telah menjadi cara untuk kita berdoa dan menyeru kepada Allah. Kami percaya mereka adalah keturunan yang paling bertaqwa dan yang paling hampir kepada Allah. Makanya kami anggap mereka sebagai cara untuk mendampingi Allah. Dan bukti yang terbaik untuk maksud ini adalah buku doa kami yang ditulis oleh Imam kami yang suci. Kami terima segala arahan dari Imam kami. Saya mempunyai dua buku buah bersama saya: ‘Zadul-Maad’ oleh Allama Majlisi dan ‘Hidayatuz-Zairin’ oleh Sheikh Abbas Qummi, yang akan saya serahkan kepada kamu untuk kamu mempertimbangkan. [Kedua mereka Hafiz dan Sheikh meneliti buku itu] Mereka membaca Doa-e-Tawassul [menyeru untuk mencari kedekatan] dan mereka dapati bahawa keluarga nabi adalah sebahagian dari yang dirayu. Dimana-mana saja mereka disebutkan sebagai cara untuk mendekati Allah. Pada masa itu Mulla Abdul-Hayy membaca keseluruh Doa-e-Tawas
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar